Powered By Blogger

Wednesday, June 30, 2010

teman sejati..

Kita akan tahu siapa yg betul2 ikhlas berkawan dgn kita
1. Bila kita susah atau senang..kita akan tahu siapa kwan dan siapa lawan
2. Bila dia memerlukan kita, dia akan cari..bila sudah dapat apa yg dingini kita ditinggal sepi..
3. Bila dia menikam di belakang kita tanpa kita sedari..di depan, dia bemanis muka..ini munafik namanya..
4. Bila dia jauh, tidak sesekali kita dihubungi melainkan utk kepentingan sendiri....

Inilah asam garam dalam setiap perhubungan..jarang yg ikhlas..sehingga hari ini, sya masih belum bertemu teman sejati..

p.s. sudah lama aku melupai mu....

Monday, June 28, 2010

Kenangan di Kg Sg Lui

Hari Sabtu yg lepas, 26 Jun 2010, telah diadakan kem motivasi anjuran AIKOL di Sek Ren Agama Sg lui, Hulu Langat, Selangor. Ini adalah kem motivasi yg pertama sya kendalikan dan yg pertma juga buat sya sebagai penceramah kepada pelajar2 sekolah rendah.

Ingin sy kongsikan sedikit pengalaman manis semasa di sana. Yg pertama sya dapat bertmu dgn org2 kampung dan kanak2 sekolah di sana. Rata2 mereka sgt bersemangatmengikuti segala aktiviti yg telah kita aturkan. Pada masa yg sama sy juga teringat semasa bersekolah di sek keb Penambang satu ketika dahulu. Dulu, sya tidak mempunyai peluang utk menikmati aktivivti sebegini. Tiada peluang atau mungkin nasib saya sudah ditakdirkan begitu. Tapi atas inisiatif sendiri dapat juga motivasi melalui pembacaan novel remaja dan pergaulan dgn rakan2 di sekolah.

Yg kedua ialah pengalaman berkerja dgn pelajar2 AIKOL yg terdiri daripada Syaufique, Huzaifah, Muhajir, Ridhwan, Masleha, Ella, Ilah, Sakinah, Nadiah dan Hafizah, adalah cukup manis. Mereka sgt komited dan “passionate” dgn tugas yg diberikan. Sya rasa sungguh beruntung dapat mengenali mereka. Alhamdulillah. Walaupun kami adalah org2 yg terakhir meninggalkan Kg Sg Lui tetapi kami tetap ceria dan postif. Sepanjang hampir 3 jam menunggu bas dtg, kami sempat juga minum air cendol, makan cekodok, makan durian ( sya dan syaufique tak makan), makan rambutan, meratah ayam ( sebab lapar sangat) dan berbual2 sesama sendiri.

Yg penting ialah kita hendaklah sentiasa positif, sabar dan senyum. Saya selalu ingatkan diri saya yg Allah adalah sebaik2 Pengurus dalam mentadbiri urusan dunia kita. Rasanya kem motivasi ini juga memberi kami motivasi utk sentiasa ceria dalam apa jua keadaan.. Yg baik itu dari Allah dan yg kurang itu dari diri kami yg lemah ini…

Kasih Sayang Penjana kejayaan…

Wednesday, June 23, 2010

Bunyi Hp V Kawan

saya ingin menegur kepada sesetengah kita yg suka menjawab telefon bila bercakap dgn tetamu di hadapan kita. Mentang2 lah ada hp kita jadi hilang hormat pada tetamu dan guru atau sesiapa yg bercakap dgn kita.

saya rasa mereka ini merasa menjawab pnggilan hp adalah lebih utama dari melayan org yg di hadapan kita. jarang sangat sya berjumpa dgn org yg "ignore" bunyi hp dan mnymbung perbualan dgn teman di hadapan kita. ada juga sesetengah student (yg kurang asam)yg dtg buat consultation dgn saya, snggup meminta "excuse me" utk menjawab telefon kwan2 mereka atau sesiapa saja. Sya sendiri, bila ada student atau tetamu di dalam office tidak sesekali mnjawab pnggilan jika ada tetamu di hadapan saya, melainkan saya memang menuggu pggilan kecemasan itu..

Di dalam mesyuarat ada ramai di kalangan kita yg tidak menukar status hp kepada silent mode. Malah ada yg tak segan silu menjawab talipon smasa di bilik mesyuarat. Begitu juga di dalam hall semasa seminar atau confernce sdg berlangsung, pelbagai bunyi boleh kita dgr..

Sya memandang isu ni sebagai mereka yg tidak ada sivik. Teknologi kini, sedikit sbyk telah merobek nilai2 murni pada setiap individu..sikap hormat sudah terhakis tanpa kita sedari dan sekaligus melukai hati teman sendiri..

p.s. kau diam membisu..kau sudah kehilangan ku..

Friday, June 18, 2010

Cakap Melayu laa!

Kali ini saya nak berkongsi mengenai ibubapa berbangsa MELAYU,tetapi berkomunikasi dgn anak2 mereka dgn bahasa Inggeris. Saya kurang bersetuju dgn cara hidup begini, sementelah pula atok dan nenek mereka tidak faham dan tidak dapat berkomunikasi dgn cucu mereka dgn bahasa ibunda mereka. Akhirnya, situasi antara cucu dan atok /nenek seolah2 bercakap dgn ayam itik.

Bahasa Inggeris perlu diajar sebagai salah satu matapelajaran bahasa di kalangan anak2 keluarga Melayu dan bukannya bahasa rasmi dan bahasa komunikasi di dalam keluarga. Tujuanya adalah agar dapat berkomunikasi dgn semua ahli keluarga dgn jayanya dan kasih sayang antra mereka dapat dipupuk. Sya merasa amat sedih sekali melihat atok nenek yg terkial2 cuba memahami apa yg dicakap oleh cucu2 mereka dan anak mereka pula tanpa segan silu terus menerangkan keadaan sebenar kepada anak2 dalam bahasa Ingegeris. Ini adalah sifat tidak hormat yg ditunjukkan oleh anak2 pada ibubapa dan sekaligus menjadi perhatian pada anak2 kecil mereka. Sifat tidak hormat adalah salah satu unsur2 anak derhaka jika Ibubapa berkecil hati dgn sikap kita, nauzbillah.

Anak2 saya semuanya dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu dgn fasih. Walaupun di rumah, Papa mereka bercakap dgn bahasa Inggeris dan besekolah di sekolah antarabangsa, tetapi “MOTHERtongue” mereka adalah bahasa melayu. Malah setiap kali mahu pulang ke Kelantan, mereka teruja sangat dgn loghat kelate dan memastikan loghat tersebut adalah “up to date” supaya mereka dpt beinteraksi dgn keluarga di kampong. Saya masih ingat, seawal usia 4 tahun, anak2 sudah tahu utk menukar “channel” bila bercakap dgn papa atau mama mereka.

Masih ada lagi sentimen penjajah di kalangan kita; yg merasakan apa yg dibawa penjajah itu adalah lebih istimewa dari bahasa kita sendiri..

Berbanggalah dgn bahasa kita..Bahasa Jiwa Bangsa!

Tuesday, June 15, 2010

Belajar ke Bekerja?

Bila dibilang balik, tak sampai satu bulan lagi sem baru akan bermula. Dulu macam tak sabar2 nak jumpa student, sekarang rasa macam terbalik pula. Kenapa ye? Banyak benda belum siap lagi. Nota belum update lagi, LMS pun masih di takuk lama, Course outline sabjek pun mesti dikemaskini jugak supaya boleh masukkan isu2 baru semasa mengajar nanti. Fail2 untuk subject Islamic Criminal law dan Usul al Fiqh tak tahu di ceruk mana kat dalam office ni.

Short sem ni, saya terlibat dalam Law Attachment Programme sebagai Pegawai Penyelia LAP dan saya kena buat lawatan ke tempat praktikal student. Soalan cepu mas yg sya bselalu tanya pada stduent ialah, " selepas 2 bulan lebih buat praktikal di sini, mana yg kamu lebih suka, belajar atau bekerja,?" Rata2 jawapan mereka ialah "BELAJAR!" Hmm..baru mereka tau yg belajar sebenarnya lagi menyeronookan dari bekerja..

Apa2 pun sya rasa ialah bergantung kepada minat kita. Jika kita minat pada pkerjaan yg kita buat itu, pastinya ianya lebih menyeronokkan disamping mendapat gaji yg setimpal dgn pekrjaan yg kita buat itu.

Nasihat sya yg terakhir, semasa praktikal kita seolah2 menjadi tetamu di tempat orang. jadi, pandai2 la membawa diri di tempat org jgn sampai terlanjur kata dan perbuatan..setiap pertanyaan dan kelakuan kita biarlah berpada2 dan sederhana.

Akhir sekali, Jangan lupa senyum! :-)

Sunday, June 13, 2010

Life at the age of 41..


I turned 41 last Wednesday, 9th June 2010. I was born on 9th June 1969. The combination of these numbers are really interesting especially in 1996. Allah is great! :-)

I think at this age, by the grace of Allah s w t, I have accomplished so many things in my life. I became a mother and teacher when I was a 25. I have performed my hajj at the age of 40.

Well, people used to say that age is just a number..yes, I agree with that. The most important thing is attitude. There are some people who have reached this stage yet his attitude just like a 15 year old girl [ sometimes it happens to me as well]. There are some of them who are yet to reach the age of 18 but show their maturity and responsibities [ not my zaki..ishk2].

I want to remember more about my loved ones and seldom think about my enemies. Do I have one? I am sure I have..Life is full of jealousy and envy but you must grab the opportunity and enjoy your life to the fullest.. :-)

Saturday, June 12, 2010

Gifts and cards from students..

this is the card and brooches from Faezah Talib a.k.a Patung hujan...

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghYAxCYDxswmeJMrl2Jjic9XQTxG7755MZ1itgToLNQQ67iDidfbc0BFSeGJ7ySBLmk1uMbfZd5T71BWvk3R-5qn0peADPVh6Ikq-qnlrymRFgZy2-cp7uFF4ZJGrCDK8RHuHeiOUPSWlj/s1600/DSC01713.JPG">

the second picture show three cards from Iwan, Hayyi and Firdaus..Firdaus's card was received on the 2nd of June..Iwan's on the 8th and Hayyi's on the 10th.. before and after, there was none on the actual date..

the third picture is a gift from Farhan alia..I was touched with this medal given by her..well, I take it as a personal compliment from her..

the last picture is a gift from akim who made this giant card by himself... he is showing his craftsmanship as opposed to me who has no skill at all.. I love it very much, akim..


Thank you so much for these beautiful gifts and cards.. Love them all..I am contented with what I have..alhamdulillah..

Sunday, June 6, 2010

Najib masih ingat pada ku..

Semasa hendak balik ke kampung pada hari Khamis lepas. saya bertemu dengan seorang bekas pelajar UIAM yg grad pada tahun 2002. Rupanya saya pernah mengajar dia dulu. Namanya Ahmad Najib.Sekarang seorang lawyer yg sangat penting di sebuah firma guaman yg terkenal di Kota Bharu.

Ahmad Najib: Madam masih ingat lagi tak pada saya?
Saya: Tak berapa ingat tu..Bila awak grad?
Najib: 2002
Sya: owh!lama dah tu..
Najib: Saya ingat sangat pada Madam..( sambil tersenyum)
Saya: Kenapa tu?
Najib: Madam suka sangat ngepek ko saya..( masih tersenyum juga..)
Saya: Hah?!! ( dgn muka terkejut..dan dalam hati berkata..kurang asam betul budak ni..memang sah loyar buruk!)
Najib: Madam tau tak hasil dari madam ngepek pada saya, saya jadi setaro ni!..( dgn muka bangganya)

Selepas mengambil bisnes kad dia, saya berlalu pergi dengan rasa puas hati. Student saya akan mula ingat pada saya selepas dia berkerja. Bila mereka sudah melalui rencah kehidupan mereka akan tahu, nilai2 murni yg saya terapkan semasa di dalam kelas. Bila mereka sudah matang mereka akan tahu apa yg saya ngepek dan marah itu adalah utk long term process.

Berakit2 ke hulu berenang2 kemudian..bersakit2 dulu bersenang2 kemudian..

Untuk Ahmad Najib..jgn lupa hantar kad raya dan kad hari guru, ye?

p.s. kau bukan lagi seperti dulu

Friday, June 4, 2010

Keredhaan Ibu bapa yg paling utama..

Saya mengeluh sendirian selepas bercakap dgn seorg student mengenai masalah yg dia hadapi. Dia mempunyai misi sendiri utk menentu hala tuju kehidupan dia. Manakala ibubapa memnpunyai cara mereka tersendiri. BIla berlaku konflik sebegini, siapa mangsanya? Saya rasa kedua2naya sekali. Ibubapa akan “kehilangan” anak mereka. Anak pula akan “ kehilangan” doa dan keredhaan ibu bapa. Akhir sekali, hubungan kekeluargaan menjadi renggang dan institusi keluarga akan runtuh.

Saya masih ingat pesan Allahyarham Prof Dato’ Dr Mahmud Saedon Awang Othman, guru saya semasa di UIAM, jika kita hendak berkahwin hendaklah kita bersedia bukan sahaja sebagai suami/isteri tetapi bersedia juga untuk menjadi ibu/bapa, Atok/Nenek dan sebagainya. Kita hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan utk menjadi Ibu bapa yg terbaik pada anak2 kita. Proses ini sentiasa berterusan sehinggalah kita tiada lagi di dunia ini. Anak2 pun hendaklah menanam di dalam diri yg ibubapa kita pun manusia biasa yg sentiasa cuba menjadi yg terbaik. Sudah tentu di dalam proses menjadi yg terbaik ada yg halangan dan cubaan di tengah jalan. Mungkin di situ terpancar kekurangan atau kesilapan mereka. Kita, sbg anak, lihatlah kekurangan itu sbg satu “kelebihan” mereka sbg manusia yg cuba dan berusaha utk menjadi yg terbaik. Lihatlah kekurangan itu dgn mata hati kita bukan dgn mata shaja. Berlapanglah dada dan buka lah hati dgn seluas2nya..

Berbailk pada masalah di atas, bagi saya, apa2 pun berlaku saya akan sentiasa menjadikan keredhaan dan kegembiraa ibu bapa menjadi keutamaan di dalam hidup saya. Sudah pastinya, kehendak yang akan saya turuti berada di dalam ruang lingkup syariah. Hatta Ibubapa salah sekalipun ada cara utk menegur dgn berhikmah agar hubungan tetap terjaga.

Kepada student tersebut, walau berkecil hati sekalipun dgn ibu bapa dgn kesilapan mereka, jangan sekali2 membuat mereka sedih dengan kelakuan kita. Bersabar dan berdoa kepada Allah, agar Allah dapat membuka jalan pada konflik ini. Kamu masih muda lagi, baru berusia 20 tahun.Masih jauh perjalanan hidup anda. Jangan berasa kita sudah pandai dan banyak pengalaman.

Ada satu hadith yg bermksud

“ Tiap2 dosa anak Adam bisa diundurkan oleh Allah SWT hingga ke hari Kiamat, melainkan kederhakaan kepada Ibu bapa, nescaya akan diipercepatkan balasan kepada si Penderhaka sebelum dia mati…”

Semoga hadith ini dapat mengingatkan kita tentang tugas kita sbg anak..

p.s.sometimes you have to let go to see if there was nothing worth holding on to..

Thursday, June 3, 2010

X factor is your attitude..

“The longer I live, the more I realize the impact of attitude on life. Attitude, to me, is more important than facts. It is more important than the past, the education, the money, than circumstances, than failure, than successes, than what other people think or say or do. It is more important than appearance, giftedness or skill. It will make or break a company... a church... a home. The remarkable thing is we have a choice everyday regarding the attitude we will embrace for that day. We cannot change our past... we cannot change the fact that people will act in a certain way. We cannot change the inevitable. The only thing we can do is play on the one string we have, and that is our attitude. I am convinced that life is 10% what happens to me and 90% of how I react to it. And so it is with you... we are in charge of our Attitudes.”

Charles R. Swindoll ( American Writer)

Tuesday, June 1, 2010

3 magic words

I always remind my students and sons of 3 magic words that will create wonders in your life as well as other..

PLEASE, SORRY & THANK YOU..

say PLEASE whenever you want to ask something from your teacher

Say SORRY if you come late to the class

Say THANK YOU if your teacher has done something for your favour..

kindly use these three words wherever you go...

p.s. you were not courteous enough.. :-(

untuk menjadi insan yg terbaik..

Untuk menjadi insan yang terbaik kita mesti berpegang pada 4 perkara;

1. Ilmu pengetahuan- Hendaklah kita selalu mengemaskinikan ilmu yg kita ada. Ilmu bukan setakat yg kita pelajari secara formal tetapi juga tidak formal seprti melihat pengalaman orang lain.

2. Kesedaran- Kesedaran berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, mungkin dari pengalaman sendiri tentang sesuatu perkara menyedarkan kita perihal kepentinagn utk mendalami ilmu tersebut.

3. Kemahuan- Sejajar dgn pepatah melayu, " bila ada kemahuan di situ ada jalan". Ataupun bila kita memberi komitmen pada sesautu perkara, kita akan mencari jalan untuk mencapai kemahuan kita itu.

4. Kesabaran- Dalam mencapai misi kita pasti ada halangan di tengah jalan. Justeru hendakalh kita bersabar menghadapinya. Sabar bukan saja dalam kesusahan, sabar juga perlu ada bila kita dalam kesenangan dan kegembiraan. Dek kerana terlalu gembira dgn result exam yg kita dapat, mungkin ada yg melompat keriangan dan menjerit sekuat hati sehingga hilang rasa malu pada diri sendiri..Dalam kesabaran kita panjatkan doa kita pada Allah utk memudahkan perjalanan hidup kita..

Wallhua'lam

p.s.the one who loves you will make you weep..