Powered By Blogger

Friday, May 21, 2010

Apa kurangnya nama ayah dan apa lebihnya nama suami?

Sya terpanggil utk menulis pasal isu penggunaan nama di dalam Facebook (FB) selepas melihat ramai dikalangan friendlist saya menggunakna nama suami mereka sbg family name atau surname mereka. Nama ayah sudah tidak ada lagi..

Sebenarnya salah menggunakn nama suami di dalam nama kita:
1. Penukaran nama selepas berkhwin adalah amalan agama kristian. Kita dilarang samasekali utk meniru amalan agama2 lain. Ini adalah berkaitan dgn aqidah kita kepada Allah yg Maha Esa. Walaupun ada yg menjawab, ini hanyalah suka2 sahaja. Suka2 ada batasanya lebih2 lagi jika melibatkan aqidah kita

2. Di dalam al Quran sendiri ada menyebut yg kita hanya boleh dipanggil dgn berbintikan/berbinkan ayah kita sahaja. Ini berlaku sendiri pada Rasulullah yg memanggil anak angkatnya yg dikasih Zaid bin Muhammad. Tidakan Rasulullah telah ditegur oleh Allah dgn turunnya ayat Quran melarang amalan sedemikian.

3. Hubungan kita dgn suami boleh putus dgn perceraian. Manakala hubnugan kita dgn ayah sampai mati tetap ayah kita. Tetapi dgn suami, sudah tiada lagi hubungan selepas mati. Kita boleh berkahwin lain. Ramai dikalangan artis dan celebrity kerap menukar nama akhir mereka dgn nama suami. Selepas bercerai minta jgn dipanggil dgn nama begitu. Kemudian berkwin dgn org lain, ditukar pula nama kepda nama suami baru. Artis bukan “sample” utk kita jadikan contoh..

4. Kita boleh menggunakan nama samaran seprti Kerismas, Bunga Orkid, Gadis Melayu dan sebagainya. Itu tidak menjadi kesalahan. Nama itu hanya digunakan utk menggambarkan sifat atau karekter kita.

5. Ramai dikalangan kita begitu prihatin mengenai hukum fiqh: kentut batal wuduk, tertelan air dgn sengaja batal puasa, rukun solat ada 13.semuanya mengenai praktikal kehidupan kita. Tetapi ramai yg kurang prihatin mengenai bila batalnya aqidah. Seperti pengharaman yoga adalah disebabkan amalan sedemilkian adalah mengikut amlan agama hindu.

Sya harap dgn teguran ni, sesiapa yg menggunakan nama suami sbg nama akhir mereka, tukar lah. Apa kurangnya nama ayah kita dan apa lebihnya nama suami? Setiap wanita Islam yg berkahwin statusnya adalah sama seperti sebelum kahwin melainkan satu saja;keutamaan memberi ketaatannya saja beralih. Yg lain2 adalah seperti biasa. Itulah kecantikan dan kelebihan agama Islam. Usahlah kita nak meniru cara dan amalan org2 bukan Islam atau org barat.. Kecintaan pada suami bukan terletak kepada wujud atau tidak nama dia bersama dgn nama kita tetapi sejauh mana kita memberi ketaatan kita kepada dia selagi mana suruhan suami di dalam konteks syariah. Teguran ini dibuat atas dasar amar maaruf nahi munkar..

Wallahua’alam

p.s. My name is Ramizah Wan Muhammad and I am not a terrorist...

7 comments:

Adrina Adi said...

well said kak ngoh.

Raafiq Zakaria said...

caya lah ustazah!

Janna Wan Muhammad said...

ops! terkena batang idong, hehehe....

ramizah said...

setiap individu Muslim bertanggungjwab utk menegur kemungkaran/kesalahan mengikut kuasa yg ada pada dia..sy dah selesai tugas saya, terpulang kepada si empunya diri..

Kami said...

you r not terrorist ..^^

wanee said...

salam kak ngoh, zizi and i always wondered about the same thing. some people might claimed that it's just for fun, harmless even. thanks for given us a clearer picture of what we think undisruptive to our aqidah and life, might not be so harmless after all.

=)

Ibn Salim said...

setuju dengan ustazah ;-)