Powered By Blogger

Friday, December 10, 2010

Jangan lah berlebih-lebih bila berdoa..

Jangan lah kita berlebih2 bila berdoa. Maksudnya di sini ialah, bila kita berdoa henadaklah kita memohon perkara2 yg baik berlaku pada diri kita. Memohon perkara yg realistic yg boleh kita capai. Berpada2 bila berdoa. Janganlah berdoa nak jadi seperti Cinderella atau Puteri Gunung Ledang. Perkara2 sebegin tidak masuk dek akal.

Janganlah kita berdoa untuk menjadi seorang yg lebih baik dari sahabat rasulullah seperti Abu Bakar, Umar, Uthman mahu pun Ali radiallahu anhum.. Mereka itu adalah sahabat2 Rasulullah yg tiada gantinya, tiada duanya. Jadi, kita tidak dibenarkan utk melebihi mereka. Tetapi boleh berdoa untuk menjadi seikhlas Abu Bakar, seberani Umar, sepemurah Uthman, semulia Ali. Sama juga jika kita berdoa utk menjadi seperti Rasulullah yg boleh membawa kepada syak jika kita hanya berhenti setakat itu. Kita boleh berdoa utk menjadi sesabar rasulullah, utk mempunyai akhlaq seperti dia dan sebagainya. Rasulullah sendiri tidak pernah mengajar satu doa agar kita menyerupainya tetapi lebih kepada dianjurkan kita utk mengikut sunnah Rasulullah.

Dalam berdoa juga kita tidak boleh2 berlebih-lebihan. Maksudnya, di dalam doa janganlah sampai bersajak2, berpuisi2 dan menggunakan kata2 berbunga sehingga bila org mendengar doa tadi rasa susah pula utk memahami maksud doa tersebut. Kita perlu ingat yg “tempat/org” yg kita meminta doa itu adalah Maha mendengar, Maha melihat dan Maha dekat. Jangan juga berlebih2an dari segi nada suara. Biar sederhana dan lembut.

Yg penting doa yg dipinta perlu ikhlas, bersungguh2 dan hendaklah bersabar. Diingatkan juga selepas berdoa jgn tergesa2 menuggu doa kita dimakbulkan Allah. Selalu bersangka baik dgn Allah. Selalu juga tanam dalam diri kita Dia pengurus besar hidup kita dan maha mengetahui apa yg terbaik buat diri kita.

Untuk student saya yg gagal dalam periksaan tempoh hari, mohon doa kepada Allah agar diberi kekuatan zahir dan batin agar dipermudahkan urusan dunia kita. Mudah2an dgn ujian Allah ini, iman kita dapat dipertingkatkan lagi. Utk yg berjaya, bersyukur pada Allah sebanyak yg mungkin, takbir dan tahmid kepada yg esa kerana Dia lah pemberi nikmat dan Dia juga akan menarik nikmat ini jika kita leka dan alpa.

Akhir kata, semoga student2 saya sudah bersedia utk menempuh semester baru yg akan bermula tanggal 13 dec ini. Mudah2an pada tahun 1432 Hijriyyah ini, semuanya dtg dgn azam baru, niat baru dan bertaubat untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yg lepas..

p.s. belajar untuk melupai mu..

3 comments:

Adrina Adi said...

kak ngoh,
boleh letak kat FB?

thank you.

ramizah said...

boleh.. my pleasure :-)

Ahlami said...

teringat time g bukok poso dgn komuniti bangladesh kat UIA dulu. kak ngoh bowok ami. dio baco doa berbuka puasa ado la dale dekat 20minit. huhu