Powered By Blogger

Tuesday, May 31, 2011

Nostalgia zaman persekolahan

Semasa di sekolah rendah iaitu, sekolah kebangsaan Penambang, saya ke sekolah berjalan kaki. Kadang2 lalu ikut jalan besar dan pandai2 la melintas jalan. Kadang lalu ikut " Ghok" ( hutan kecil). Tapi tak lama sebab takut. Di sana ada byk pokok2 besar dan lalang2 yg agak tinggi dan terpksa melalui rumah yg kosong.. org kata rumah tu berhantu. Tapi tak pernah tengok lagi hantu. Cuma bila dah hampir dgn rumah tu, memang sya lari sprint. Mungkin Usain Bolt pun kalah rasanya.

Bila ke sekolah menengah, iaitu di MMP, cara ke sekolah bertukar mengikut keadaan. Mula2 saya menaiki bas. Rasanya hmpir setahun juga lah..Kemudian saya tak tahan. Bas di Kota Bahru ni, tak ikut jadual. Walaupun dah keluar awal, kdg2 sampai lewat juga ke sekolah. Balik pun sama. Bas lambat dan penuh. Tak tahan bertolak2 dalam bas. Tambah2 waktu petang dgn pelbagai aroma yg menusuk kalbu ( dan hidung). Kadang2 bulan puasa, bas lewat dtg atau ditinggal bas maka lewat lah berbuka puasa. Pernah sekali tak ada bas langsung. Maka berjalan kaki la sejauh 5 KM utk pulang ke rumah.

Tidak lama kemudian saya ke berbasikal ke sekolah selepas confident utk merentasi jalan raya di Kota Bahru. Maka basikal saya yg buruk itu digunakan dari kelas peralihan hingga ke tamat belajar di MMP. Bayangkan lah keadaan basikal apabila telah di gunakan secara berterusan. Pagi ke rumah pak cik man mengaji Quran, kemudian singgah rumah nenek atau kedai utk beli apa2 yg dikrim oleh ma utk memasak tengahari. Balik rumah, Ma suruh jaga adik sebab ma nak masak. Kemudian saya akan tidurkan adik2 ( adik2 di sini adalah Jie dan Aisyah). Lepas mereka tidur saya kan menukar jadual dan membuat kerja2 sekolah kalau ada.

Bila dah usia remaja, 16-17 tahun, basikal saya sudah usang dan buruk. Dan sebagai gadis remaja waktu itu, sangat2 malu bila berbasikal ke sekolah dan basikal saya berbunyi. Longgar sana longgar sini. Tak ada minyak di rantai basikal. Bila lalu depan rumah sewa budak Maahad Lelaki, mesti diaorg akan menegur saya dgn memberi salam dan menjerit agar saya bubuh minyak di rantai basikal.Tayar pancit, terpaksa heret dari sekolah ke kg Cina. Banyak kali juga peristiwa tayar pancit berlaku terutama di bulan puasa. Kdg2 hujan lebat bila ke sekolah atau balik dari sekolah. Baju sekolah basah, duduk atas kerusi lapik dgn surat khabar sampai ke tengahri. kdg2 airmata mengalir bersama2 dgn air hujan..bukan sedih tetapi mengumpul kekuatan bhawa setiap kejayaan mesti melalui dgn kesusahan dan penderitaan. Tiada kejayaan di dalam kehidupan kita dunia dan tiada kemenangan di akhirat tanpa adanya kesabaran.

Bila saya melihat keadaan saya pada sekarang ini, saya tidak sangka sama sekali. Tidak pernah saya bermimpi dan berangan sebegini. Yg saya berangan ialah utk mencari keredhaan ibu bapa saya dan membuat mereka gembira.. tetapi Allah itu maha kaya..Mudah2an Allah tetapkan iman saya sekeluarga agar terus yakin bahawa tiada Tuhan utk disembah melainkan Allah yg maha esa....amin..ya rabbal aalamin..

Friday, May 27, 2011

Tudung dan kita pada hari ini...

Rata-rata kalau kita pergi berjalan di mana-mana tempat di Malaysia, kita akan nampak wanita2 Islam yg bertudung. Cuma yg membezakan ialah pemakaian tudung itu, adakah menutup aurat ataupun tidak.

Di dalam hadith dan al Quran pun tidak ada menyebut cara pemakaian tudung dan berapa labuh tudung itu. Yg penting ianya menutup aurat; menutup kepala, melabuhi dada, tidak ketat dan tidak jarang. Tujuan menutup aurat ialah utk menjaga kehormatan wanita Islam. Melindungi maruah wanita Islam dari fitnah orang. Justeru itu, jika kita memakai pakaian atau tudung yg terlalu berfesyen sangat; dgn manik2, dgn lip lak lip lak, warna yg sangat terang dan renda2 atau frill yg keterlaluan, saya rasa ianya tidak memenuhi objektif menutup aurat.

Bercakap pasal tudung, seingat saya, saya mula bertudung bila saya mula memasuki ke Maahad Muhammadi Perempuan pada 1981. Pada masa itu usia saya 12 tahun. Bila pergi sekolah pada waktu pagi, pakai tudung litup. Bila malam atau petang, tudung berada dalam kain selimut. Siap pakai skirt lagi! Tudung on and off je..Tak faham konsep menutup aurat dan memakai tudung.

Rasanya bila dah usia 16-17 tahun, baru lah faham konsep menutup aurat. Baru lah lekat di kepala dan melabuhi dada. Tudung yg dipakai semasa di MMP, ialah tudung bulat. Bila di matrik dan di UIAM pun masih lagi tudung bulat. Bila dah kerja saya beralih arah ke tudung 3 segi tetapi masih labuh dan memenuhi kriteria menutup aurat. Mengapa saya memilih tudung 3 segi? Saya tertarik pada warna2 yg pelbagai jenis.. senang nak matching dgn baju. Banyak yg readymade. Sedangkan tudung bulat, biasanya saya kena ke kedai dan beli kain dan jahit sendiri. Itu yg lecehnya.


Semasa di MMP dan juga di UIAM, ada beberapa org teman yg memakai purdah dan juga yg memakai jubah hitam kain kosong sahaja. Memang saya salute org2 macam ni yg begitu menjaga pakaian dan hati mereka dalam menegakkan shariah Islam. Walaubagaimana pun, bila melihat mereka ini pada hari ini, saya sungguh terkejut. Tiada lagi jubah dan tiada lagi purdah. Malah memakai tudung pun tidak betul dan tidak menutupi aurat. Maksud saya, tudungnya diangkat dari paras dada. Pakaian pun semakin ketat. Ada juga yg memakai selendang utk diletak di atas kepala sahaja.

Dalam kita mempraktikkan shariah Islam di dalam kehidupan kita, kita hendaklah sentiasa berdoa agar kita selalu istiqamah dalam amalan kita. Hendaklah jangan terpengaruh dgn suasana semasa dan kawan2 sekeliling.

p.s. Pakailah baju labuh melabuhi punggung dan tudung melabuhi dada dan bahu..

Wednesday, May 25, 2011

Perpustakaan dan saya...

Tadi saya pergi ke perpustakaan. Sejam lebih juga saya di sana. Tempat pertama yg saya tuju bila ke library ialah ke sudut New arrival books. Mula2 saya ke tingkat dua dan meneliti mana2 buku yg menarik perhatian saya sambil membelek2 tarikh bila buku itu diterbitkan. Kadang2 tak semestinya buku yg terbaru itu diterbitkan pada tahun ini, tetapi kdg2 buku2 itu sudah lama ditulis tetapi telah diberi nafas baru dalam bentuk edition atau diterjemahkan ke Bahasa melayu atau Bahasa Inggeris. Buku2 yg menarik perhatian saya adalah mengenai gender issues, muslim minority dan juga Islamic legal system. Ada juga buku lain yg tidak berkaitan (dgn pengajaran saya tetapi tetap menarik perhatian saya iaitu mengenai akhlaq, iman dan buku2 sejarah. Kemudian saya akan naik ke atas, iaitu tingkat tiga utk melihat buku2 berkaitan dgn teaching dan juga isu2 di asia tenggara. Buku2 mengenai teaching ini selalu saya pinjam demi utk mengasah cara pengajaran saya di dalam kelas dan bagaimana utk menangani student yg bermasalah. Akhir sekali baru saya ke level law iaitu di tingkat bawah utk meninjau2 buku terbaru mengenai Undang2 samaada Islam atau pun common law. Biasanya buku law tak boleh pinjam, jadi belek2 dan membaca apa yg berkenan. Kalau rasa ianya penting, saya akan fotostat.

Sebelum keluar saya akan singgah ke Light Reading section, melihat buku2 mengenai self motivation, novel2 dan buku masak. Kalau ada yg bekenan, saya akan pinjam. Demi untuk anak2 tercinta.

Bila saya keluar dari library, perasaan gembira dan puas hati selalu di hati...dapat melihat ilmu yg disimpan di dalam library untuk rujukan semua.. tetapi pada masa yg sama, terfikir yg ilmu ini bukan hanya utk diterokai tetapi utk diamali...

Semoga kita beramal dgn ilmu yg kita ada dan juga jangan lupa utk berkongsi dgn mereka yg berminat utk mengetahuinya...


p.s. zaki, wafi dan lutfi...permata hati mama

Sunday, May 22, 2011

Siapalah nak jadi follower ke-90 ni?

Sudah lebih seminggu saya tengok follower saya ni 89 orang..saya tak suka no 89 tu..nombor ganjil! saya suka nombor genap...siapa lah yg sudi jadi follower saya yg ke 90 ni...

Saya harap stalker2 di luar sana dapat menjadi pembaca blog saya yg "rasmi"...

"Tanpa anda, siapa lah saya..."[ ala-ala penerima Oscar award gitu...]

p.s. ku gembira di samping mu

Saturday, May 21, 2011

" Lawyer v Lecturer"

Bila saya mendapat result SPM pada tahun 1987, saya mengambil keptusan memohon masuk ke UIAM dan memilih jurisan Law sebagai pilihan pertama saya. Mengapa saya memilih Law? Masa tu, saya bayangakan utk belajar hukum shariah, undang2 shariah dan mengaplikasikan undang2 tersebut pada saya. Pada masa tu, kerjaya peguam, bukan menjadi motif utama saya memilih jurisan tersebut.


Selepas berada di matrikulasi selama setahun dan kemudiannya ke tahun satu dan dua, saya mula memasang angan2 utk menjadi seorg peguam. Saya difahamkan, kalau jadi peguam boleh jadi kaya cepat. Satu kes, boleh charge RM3000-RM5000. Takkan lah satu kes satu hari, sekurang2nya 3-5 kes! wah! cantik ni. Boleh bagi pada ma dan abah dan juga adik2. Semasa di tahun 2 saya belajar criminal law. Saya masih ingat lagi, ada seorg pensyarah saya iaitu, Dr Abdul Halim Sidek, memberitahu, kalau nak jadi lawyer, " You have to be a fighter!" Maksudnya, awak mesti berani utk "bertengkar" dan "bertengking" di dalam mahkamah. Saya mula menimbal balik apa keinginan saya utk menjadi lawyer.


Semasa di tahun tiga, saya membuat practikal di satu firma guaman di Kota Bahru selama 3 minggu. Semasa di sana, saya melihat lawyer2 di situ agak sombong dan tidak mesra alam. Cara pergaulan mreka di dalam office juga tidak terbatas. Byk kali saya mendengar lawyer2 dis itu bercakap berbaur lucah dgn staff di situ. Ada juga gambar2 yg diambil semasa menghadiri bar dinner dan macam2 dinner lagi di mana pergaulan mereka tidak terbatas. Lawyer2 perempuan, saya tengok pakai skirt. Kata staff tersebut pada saya, "ini baru nampak professional." nanti jah pun boleh jadi macam tu, kata kakak staff di situ".


Selepas 3 minggu di sana, saya telah membuat keputusan yg saya tak mahu jadi lawyer. jadi cikgu sudah lah. macam abah. saya jadi fobia dgn kerja itu. Tambah2 abah pun cakap pada saya pada suatu hari, " Jah, tak boleh jadi lawyer...jah mudah kesian kat oghe..Abah takut bila jah jadi lawyer, bila client jah di dapati bersalah dan dia menangis meraung2 tak nak masuk jel, abah takut jah volunteer nk masuk jel..." huhuhu..abah, abah..dia kenal sangat anak dia lagu mana.


Akhirnya, selepas final exam tahun empat, saya apply menjadi lecturer di UIAM. Tanggal, 27 hb August 1992, saya report duty di MSD. Bulan berikutnya, saya mendapat gaji pertama sebagai Assistant lecturer sebanyak RM1,400. Bila dapat gaji pertama, benda pertama yg saya buat ialah, bagi duit sebanyak RM400 pada ma di kampung! Itu lah niat saya..


Saya bukan nak mengutuk kerjaya peguam ini salah..tidak sama sekali. Apa yg saya nk smapaikan di sini ialah, kerjaya Peguam adalah bukan utk saya. Ianya utk org2yg dilahirkan utk menjadi "fighter". Saya tidak mampu utk menjadi begitu. Lagi pun, saya khuatir saya akan terpengaruh dgn suasana sosial yg agak bebas dan turut terjerumus dgn akativiti tersebut. Saya yakin, jika saya baik setaro mana pun tetapi hidup dikelilingi oleh suasana maksiat dan org2 yg lemah imannya, saya pasti akan terpengaruh dan menjadi seperti mereka.




p.s. hidup mesti berjemaah..

Sunday, May 15, 2011

Antara realiti dan khayalan: satu ketika dulu..

Semasa di alam persekolahan dulu saya tidak pernah pergi berjalan2 mengikuti program sekolah ke luar negeri atau negara.Program2 seperti Lawatan ke Kuala Lumpur atau ke Langkawi tidak pernah saya ikuti. Kalau ada pun setakat di sekitar di Kota Bharu. Begitu juga semasa di Universti, tidak pernah ke mana-mana. Bila cuti, balik kampung..itu saja. Ke KL atau Jalan TAR jarang2 sekali.

Sebab utama, saya tidak mengikuti program2 di atas ialah kerana saya tidak mempunyai duit utk pergi berjalan2. Duit saya hanya utk makan dan membeli keperluan utk belajar.

Bila melihat student sekarang ini yg berjalan ke sana sini dan mempunyai kereta utk pergi ke kelas, sya pasti mereka pandai mencari duit atau pun mempunyai FAMA ( father and Mother) yg mempunyai kewangan yg stabil. Atau mungkin juga, mereka mempunyai kakak2 atau abang2 yg turut membantu masalah kewangan mereka. Saya, pada masa itu, tidak mempunyai faktor2 yg saya sebut di atas.

Hidup saya pada masa itu hanya lah belajar dan balik kampung saja. Saya menaiki bas Sri Jaya ke KL atau ke Subang Jaya ( rumah mak saudara). Atau bas mini no 11 jika mahu ke Jalan Raja Laut. Bila di dalam bas, selalu berangan nk balik kampung dan bekerja di Kota Bharu dan naik bas no 10 dari rumah di Penambang ke bandar kota Bharu. Tak pernah berangan nk punya kereta. dan tidak pernah berangan nk pandai bawa kereta. Kenapa? Kerana nk belajar kereta pun kena ada duit.Yg saya selalu berangan ialah nk balik kampung dan tolong ma abah di rumah. Itulah lingkungan khayalan saya.

Bila melihat student2 yg mengikuti student exchange programme ke Indonesia, Australia dan mana2 tempat lagi, saya cukup gembira kerna mereka sangat bertuah utk merasai pengalaman tersebut semasa belajar.

Alhamdulillah, benda2 yg sya tidak pernah khayalkan, Allah telah memberi nikmat tersebut utk saya merasainya. Seperti mana firman Allah, " Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memberi jalan keluar kpada kamu dan memberi rezki kpd kamu yg mana kamu tidak sangka2.."

Semoga pelajar2 saya dan anak2 saya akan memperbetulkan niat masing2 semasa menuntut ilmu jika terasa sudah terserong. Pastikan apa yg kita buat, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah utk mencari keredhaan Allah semata2..


p.s. tidak lupa pada kisah lalu....


Saturday, May 7, 2011

Mayat Osama dibuang ke laut..kenapa?

Osama Bin Laden sudah mati? Kalau lah benar, maka ucapan doa Innalillah wainna ilaihi raajiuun saya ucapkan. Kalau tidak benar, tidak mengapa lah. Yg pasti semua yg hidup pasti akan merasai kematian.

Bila Presiden Obama menyatakan bhwa mayat Osama telah dibuang ke laut, saya amat terkejut. Terkejut kerana saya tertanya2 kenapa tidak ditunjuk saja mayat itu kepada dunia. Juga, kenapa begitu tergesa2 sekali membuangnya ke laut? Biasanya mayat org yg dikehendaki ini, di buat post mortem atau dipamer pada org ramai. Pelik sungguh.

Dari segi aspek yg lain,sya rasa tindakan yg dibuat oleh Amerika itu adalah satu penghinaan pada agama islam. Ini adalah kerna di dalam Islam, setiap mayat org Islam perlu di mandi, kapan, disembahyangkan dan ditanam di dalam kubur. Itulah hukum Islam ( melainkan yg mati syahid). Tidak ada rasa hormat pada agama Islam telah ditunjukkan oleh Pentadbiran Obama.

Begitu juga semasa hukuman gantung yg dijalankan kepada Saddam Hussein yg dibuat pada pagi raya Aidil Adha. Ini juga satu penghinaan terang2an pada agama Islam dan umat islam seluruhnya.

Di dalam hukum jenayah Islam, ada beberapa etika yg perlu diambil kira seebelum melaksanakan hukuman hudud. Antaranya, hukuman tidak akan dijalankan jika cuaca sangat panas. Rasulullah memastikan cuaca redup dan nyaman agar tidak menyiksa pesalah. Hukuman juga tidak dijalankan pada Hari Raya sebagai menghormati pesalah utk menunaikan perkara2 sunat di hari raya. Jika pesalah itu adalah org tua maka, jalan lain yg lebih "selesa"
akan dipilih agar tidak menyiksa pesalah. Itulah etika hukuman di dalam hukum jenayah Islam.


p.s. kau yg perasan...

Wednesday, May 4, 2011

Salahkah kita memuji seseorang?

sudah lama saya ingin menulis tajuk ini tetapi selalu ditangguh2.

Saya dikunjungi oleh seorang student kira2 sebulan lepas. Semasa kami berbual2, saya memuji dia sebagai seorang yg berdisiplin dari segi kehadiran di dalam lecture mahu pun tutorial. Lantas dia memberi komen pada statement saya dan menyatakan bahwa kita tidak boleh memuji orang. Saya bertanya, kenapa tidak boleh? Jawabnya, boleh mendatangkan riya'.

Saya rasa pemahaman dia dalam konsep riya' dan pujian itu adalah tidak tepat.

Tidak salah kita memuji seseorang; suami/isteri, teman,adik beradik, anak2 dan pelajar kita. Pujian mestilah ikhlas, benar, specfic dan berpada-pada. maksudnya puijan itu adalah lahir dari hati yg bersih dan ikhlas, bukannya utk membodek atau meng"jet" seseorang. Pujian yg diberikan adalah menasabah seperti "awak adalah seorang yg pemurah" daripada " awak ini seorang yg sangat2 baik ". Pujian kepada anak yg takut utk menghadapi exam, " mama tahu angah pandai dalam maths. Test lepas angah lulus. Angah dapat tempat ke-9 dalam kelas. Angah adalah seorg yg tidak berputus asa" Ini adalah pujian dan juga kata2 semangat dari seorang ibu kepada anaknya.

Di sekolah akan diadakan hari penyampaian hadiah kepada pelajar2 terbaik di dalam peperiksaan. Ini juga adalah stu bentuk pujian kepada pelajar2. Salah kah? Di universiti ada juga Dean's List, salahkan kita menganugerahkan sijil dean's list ini kpd pelajar2?

Sebarang anugerah yg diberikan kepada kita dari Universiti, sekolah, mana2 instutusi adalah satu bentuk pujian terhadap sumbangan kita kepada negara, sekolah dan masyarakat. Pujian ini diberikan utk mengiktiraf jasa2 yg dibuat oleh mereka dan sekaligus mendorong agar orang lain juga boleh mengikut jejak langkah mereka.

Riya' adalah personal. Riya' adalah berbentuk individu bukan kolektif. Sifat ini akan mendorong invidu tersebut menjadi sombong, alpa dan mementing diri sendiri. Riya' juga membuat si penerima pujian menjadi hamba kepada nafsu dia.

Oleh itu, jika kita menerima anugerah atau pujian dari sesiapa, anggaplah pujian itu dari sekumpulan org ramai dan masyarakat yg suka pada si penerima. Ianya adalah dari kolektif manusia bukannya dari seorang manusia sahaja.

Anak2 perlu dipuji agar bertambah keyakinan mereka dan membentuk peribadi yg kuat dan tahan lasak. Pelajar2 perlu dipuji jika berjaya di dalam peperiksaan. Juga perlu ditegur jika ada sebarang kekurangan di dalam jawapan peperiksaan. Inilah yg dinamakan pujian yg ikhlas dan benar.

Nabi Muhammad juga memuji sahabat2 baginda semasa hayatnya. Abu Bakar al Siddiq diberi gelaran al siddiq yg bermaksud benar kerana sifatnya yg senantiasa membenarkan kata baginda. Umar al Khattab, digelar al faruq kerana kekuatan mindanya dlm membezakan yg benar dan yg batil. Ali yg diberi gelaran Karamaallah Wajhah, kerana kemuliaan dia dalam menegakan agama Islam.

Dalam mengeratkan sillaturaahim sesama kita, selalulah kita melihat kelebihan org lain dan memuji pada kelebihan yg dia ada. Tapi ingatlah, bila nk memuji biarlah berpada2..biarlah pujian itu datang dari hati ikhlas agar si empunya diri terus yakin utk berrjuang di jalan Allah...


p.s. keseorangan di sini..

Tuesday, May 3, 2011

My wish to William and Kate..

Hari jumaat lepas, 29 april, dunia menyaksikan salah satu perkahwinan bersejarah di dalam dunia monarki Britain apabila Prince William mengahwini Catherine Middleton yg sekarang ini dikenali sebagai Duke and Duchess of Cambridge.



Apabila saya menyaksikan sambutan perkhwinan mereka, saya juga tidak lupa pada kenangan tanggal 29 Julai 1981, apabila Prince Charles mengahwini Lady Diana Spencer. Pada masa itu saya berusia 12 tahun. Saya masih ingat bila saya melihat Lady Diana keluar dari kereta kuda dgn baju pengantin yg sangat2 cantik. Dalam fikiran saya, begini lah seorang puteri, cantik serba serbi...semuanya mahal dan unik. Senyum tak lekang dari bibir Diana dan Charles sebaik saja mereka selamat dinikahi oleh paderi di Westminster Abbey. Sungguh saya tidak lupa pada saat itu..juga saya tidak lupa pada tahun 1996 bila Diana bercerai. Sebetulnya, seorag puteri adalah manusia biasa yg hanya mahu kebahagiaan di dalam hidup dia. Peristiwa selepas itu, di mana Diana cuba mencari cinta sejati selepas Charles. Hidupnya dikelilingi paparazzi kemana saja dia pergi. Saya terfikir, susahnya menjadi public figure. Hatta ke gymnasium atau ke kedai diburu oleh media massa sebagai jalan utk melaris media masing2. Dunia pun seolah2 dahaga kepada berita Diana. Saya ingat selepas Diana mati pada 31 august 1997, dunia akan melupakan dari mencari kisah2 sensasi beliau, tetapi tidak. Setiap rahsia dikorek, setiap cerita ditokok tambah agar menjadi lebih sensasi dan kontroversi.





Saya pun tidak sangka, Allah memberi peluang kepada saya utk melihat William berkahwin. Dunia pasti akan memburu kehidupan William selepas ini. Adakah kisah cinta dia akan menerima nasib seperti ibunya? atau adakah William akan menjadi raja selepas ini? Yg pasti, setiap kali saya melihat William senyum, saya pasti teringat pada Diana..kerana senyumannya saling tak tumpah, seperti Diana. Mudah2an kalau lah William dan Catherine mempunyai anak perempuan, harap2 wajah anak perempuan mereka seperti Diana.




Saya cuma mendoakan satu saja, agar Allah memberi hidayah kepada mereka utk memeluk agama Islam dan mencari kebahagiaan di dalam agama yg diredhai Allah SWT ini..





p.s. Jauh pergi..tetapi lupa tidak sekali..