Powered By Blogger

Wednesday, July 7, 2010

Nostalgia Piala Dunia..

Hari ini sya ingin bercerita mengenai Piala Dunia 2010 yg sedang rancak berlangsung di Afrika Selatan. Minggu ini adalah minggu terakhir Piala dunia di mana pada pagi isnin depan akan berlangsung perlawanan akhir diantara Belanda dgn siapa ye?

Sejak musim Piala dunia ini berlangsung 3 minggu lepas, masing2 bercerita pasal bola. Makan bola, tidur bola dan main bola jugak!

Seiingat saya piala dunia yg pertama saya mengikuti ialah pada tahun 1982 kemudian diikuti 1986. Tahun2 ini adalah tahun sya dalam usia remaja, 13 tahun dan 17 tahun. Sya masih ingat yg sya sangat2 meminati Zico pemain Brazil ( yg sgt hensem) dan Franz Beckenbauer dari German. Manakala kakak sulung sya pula, suka sgt pada Paolo Rossi dan Michel Platini. Ya lah, zaman remaja dahulu kala byk berkhayal dan tidak berpijak pada bumi yg nyata.

sekarang nama2 tersebut sudah menjadi lipatan sejarah. Tetapi mereka tetap menjadi lagenda di dalam dunia bolasepak antarabangsa.

Kami adik beradik sgt meminati sukan bolasepak disebabkan abah kami adalah peminat setia sukan tersebut dan pernah menjadi pengadil bolasepak FAM.Manakala bapa saudara, iaitu adik abah, Wan Rashid ( kini arwah)adalah pengadil FIFA tetapi tak sempat ke World Cup.

Jadi, saya tidak pelik bila anak2 suka menonton bola..datuk borek, cucu rintik.. dan saya kini menjadi peminat bola dari belakang je..sebab mere zindagi kat tengah dan anak2 di depan.

3 comments:

Danial Izzat Zulbahari said...

Tak minat Diego ke? lagi hot.. =P

ramizah said...

diego? kirim salam je la..

Kami said...

salam.abah ustzah rajin bowok ustazah g jaley stadium ko dulu2?sweet memory..=) carlos valderrama !