Semalam saya marah Lutfi, anak bongsu yg manja lenjer tu.
Petang dia ke sekolah agama di mana ada van dtg jemput dan balik.tetapi semalam sebelum dia pergi dia pesan yg hari ni mama kena pergi jemput dia dari sekolah.
Sebaik saja masuk dalam kereta petang semalam, muka dia masam mencuka. Bila saya tnya kenapa. dia jawab kawan-kawan dia ketawakan dia sebab dia sebut perkataan " Baligh" dengan sebutan " Baalikah". ( Semalam dia ada ujian feqah). saya sendiri pun nak ketawa tapi control lawa je la dalam kereta.
Saya cuba memujuk dia dengan memuji kelebihan yg dia ada dan menyatakan yg kwan2 dia akan lenguh mulut bila ketwa banyak sgt. Pada masa yg sama, saya menasihati dia agar selalu membaca buku bahasa Melayu sebagai satu jalan utk memperbaiki bahasa melayu dia.
Bila sampai di rumah, sy suruh dia turun dari kereta sebab saya nk reverse parking yg mana pintu depan akan rapat pada tiang sebelah dgn parking. Dia buat hal, tak nak turun. Selepas dipujuk, akhirnya dia buka pintu dgn satu kaki saja keluar. Lepas saya merayu, maka kaki ke dua pula keluar. Kemudian selepas 1 minit barulah dia turun. tetapi tak mahu tutup pintu kereta. Saya cakap, "Lutfi, cepat lah..dh nk maghrib".
Habis kes pintu kereta, dekat lift pulak. Tak nak masuk lift. Lepas dipanggil, dipujuk2 tak nak masuk jugak. Bila nak masuk pintu dah nk tertutup, terkena badan dia.
Sampai di gate rumah, bila saya buka pintu dan masuk dalam rumah, rupanya dia tak masuk dalam rumah. Dia duduk di luar. pintu dah tertutup tapi tak dikunci. Tak nak masuk sehinggalah saya pergi buka pintu utk dia. Sabar lagi..Bila dia masuk, dia baling selipar ke dalam rumah. Wah! Mama punya temperature dah naik ke boiling point dah kali ni.
Apa lagi, bukan bagi tazkirah, tapi bagi "khutbah" sebelum maghrib. Memang gempak punya..Pelbagai ayat Quran dan hadith terkeluar dari mulut. Dia pun diam tak terkata apa. Menangis dgr khutbah mama. Lepas habis khutbah, giliran mama pula menangis dalam bilik air.. Sedih, bila marah anak ni. Takut anak kata, mama tak suka pada dia.
Bila nak makan malam, ajak dia makan sekali dgn mama. Kemudian tiba-tiba minta mama tolong sendukkan kuah dan ambil ikan utk dia. Dah baik semula.
Moral of the story is that, you have every right to be angry but don't misbehave. Sebagai ibu, saya perlu berpesan pada diri agar menjadi ibu yg sabar dan tegas dalam mendidik anak. Tetapi bersabar dgn kerenah dgn anak2 bukan bermaksud kita membiarkan apa saja yg dia nak buat. Ada ketika kita perlu mengambil tindakan yg sepatutnya agar anak tahu yg perbuatan dia itu salah..tugas mendidik anak2 ni terletak di atas bahu ibu bapa sampai mati...
p.s. Jauh di mata dekat di hati...
Wednesday, June 29, 2011
Monday, June 27, 2011
Love who you love..
Bila kita menangis bukan bermaksud kita lemah. Tangisan adalah salah satu jalan untuk kita meluahkan apa yg terbuku di hati. Bila kita menangis, kita adalah manusia biasa. Mungkin mereka yg tidak pernah menangis merasakan mereka adalah luarbiasa. Tetapi perlu diingat, tangisan di dalam hati pasti akan memakan diri.
Menangis adalah satu sifat insaniyyah atau sifat kemanusiaan yg semulajadi ada di dalam setiap sanubari. Anggapalah ianya adalah perkara normal utk kita menangis.
Menangis juga adalah reaksi positif yg kita ada perasaan kasih sayang sesama kita, terutama bila kita bertemu dan berpisah..
Hari ini adalah hari gembira buat saya, tetapi kenapa saya menangis? Arrgh.biarkan saja. Saya bukannya berduka. Saya cukup gembira bila bertemu dengan orang-orang yg saya sayangi pada hari ini. Bak kata si dia, kita bertemu dan berpisah kerana Allah.. kami sama-sama menangis kerana kami menikmat keajaiban Allah yg mencetuskan perasaan kasih sayang sesama kita..
Semoga bertemu lagi...
p.s. Once we were strangers..now, we are together.. what a miracle!!
Friday, June 24, 2011
Apa yg saya buat di pejabat...
Dah lama saya tak update pasal student. Ya lah, macam mana nak update, student tak ramai. Sekarang ini tengah cuti semester tetapi ada beberapa course ditawar pada semester ini. Hanya beberapa kerat je lecturer mengajar sem ni. Dan saya tergolong di kalangan mereka yg tidak mengajar.
Ada juga berjumpa dengan student yg agak terkejut bila melihat saya ada di kampus setiap hari. "ustazah buat apa kat office? Kan tak ada kelas?" " Ustazah datang hari-hari ke?" Soalan2 sebegini adalah biasa ditanya kepada saya.
Walaupun saya tak mengajar, saya mesti datang ke pejabat hari-hari. Kalau tak nak datang, saya mesti ambil cuti.
Apa yg saya buat sepanjang cuti ini? Adalah beberapa benda yg dibuat selain dari facebooking dan blogging :-)
Sekarang saya tengah membuat research mengenai lanun-lanun di Somalia dan di selat Melaka. Sebelum ni saya tahu pasal Johny Depp saja sebagai Pirates of the carribean, rupa2nya lanun2 somalia ni lagi gempak dari Johny Depp. Ini bukan bidang saya, tetapi sekurang2nya saya mahu belajar mengenai isu lanun2 ini. InsyAllah saya akan bentangkan kertas kerja mengenai lanun2 di Somalia ini di University of Oxford pada 2o julai nanti. Saya sedang merancang utk menulis mengenai status of fatwa and mufti in the Malaysian Court; Sivil and Syariah court. Sekarang tengah mencari bahan2 utk menulis. Paper ini akan dibentangkan ( insyAllah) di National University of Singapore pada bulan November tahun ini.
Semasa cuti juga ada beberapa meeting yg perlu dihadiri agar dapat kita membuat keputusan secara syura. Ada Seminar Isu-isu di Mahkamah syariah ke 13 yg akan berlangsung pada bulan october ini dan saya sebagai timbalan pengarah utk seminar tersebut.
Masa cuti panjanglah, lecturer2 kena update courseoutline sabjek masing-masing. This is a painstaking job; mental and physical.
Ada juga program community service yg perlu kita hadiri agar kita dapat juga berkhidmat kepada masyarakat umum.
Akhir sekali aktiviti yg tidak berkaitan dgn akademik tetap tersangatlah penting iaitu berjalan-jalan ke jalan TAR, membeli tudung mortada atau melihat kain2 terbaru utk dibuat baju di Nagoya,Kamdar dan Harrisons. Aktiviti2 ini adalah "rukun hidup" saya setakat ini sebagai jalan utk melepaskan tensen dan therapy pada segala masalah dalam hidup.
p.s. nak balik kampung.....

Wednesday, June 22, 2011
Abah ku sayang...
Pada 19 Jun lepas, kita menyambut Hari Bapa. Dulu sambutan pada orang2 istimewa ini tidak dikomersialkan sangat. Sekarang ni, macam2 ada. Tak terkira.
Alhamdulillah, bapa saya, Wan Muhammad Wan Jaafar, masih sihat dan masih cergas. kami adik beradik memanggilnya "Abah".Kalau tak silap usianya skrg sudah menjangkau ke angka 68 tahun.
Semasa kecil, saya sangat takut dengan abah. Kalau dengar je, kereta abah dah sampai di bawah rumah, saya mesti jadi anak yg patuh dan taat. Masa kecil saya suka "dderak". Aktiviti saya ialah outdoor activities. Main masak2 guna api lagi. Main masak2 tu di bawah rumah orang pula tu. Saya suka juga main bola cap kaki tiga. Suka lempar bola tepat kat badan mangsa dan nk dengar bunyi "dup". Nah! rasakan lemparan tepat dari saya. Main lompat tali. Main selambut kat rumah orang. Kadang2 pergi ke sungai kelantan, makan buah tembikai yg orang tanam kat situ. Bila ma tahu, memang ma berleter tak berhenti.
Abah dulu tak cakap banyak dengan anak-anak. Abah sibuk bekerja. Tapi bila soal pelajaran, abah sangat mengambil berat.
Semasa saya di Maahad dulu, saya ada meminta abah beli basikal baru utk saya, tetapi abah cakap, naik lah basikal tu sampai hancur lebur, sampai tak boleh naik, barulah abah beli basikal baru. Pada masa tu bila dengar abah cakap macam tu, rasa sedih sangat. Tp saya faham maksud abah selepas itu.
Semasa saya di matrik, saya mengalami saat-saat yg mendukacitakan apabila saya menjadi homesick pada keluarga. Pelbagai pengalaman pahit berlaku sehingga pada satu ketika, saya mahu berhenti belajar. Abah datang dan memberitahu saya bahawa tiada masalah yg tiada penyelesaian dalam dunia ini. Saya masih ingat sebaik saja abah mengucap kata2 itu, saya memeluk abah sambil menangis teresak-esak. Abah sayang saya sebenarnya.
Pada tahun 2007 apabila saya selesai membuat pembedahan, abah datang melawat saya di hospital. Abah datang lewat satu hari dari ma. Bila saya tengok muka menjengah ke pintu bilik saya, terus airmata gembira mengalir tengok abah. Abah datang dan menggosok tangan dan kaki saya sambil mengucap," abah datang dari jauh nak tengok jah ni..."
semasa menunaikan haji pada tahun 2009, saya ada menelefon abah dan bercerita yg saya terperangkap dalam jem teruk semasa pulang dari Mina ke Makkah. Sambil cerita sambil menangis. 8 jam setengah dalam bas baru sampai. Walhal kalau ikut waktu biasa hnya memakan masa setengah jam saja. Komen abah ialah " Allah sayang Jah tu, bila Dia bagi ujian lagu tu..Itu pengalaman manis tu yg Jah boleh kongsi dgn org lain".
Lagi satu semasa saya kecil hinggalah sekarang ni, saya tak pernah mendengar abah marah pada pengguna2 jalanraya lain. Walaupun orang tu lintas abah ke, buat hon ke, bawa lambat ke, laju ke atau apa saja, abah tidak pernah sesekali marah atau mencebik keupayaan orang lain. Abah hanya diam dan berkata, "biarlah.."
Abah adalah seorang yg positif. Mempunyai sense of humour dan sangat mementingkan anak2 dia. Abah adalah "a man of a few words".
Untuk abah, kami doakan abah sihat sejahtera dan menghabiskan waktu untuk beribadah kepada Allah dan masyarakat.
p.s.kurangkan manis dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman..
Monday, June 20, 2011
...................
Saya melawat pakcik saya di hospital hari sabtu lepas. Dia mengidap penyakit kanser sudah melebihi tahap 4. Bila melihat keputusan x ray yg menunjukkan jumlah sebenar keseluruhan badan beliau yg telah di mamah virus cancer, hati saya sebak..*sigh*
Badan pakcik saya semakin lemah dan tidak bermaya. Bila ketawa pun, katanya sakit. Walau dalam keadaan lemah, dia masih boleh tersenyum melihat gelagat anak cucu. masih lagi sempat mengusik saya dan masih lagi menjadi maharaja lawak..He is still in the high spirit!
Teringat saya pada Julai tahun 2007, bila saya di diagnose mendapat kanser di dinding rahim. terkejut mendengar berita dari doktor pakar sakit puan. Menahan sebak di depan dia. Bila masuk di dalam kereta..terus menangis teresak-esak. Seolah-olah kiamat akan menjelma. Menangis dalam tidur..melihat muka anak2 hati seolah2 dirobak dgn luka hiba. Airmata deras mengalir bila bercakap dgn ma, abah , kakak serta adik2 sehingga tidak lagi mampu diluahkan dgn kata-kata..
Alhamdulillah, sehingga ke saat ini, saya masih lagi menghirup udara di sini... masih mampu memberi kasih sayang pada yg sudi.. masih mencari-cari siapa lagi yg mahu dikasihi dan disayangi kerana kasih sayang bukan milik kita sendiri..ianya rahmat ilahi yg perlu kita syukuri..
p.s rindukan Pelangi Petang...

Thursday, June 16, 2011
Puisi Rindu...
Bila rindu mencengkam di dada..
Tiada siapa yang aku damba
Melainkan engkau yang tiada
Berat rasa hati hendak dibawa
sementara menunggu mu di kala senja
Cepat pulang wahai kekanda
Aku ingin bertemu mu saja
aaaarrrrgh............................
p.s harap maklum, puisi ini tidak bersifat peribadi..cuma hanya mainan di hati...
Wednesday, June 15, 2011
F.R.U.S.T
Entry yg lepas saya bercerita pasal L.O.V.E. Kali ni bercerita benda opposite pulak..
Bila kita pandai menyintai seseorang, kita mesti pandai juga bagaimana hendak menghadapi impak jika cinta kita ditolak. Atau dgn kata lain, frust..frust nungging..nungging buah Nyo lagi! adus, sakit..sakit..sakit sangat. :-(
Bagaimana saya tahu sakit? Ada lah pengalamannya.. Pengalaman mem" frust'kan orang pun ada. Beberapa orang jugak la ( ecececeh...perasan pulak dia). Pengalaman org mem"frust'kan atau mengecewakan saya pun ada juga.
Seingat saya peristiwa saya frust sangat2 ni berlaku masa saya di tahun akhir semester pertama. memang salah saya. Ingatkan si dia tu suka kat saya, rupanya saya je yg perasan..huhuhu.. Perasaan saya pada masa tu lebih kepada teramat malu .Malu nak jumpa teman2 yg tahu hubungan saya dgn si dia itu. Bak kta pepatah, hidung tak mancung ( memang tak mancung pun dan memang tak perasan pun!), pipi tersorong2..alahai..
Apa yg saya boleh buat ialah menangis..berlinangan airmata...bercucuran keluar tak berhenti. Selama 3 hari 3 malam saya menangis. Sampai bantal di asrama tu terpaksa di jemur di atas bangunan asrama siti Khadijah di P.J. Sebelum saya melelapkan mata, saya menangis teresak-esak..malunya aku... saya bertaubat tak nak dah perasan. Esakan saya didengari oleh roomate saya. Dia bertanyakan keadaan saya. Lantas, saya berkongsi cerita dgn dia sebagai satu jalan utk meluahkan apa yg terbuku di dada. Dia juga meminta saya menulis surat utk dihantar kepada si dia itu. Keesokan harinya saya menulis surat di dalam dua helai kertas kajang. Saya memberi surat itu kpd teman saya utk dibaca. Sebaik saja selesai membacanya, saya tengok mata teman saya bergenangan dgn airmata..dia bagitau saya " jah, jangan hantar surat ni pada dia..surat ini akan membuat hati dia hancur luluh, jah..." teman saya memegang tangan saya dan kami sama2 menangis. Bila saya membaca isi kandungan surat itu semula, saya dpt merasakan betapa kecewanya saya bila cinta ditolak...
Well, dah lebih 20 tahun cerita ni berlalu. Masing2 sudah mempunyai keluarga. Masing2 sudah menemui cinta sejati... Walaupun pada 20 tahun lepas, saya merasakan peristiwa dikecewakan ini adalah sangat pahit dan perit. tetapi bila dikenang balik sekarang, ia adalah sesuatu yg sangat manis. Sangat berharga utk dikongsi dgn anak2, adik, student2 dan sesiapa saja. Saya tidak pernah menyesal dgn apa yg berlaku..there must be a reason that it is happened.
No regret at all :-)
" Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moment that takes our breath away.."
Semua yg berlaku, memberi pegalaman kepada saya. Pahit atau manis, bergantung bagaimana kita menghadapinya..
p.s Robert Redford, Michael Dudikoff, Mark Harmon...just to name a few...
Sunday, June 12, 2011
L.O.V.E
Until today, I remember these two quotes which made me strong and motivated whenver I face any problem
" If you love somebody, you must set him free...if he comes back to you, he is yours..if not, then he is never meant to be..."
This quote teaches me to let someone loves naturally..without being forced. Let the love grow internally and externally without somebody dictates to him what to do and what not.
At the same time, it teaches you how to have your own dignity..your name..your stance. You are what you are. Though he does not love you, it does not mean you have to ruin your name and dignity just because in the name love. Love is sacred..It is within yourself..
The second quote is " You need to marry the right person who comes at the right time"
Many people think that they are in love but at times, they are wondering whether they should get married or not. They are not very sure. When you are not very sure with what you are doing, stop! Think and ponder..Is she the right person for me? Can she live with me? Though you are madly in love but if both are not ready to give commitment, then you are not ready for the marriage. Love is not the only factor that your should consider prior to the marriage. I believe, love can grow..it can tremendously going strong even after the marriage. Marriage is not only made of romance and affection.. marriage is also made of turbulence and tides. What keep them stronger and together is because of their love and respect to each other.
May we have the power of love to live and to die for the sake of Allah....
p.s. frust nungging...

Thursday, June 9, 2011
Letter to Rafael Nadal
Dear Rafa,
Let me start this letter with many congratulations for your 10th Grand Slam by winning French Open this year.
I just want to share with you my feelings while watching the final match between you and Roger Federer. It was very tense for me. I hardly sat on the carpet in my house, instead I was going back and forth..my heart was beating was very fast espcially in the first set when you were left behind 1-4. Oh! my God..It was a terrible experince. I know, you felt more than I was..I could feel it...
I went inside the room and texting some messages to a few people. First to my sister, Fatien,who is also a die hard fan of you. I told her to keep updating about your progress. then I texted a message to my friend cum foe, Hakim..Well, Rafa dear..he likes Roger federer :-( Dont worry, you still have me and my sister behind you.. My message to hakim was kind of a pre defeat. I was getting ready to hear hooray hooray from him if Federer was the winner.. I know these people will make fun of me because I am supporting you.
I fell asleep finally without knowing the result and without watching the match. Around 12am, I woke up and saw a text message from my sister about your winning in the final..The feeling was serene. I could feel the calmness in my heart and mind..at the same time, aah! the evil plan is going to be excecuted tomorrow ( 6 jun) to Hakim and Mokhsin Shaari.
Rafa,
I hope you will take enough rest for Wimbledon Championship in London. One thing which makes me feel bored watching wimbledon is the colour of your attire. It is all white...owh..what a protocol you need to observe? *sigh* I like the colourful sight of yours with matching head band, wrist band and shoes.
Rafa,
By the way, is it possible for you to send me a pair of your engraved-name shoes to me and my sister? Mine is size 7 and my sister's is size 5.
Hope to hear from you soon..
warmest heart,
ramizah (R)
p.s. we were born in the same month, June. Happy belated birthday to you and Happy Birthday to me...9 June :-D

Monday, June 6, 2011
Gabra dan Gemuruh...Part 2
Bagaimana hendak mengatasi gabra dan juga darah gemuruh ini? Walaupun saya sangat2 takut bila nk masuk ke kelas utk mengajar, tapi saya masih lagi maintain cool. Wah! apa rahsianya? Jeng jeng jeng....
Saya selalu melihat perasaan takut dan tension itu dalam bentuk positif. Bila kita takut dan tension dalam bentuk positif kita akan membuat persediaan yg secukupnya. Kita hendaklah practise dan practise apa yg hendak kita cakap. Apa contoh yg kita hendak bagi dan apa cerita lawak yg hendak kita kongsi. Bila kita tidak membuat sebarang persediaan dan pakai main redah saja, bukan shja pendengar akan boring dgr apa yg kita cakap tetapi kita juga memalukan diri sendiri. Biasanya saya akan berlatih di depan cermin apa yg saya hendak cakap pada audiens. Lebih2 lagi jika saya akan membentang kertas kerja, di mana ada had masa yg telah ditetapkan padas setiap pembentang.
Saya masih ingat pada tahun 2004, saya membentang kertas kerja di National University of Singapore (NUS). Malam sebelum itu, saya berlatih di depan cermin, 4-5 kali utk memastikan saya menyiapkan pembentangan dalam masa 15 minit. Alhamdulillah, keesokan harinya saya menghabiskan pembentangan dalam masa 14 minit. Pihak organiser datang mengucapkan tahniah di atas "ketaatan" saya menghormati masa.
Jika ada power point presentation, saya akan memastikan pada setiap slide hanya mengandungi 2 line ayat shaja. Jika tidak, pendengar atau penonton hanya asyik membaca slide saya sahaja. Saya mahu mereka mendengar apa yg saya cakap dgn memandang ke arah saya. Mesti ada eye contact antara saya dan pendengar. Ini adalah sangat penting. Eye contact juga membuat gemuruh saya hilang.
Lagi satu pakai lah baju dan tudung yg kita paling suka sekali. Penampilan diri kita juga membuat kita lebih yakin pada diri dan dapat menghilangkan darah gemuruh. Baju yg selesa untuk kita bergerak dan longgar terutama di bahagian ketiak kerana semasa membuat presentation, mesti ada hand gestures yg saya akan buat. Jika presentation itu memerlukan saya naik ke pentas, saya lebih suka memilih jubah seluar.Jika tidak, baju kurung yang longgar dan warna2 pastel menjadi pilihan saya. Warna2 yg terang dan floral print saya cuba elakkan.
Tips yg paling akhir sekali ialah,jangan lupa senyum! :-) Walaupun dalam perut ada rama-rama atau kingkong dgn dinosaur sedang bergaduh, kita tetap senyum. You must look confident.. If you cannot make it, FAKE it~
p.s Terimakasih utk Shahir Shamsdin yg memberi idea yg bernas utk dikongsi dgn pembaca
blog saya..
Saturday, June 4, 2011
Gabra dan Gemuruh...
Setiap kali saya hendak ke kelas, pasti saya akan gabra. Takut sangat. Takut apa ek? Takut lupa point apa nak cakap dalam kelas, takut tersilap cakap, takut English berterabur atas lantai dan macam2 lagi.
Pertama kali masuk kelas utk mengajar pada tahun 1994 ( kalau tak silap), saya melakukan solat hajat pada malam tu. Kemudian setiap kali habis solat fardhu, sya tak henti2 berdoa agar saya boleh mengajar pada hari tu. Beberapa jm sebelum ke kelas, saya asyik berselawat utk menengkan hati. Tapi rasa macam tak jadi jugak. Masuk ke bilik air, duduk atas toilet bowl tu. Duduk saja. Kemudian bangun keluar dan pergi ke sink. Lepas tu masuk balik dan duduk lagi. rasanya 3-4 kali juga lah keluar masuk, keluar masuk.
Dalam perjalanan ke kelas, mulut asyik berkumat kamit membac pelbagai doa agar saya tak apa2 dalam kelas. Bila masuk dalam kelas, saya tengok student tak ramai sangat ( macam biasa la). Bagi salam dan salam sy dijawab oleh student. Sya terus menuju ke meja yg disediakan utk lecturer meletakkan fail mereka. Sebaik saja sya letak fail atas meja tu, meja tu terbalik dan kaki meja tu patah dua. Subhannallah...doa apa lah saya baca tadi sampai jadi macam ni. Perut yg memang dah sakit lagi berdenyut2. Saya dapat rasakan lutut saya bersentuh sesama sendiri dan kaki pun mengigil2...
Saya takkan lupa seorg budak laki2 yg gentleman datang mengutip kertas2 yg bertaburan dan menyediakan meja yg baru utk saya..
Apa yg berlaku selepas itu, saya sudah lupa.. org kata, the rest is history :-)
p.s. pengalaman membesarkan kita...
Subscribe to:
Posts (Atom)