Powered By Blogger

Friday, May 7, 2010

tangan yg memberi lebih baik dari tangan yg menerima

Sejak short sem buka pada 26 april lepas, sudah ada beberapa student telah datang melawat saya. Tapi apa yg nak saya ceritakan di sini ialah akhlaq mereka bila menziarahi saya. Boleh dikatakan secara umumnya datang ke pejabat saya dengan ber “buah tangan”. Ada yg bawa makanan berupa kuih,snack, kek, coklat dan pelbagai benda lagi. Saya amat teharu dengan ingatan mereka kepada saya. Sebenarnya ingatan dan kerinduan mereka pada saya bukan menanam tebu di bibir saja tetapi dgn dibuktikan dengan amal yg nyata..

Amalan di atas adalah satu akhlaq yg terpuji dan dialu2kan dalam Islam terutama bila kita hendak menziarahi sesiapa terutama jika org yg kita nak ziarahi itu mempunyai anak2 kecil. Adalah dianjurkan untuk bersifat mawaddah dan rahmat kepada anak2 kecil.

Teringat satu hadith yg bermaksud:
hendaklah kamu saling bertukar hadiah nescaya, akan bertambah kasih sayang di antara kamu

Dalam doa selepas solat dhuha ada satu permintaan kita kepada Allah supaya menjadikan kita dikalangan org2 yg suka memberi dan bukan menerima..

Mudah2an ukhuwwah antara kita akan terus berkekalan bukan saja di hati, bukan di mulut tetapi dibuktikan dgn amalan dan perbuatan kita, mengikut kemampuan masing2..amin

3 comments:

Adrina Adi said...

betul tu kak ngoh.

terima kasih atas ingatan.

aRieF said...

Maaf ustazah...
arep x de kesempatan nk g jumpe ustazah lagi...
huhuhu....

ramizah said...

sama2 kak..
Arep: hmm..tak pa.pjg umur kita berjumpa lagi..