Powered By Blogger

Wednesday, September 8, 2010

Menjelang Hari raya..

Lagi satu hari aidil fitri akan menjelang tiba. Saya masih di Gombak. Esok hari terakhir anak2 ke sekolah. rambut mereka masih belum dipotong.

Hari ini sya dtg ke kampus. Sungguh sunyi sekali. ada ternampak beberapa org student berjalan2 di sekitar kampus, tapi semunaya pelajar2 dari luar negara. Pensyarah pun tidak kelihatan. Sya hnya berjumpa dgn dr ainul dan dr haniff sja di aikol. Yg lain mungkin sudah balik kampung.

Lagu2 Raya rancak berkumandang di corong2 radio. Bahangnya sudah terasa. Hati saya cukup hiba mengenang mereka yg tidak begitu gembira seperti lirik lagu2 hari raya. Sya cuba utk tidak terlalu gembira di aidilfitri ni. Hanya bersedrhana saja. Pasti ramai yg berduka bila kehilangan org tercinta. Yg penting, jiwa raga harus fitrah-suci dari segala tamak haloba, dengki dari berleluasa dan kasih sayang perlu ditimba pada hari yg mulia.

Hari Raya kali ini amat ditunggu juga kerana kakak sulung saya ( sy anak kedua) akan pulang beraya di kampung setelah beberapa tahun beraya di Singapura. Pada masa yg sama teringat juga pada adik, Janna dan Ahlami yg beraya di Sabah dan Adelaide pada tahun ini.

Walau di mana jua anda berada, yg penting kita mesti bahagia dgn sesiapa saja di sisi kita..

Selamat Hari Raya...

p.s aku yg kau tinggalkan...

1 comment:

Janna Wan Muhammad said...

yer kak ngoh,tahun ni tahun ke-8 janna beraya di sini..sayu je bila tak dapat beraya dgn family..org kata..alah biasa tegal biasa...tp bagi janna ..makin lama..makin terasa plok sayu nyer...mudah2-an...tahun akan datang...Allah akan izinkan Janna sekeluarga untuk beraya bersama anda semua..yg Janna sayangi.