Antara isu terhangat di kalangan pelajar undang2 di AIKOL ialah, boleh kah seorang bukan Islam menjadi Peguam Syarie di Mahkamah Syariah? Hari ini di akhbar Berita Minggu ada satu rencana yg ditulis oleh wakil Persatuan Peguam2 Muslim Malaysia mengenai “ketidakbolehan” orang bukan Islam utk menjadi Peguam Syarie. Saya pun terpanggil untuk memberi idea utk menambahkan literature review di dalam isu ini.
Jawapan saya, org bukan Islam BOLEH menjadi Peguam Syarie kerana:
1. Tidak ada nass yg menyatakan peguam itu mestilah seorang Muslim. Hakim, mesti seorg Muslim berdasarkan sunnah rasulullah dan ayat Quran yg tidak membenarkan orang bukan Islam di jadikan pemimpin kepada org Islam.
2. Tidak menjadi syarat bahwa seorg peguam mesti seorg Islam untuk defend seorang pelanggan Muslim. Jika hendak dibuat qiyas pada isu yg sama; seorang peguam tidak semestinya seorg penjenayah jika clientnya adalah seorang penjenayah.
3. Di dalam Islamic legal system, peguam adalah pembantu kepada hakim supaya mereka sama2 berjaya membuktikan kebenaran berpandukan bukti2 yg dibentangkan di dalam mahkamah. Hakim adalah org yg paling “berkuasa” di mahkamah .
4. Ramai di kalangan ahli2 akademik bukan Islam yg popular dgn Ilmu islam yg mereka ada,[ dgn izin dan rahmat Allah]..seperti John Esposito, Karen Armstrong, David S. Powers, H.R. Gibbs. Mereka ini, tahu membaca Bahasa arab dan well versed di dalam syariah. Ya, sudah tentu ramai ulama’ terkenal dikalangan orang islam. Tidak syaa nafikan.
5. Berbalik kepada isu no 4, kenapa mereka tidak memeluk agama Islam dgn Ilmu islam yg mereka ada? Tiada siapa boleh menjawab. Ini hak Allah, jika tiada hidayah dari Allah dan izinNya, mereka tidak akan memeluk Islam.
6. Usah kita khuatir, usah kita takut. Sebagai orang Islam, saya percaya dengan jiwa raga saya yg hanya Islam agama yg diteirma disisi Allah. Islam adalah agama sempurna yg tiada cacat celanya. Justeru itu, biarkan mereka mendalami Ilmu islam, biarakn mereka menggali khazanah agama terbaik ini.. biarkan mereka tahu betapa cantiknya islam dan betpa adilnya undang2 Islam.Biar mereka baca Quran dan hadith serta membuka kitab2 lama utk mencari pendapat2 ulama2 terdahulu dan sebagainya.
7. Jadikan isu ini sebagai method of da’wah. Jalan utk kita berdakwah kepada mereka. Mudah2an dgn terbukanya jalan ini akan memperluaskan lagi bidangkuasa mahkamah syariah di Malaysia.
Akhir kalam, Shariah yg diturunkan melalui Nabi Muhammad S A W adalah untuk manusia sejagat utk memberi kemaslahatan kepada kita semua, Islam atau bukan Islam..
Wallahua’lam
5 comments:
wah tertunggu2 jgak kak ngoh comment psal ni..hehe
thanks kak ngoh..:D
Thanks for the shared view... clear sket
madam, minta izin copy this entry. :-)
permission granted :-)
well said madam, now I'm confident to argue with my fellow law interpreters out there. Thanks for the wonderful explanation madam.
Post a Comment