Powered By Blogger

Sunday, July 3, 2011

Sejadah dan saya...



Disebabkan En Shahir meminta saya terus bercerita, maka saya akan terus bercerita.. Di tempat yg sama dengan entry dgn lepas, iaitu di Masjidul haram.

Selepas 2-3 hari berada di Makkah, saya dan teman2 sebilik ke Hilton utk membeli sedikit barang asas di satu kedai runcit di Hotel Hilton. kemudian kita naik ke tingkat atas dan saya tertarik pada satu sejadah yg sangat cantik. Lain dari yg lain. Ianya sederhana panjang dan motif bunga sangat cantik dan teliti buatanya. Harga yg diletak ialah 80-90 riyal. kainnya sangat lembut dan sya dimaklumkan yg jahitan bunga di atas sejadah itu adalah jahitan tangan. Saya terus jatuh cinta pandang pertama!! Saya membeli 2 sejadah.

Malam tu, saya membawa sejadah itu ke masjid utk digunakan semasa solat maghrib dan Isyak. Saya meletaknya di atas lantai marmar di dalam masjid. Jemaah dari India di sebelah saya menggosok2 sejadah dgn tanganya sambil mengangguk sebagai tanda lembut dan bagus kualitinya. Saya tersenyum gembira. Sedang asyik mengangguk2 dan menggunakan bahasa Isyarat utk berkomunikasi dgn jemaah dari India itu, tiba2 datang seorang jemaah wanita dari negara luar juga yg saya tak pasti dari negara mana, datang dan duduk di sebelah saya. Dia hanya menghampar plastik bag atau supit gelenyar sebagai tempat utk bersujud. Dia solat beberapa kali. Dan mata saya asyik memandang kiri dan kanan. sejadah saya yg mewah dan sejadah dia yg "gelenyar" ke sana sini. Hati saya remuk melihat situasi di depan mata saya. Perasaan bersalah menerpa diri. Saya mula menyoal diri, adakah salah aku membeli sejadah yg begitu cantik ini. Saya diberi kenikmatan dari Allah iaitu duit maka saya mampu membeli barang berharga seprti ini. Sedangkan masih ramai yg tidak mampu hatta sesuap nasi. Airmata bergenang mengenang nikmat diri.

Lantas saya berniat utk memberi sejadah itu pada jemaah wanita itu selepas selesai solat. Saya juga teringat masih belum menunaikan solat2 sunat lain, selepas solat tahiyyatul Masjid tadi.Selepas menunaikan solat sunat, Saya cuba memegang bahu dia tetapi dia tidak perasan muggkin yg saya mahu berbual dgn dia. Dia terus bangun dan beredar pergi ke tempat lain bersama teman2nya yg lain.

Saya ditinggalkan bersendirian sambil membilang-bilang nikmat Allah kepada saya selama ini.. Niat utk memberi sedeqah pada wanita tadi tidak tertunai. Teringat saya pada satu ayat Quran yg bermaksud " Jika kamu mahu membilang nikmat2 Allah ( ke atas kamu) nescaya kamu tidak akan mampu membilangnya.."


p.s Awae ku sayang..

3 comments:

Shahir said...

teringat satu hadis nabi. 'ada masa untuk ini, dan ada masa untuk itu'...

masha allah..tapi takpo, ustazah niat tu buleh pahalo dh :)

ramizah said...

t.ksih shahir.. niat nk wi hadiah ko shahir pun dpt pahala dah ni..tp tak wi wi lagi...

sue wnr said...

niat yang baik...Alhamdulillah...