Powered By Blogger

Saturday, October 15, 2011

Blog saya dan sampai bila?






Bila tengok kepada jumlah follower blog saya yg sudah mencecah ke angka 116, membuat saya kurang percaya. Ya, saya tahu follower blogger lain sudah mencecah lebih dari saya. Cuma saya tertanya-tanya siapa lah yg membaca entri saya selain dari pelajar2 dan adik2 saya.







Semasa mula-mula berjinak di alam blog lebih 3 tahun lepas, saya hanya ingin berkongsi berkongsi pengalaman mengajar pelajar di peringkat universiti. Ada seorang pelajar memujuk saya agar menulis pengalaman saya itu di dalam blog. Pada mulanya saya menolak dgn alasan malas dan tiada masa. Selepas dia grad, barulah saya rajin hendak menulis. Sebenarnya, bukannya saya tiada masa tetapi pada masa itu saya tidak pandai mengurus masa. Lama kelamaan, minat utk menulis sentiasa ada. Walau sesibuk mana sekalipun, saya akan cuba meluangkan sedikit masa utk menulis. Walaubagaimanapun, entri saya tidak secanggih orang lain dgn pelbagai gambar menarik dan layout yg cukup kontemporari. Apa yg boleh saya buat ialah meluahkan apa yg ada di dalam kepala dalam bentuk kata-kata yg boleh difahami. Itu saja.







Mudah2an saya akan terus menulis selagi kudrat masih ada..selagi mana, jari-jari tua ni masih mampu menekan papan keyboard laptop ini.







Pesan saya pada anak-anak, jika mama sudah tiada lagi di dunia ini...biarkan saja blog ini kekal di alam cyber sampai kiamat tiba...mudah2an apa yg tertulis akan memberi manfaat pada sesiapa saja. Setiap entri yg ditulis ada kisah tersendiri; samada dari pengalaman peribadi atau orang-orang yg saya kasihi. Banyak entri yang menggambarkan betapa "fragile" nya saya dengan alam sekeliling. Betapa saya begitu "vulnerable" dengan alam dan makhluk Tuhan. Saya tidak sekuat mana apa yg disangka cuma "berlagak" saja...







Pada masa yg sama saya berpesan pada anak2 agar Facebook saya dihapuskan untuk selama2nya jika kematian menjenguk tiba....












p.s. masih sihat hari ni...

4 comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

salam.. sayu dan sepi membaca entry ustazah kali ini. 'ala kullihal.. semoga ustazah dikurniakan kesihatan yang berterusan oleh allah. Andai kita tak berpeluang jumpa di dunia ini.. moga2 allah pertemukan kita di akhirat kelak.. terima kasih atas nasihat dan entry2 yang amat bermakna dan berguna.

ramizah said...

insyAllah.. sayu ye? masa tulis tadi tak pasti perasaan macam mana..tulis aje. hmm..td bila saya baca balik..tk semena2 airmata saya mengalir...betul, memang sedih.. :'((((

KhALiLI_HaNNaN said...

apapun..ustazah kena kuat yer. ramai yang sayang ustazah. allah laaaaaaaaaaaaagi sayang kat ustazah. saya tahu..ustazah mmg seorg yg kuat.

incek.loyer said...

ustazah tulis macam ni pun dh hebat dh ustazh :)

insyaAllah. tulis mende2 baik ni akan jadi saham utk kita nanti.