Powered By Blogger

Friday, September 11, 2009

kenangan di bulan ramadhan

Pada saat terakhir bulan Ramadhan di mana semua orang sibuk nak balik kampong, saya teringat pada arwah pelajar saya yg meninggal pada minggu terakhir bulan Ramadhan. Arwah yg saya maksudkan itu ialah Zumratullan Zakaria. Dia meninggal akibat kemalangan jalanraya semasa perjalanan pulang ke kampong di Kota Bharu.
Malah ingatan pada arwah bukan setakat saat ini sahaja tetapi setiap masa. Kadang2 bila saya melihat mana student lelaki yg seiras Zum ( panggilan mesra), saya akan cepat2 teringat pada arwah. Kadang2 saya akan terus melihat pada student tersebut dan cuba mengamati wajahnya yg seiras Zum. Bila saya sedar yg dia bukan Zum, pasti airmata saya tumpah..lagi dan lagi.. Malah ketika menaip entry ni pun, tisu basah di tangan saya.
Peristiwa kehilangan student ini adalah pertama kali dalam hidup saya. Sesekali saya fikir adakah saya sebenarnya begitu kasih sekali pada student saya atau saya terlalu sensitif pada kisah2 sedih sebegini?
Pernah sekali saya mengalir airmata di kelas tutorial bila saya menyebut kad raya pada pelajar2 dalam kelas tersebut. Tak dapat ditahan2 lagi bila saya memberitahu bahawa arwah Zum ada menghantar kad raya pada saya 2 hari sebelum dia meninggal. Kad itu masih saya simpan..mudah2an sampai bila2.
Untuk bekas2 pelajar saya yg membaca entry ni, seperti Zukhairi, Anthony,Ismail, Pok Ye, Cik Puan dan lain2 lagi, simpanlah kenangan bersama Zum sampai akhir hayat. Jgn lupa untuk menyedekahkan al fatihah pada arwah.
Untuk pelajar2 saya sekarang ni atau mana2 bekas pelajar saya yg membaca entry kali ini, ketahuilah, anda semua tetap diingatan saya..mudah2an sentiasa diberkati Allah. Ingat pesan saya sokmo, jaga solat, jaga aurat dan akhlaq.

4 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

tiba2 rasa sebak bila baca perenggan terakhir tu.

ramizah said...

cukup2 la sebak :-) lagi seminggu nak raya.

Kami said...

jgn gtu ustzh..sipey etep air mato tu utk ghayo,kei x ckp kei..hehe..jgn sedih2

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

love u so much...
tak pernah sy lupakan ustazah
sebusy mana pn,
dirimu tetap dihati