Wednesday, July 6, 2011

Kisah rantai tangan dan saya...

Beberapa minggu lepas saya ada menerima hadiah..rantai tangan. Tak terkata bila dapat hadiah sebegini. Orang kata, pucuk dicita ulam mendatang..Kalau saya pergi shopping, benda2 beginilah yg saya suka.Gelang tangan, clip atau getah rambut. Lagi satu benda yg saya suka beli ( menghabiskan duit pun boleh ) ialah stationaries seperti buku nota, pen yg unik, highlighter, marker etc.


Berbalik pada cerita rantai tangan ni, saya punya excited sangat, cepat2 buka kotak yg mengandungi rantai ini. Bila dh buka tu, nak pakai lah..apa lagi kan? Kat pergelangan tangan saya sudah ada rantai tangan yg sudah sedia ada...maka, saya pun nak tanggalkan yg sedia ada itu. Sedang saya berusaha nk menanggalkannya, tali gelang tu putus dua!! berterabur biji2 kristal atas lantai office. Mak ooi!! Malu ada, nak menangis pun ada. Gelang kristal berwarna purple tu adalah salah satu gelang kesayangan saya. Saya beli guna duit kootoo. Yg paling ironiknya ( memalukan juga) adalah insiden ini berlaku di depan si pemberi hadiah tu. Dia juga lah yg mengutip biji2 kristal atas lantai sambil tersenyum dan menggeleng2 kepala. Agaknya dalam hati dia berkata , "mak cik ni mengalahkan budak kecik la" . Tak tahu la malu berapa round..lebih sepuluh round rasanya..huhuhu.. ( harap2 dia tak baca la entry ni..kalau dia baca, 200 round malu rasanya)



Ini lah rantai tangan yg di bagi...cantikkan?


















4 comments:

Hakim Hamid said...

Hahaha.okeh,cukup 200 rounds.Hihi
Jupo habih doh ko tuh kristal2 kesayangan tuh?hehe

Let us be grateful to people who make us happy, they are the charming gardeners who make our souls blossom. :)

seri pagi said...

ok jugak kalau dia baca. mana nak tau kut dia blh ganti yang baru gelang kristal purple tu..(rasanya dia dh baca)

ramizah said...

gelang kristal tu sudah disambung balik..baru pergi ambik tadi.. tak yah ganti la..beli je lagi satu :-P

Ahlami said...

Hehe ingat ko abe ngoh doh hok beli bracelet tuh