Kurang seminggu lagi semester baru akan bermula. Secara peribadinya, sya merasa sangat teruja untuk memulakan sem baru ni, terutama untk bertemu dgn student saya, yg lama dan juga yg baru.
alhamdulillah, pada semester depan saya akan mengajar pelajar2 tahun 1 dan tahun 2. Esok, 9 hb ada pertemuan dgn student2 baru dan saya diamanahkan utk memberi sedikit kepada mereka, insyAllah.
Mengajar atau menjadi cikgu ini adalah "Cinta" saya. Mengapa ye? Masing2 mungkin ada jawapan yg tersendiri. Bagi saya pula, saya suka mengajar sebab saya suka mendampingi student2 saya. Sya suka bersama mereka. Sya suka berbual2 dan mendengar masalah mereka. Dan hari ini, sya didatangi oleh seorg studetn yg telah didismiss oleh universiti disebabkan oleh "kemiskinan" grade di dalam exam yg lepas. Dia sudah pun berada di tahun akhir. Menangis dia di depan saya. jatuh terjelepok di atas lantai. sedih saya tengok..sebak di dada..sy cuba mengawaal perasaan saya agar tidak menangis di depannya. aduh..berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Pengajaran yg boleh diambil di sini, belajar lah bersungguh2 jika diberi peluang utk melakukannya. Jangan memandang enteng setiap butir kata dari cikgu kita. Hormati lah dia..Untuk student tadi, bersabarlah..saya pasti masih ramai yg sayangkan awak, termasuk saya. Mudah2an pengalaman ini menjadi pengajaran yg amat berharga di dalam diri awak. Hidup perlu diteruskan..Berkongsilah kesedihan anda dgn keluarga dan org2 yg anda kasihi..Kutip setiap butir kaca yg terhempas itu dan jadikan dia satu semangat yg keras dan jitu dan seterusnya peggerak utk maju ke hadapan.
Saya juga masih sayangkan awak...
p.s. hatiku yg terluka..biarkan saja..
No comments:
Post a Comment