Saya masih menerima ucapan hari guru hingga hari ini walaupun sudah 2 hari berlalu. Alhamdulillah, masih ramai yg ingat pada saya. Sya ada menyuarakan kesedihan saya pada seorg student saya yg grad pada 2006 yg hanya berapa kerat saja batch Toni yg masih ingat pada saya seperti Iwan, Fethia dan Camy..Dia membalas message saya dgn berkata “ Madam jangan sedih2 tau. Sebenarnya Madam dapat pahala banyak lagi sebab segala ilmu yg madam curahkan itu membantu dalam pekerjaan mereka.” Alhamdulillah kalau mereka mengamalkan apa yg dipelajari dulu. Tapi yg saya tengok sekarang ini, ramai student perempuan yg sudah membuka tudung and menunjuk rambut mereka ( yg pelbagai warna rasanya) kepada sesiapa saja. Bila sya membuka FB diaorg pun saya tengok ramai yg menepek gambar2 mereka yg tidak menutup aurat.
Ada satu kad yg sya terima dari Shahril Resali a.k.a Pok Yea dan Ismail Kamat a.k.a. Pok Weil yg begitu menyentuh hati saya. Kata mereka “ Kami telah google dalam internet utnuk mencari erti “GURU”. Tapi yg kami jumpa hanya satu makna sahaja iaitu “ USTAZAH RAMIZAH”
Dua hari yg saya minta mereka ingat pada saya selagi hayat dikandung badan; Hari Guru dan Hari Raya. Kalau saya sudah tiada..mudah2an amalan baik yg kalian semua ambil dari saya akan menjadi saham berterusan kepada saya walau jasad sudah tiada.
Kepada semua yg masih ingat pada saya, jutaan terimakasih dari saya. Mudah2an hidup kamu semua diberkati Allah. Amin ya Rabbal Alamin..
p.s. akhirnya kau pergi jua seperti yg dijangka..seperti yg dirasa..
No comments:
Post a Comment