Saya mungkin antara guru yg masih lagi percaya pada keberkatan seorg guru terhadap murid2 beliau. Maksudnya di sini ialah, sebagai seorg pelajar kita hendaklah sentiasa menghormati dan memandang tinggi pada guru kita. Walaupun guru itu salah semasa mengajar, kita dilarang sama sekali untuk membetulnya secara terang2an di hadapan pelajar2 lain. Tetapi sebagai guru yg penuh integriti, adalah tanggungjwab guru tersebut utk mengaku kesalahan atau kesilapan yg dilakukan. Bila guru masuk ke dalam kelas, kelas itu adalah milik beliau. Dia adalah yg menguruskan kelas tersebut agar pelajar2 dapat mengambil ilmu yg disampaikan oleh beliau. Dia berhak utk menghalau mana2 student yg tidak berakhlaq dan menganggu pengajaran dia dan juga pelajar2 lain. Dia berhak untuk mengawal jumlah soalan yg boleh ditanya di dalam kelas dan dia juga berhak utk mengawal apa yg boleh ditanya di dalam kelas. Guru juga berhak untuk tidak menjawab soalan yg ditanya. Itu adalah hak dia. Walau apa pun, dia perlu menolak dgn penuh berhemah, bijak dan berakhlaq. Dan sebagai murid kita hendakah bersangka baik dgn guru kita. Apa saja persoalan yg ada di dalam kepala kita perlu disampaikan dgn penuh berhemah dan bersopan. Guru bukan kawan kita tetapi mereka boleh menjadi rakan baik jika kena gaya dan cara...
Selagi mana guru masih menggunakan bahasa yg betul, baik..terimalah seadanya dia. tetapi jika guru sudah meyumpah2 di dalam kelas, memanggil kita bodoh, bengong, jahat dan sebagainya maka dia bukan guru yg sebenar..maka dgn itu kita berhak utk utk bertindak dgn penuh hormat juga..
Sya selalu berpesan pada diri saya..biar lah guru saya tidak kenal saya disebabkan ketidakpandaian saya di dalam kelas..jangan guru kenal saya sebab sya tidak berakhlaq..
Doa guru yg dizalimi antara doa yg mustajab..
p.s. teringat lagu Saleem..tinggal kenangan
2 comments:
apa2 pun akhlak itu juga menjadi perkara utama...:)
ya adikku sayang.adik mempunyai akhlaq yg baik.. :-)
Post a Comment