Powered By Blogger

Sunday, December 12, 2010

Bersendirian di rumah...

Sekarang saya berada di rumah bersama-sama dengan suami sahaja. Anak yg sulung berada di Pusat Matrikulasi UIAM di PJ. Manakala anak yg kedua dan ketiga balik kampung di Kota Bharu pagi tadi. Rasanya macam terlalu awal untuk anak2"meninggalkan" saya. Anak yg bongsu, setiap kali cuti akan merengek2 minta saya belikan tiket untuk balik kampung. Pernah dia meminta utk bersekolah dan tinggal bersma dgn atok nenek dia. Anak2 saya pun hanya tiga orang sahaja..alhamdulillah.

Untuk seminggu ini, hanya saya dan suami di rumah. Hati terasa sebak bila anak2 tiada di rumah. sebaik pulang ke rumah dari airport tadi, tiada suara Lutfi membuat komplen pasal abangnya, wafi. Tiada soalan2 pelik dari wafi. Tiada puji2an dari Abang untuk mama. aaargh!..Tetapi saya harus terima hakikat ini yg suatu hari nanti hanya tinggal kami berdua sahaja. Teringat kepada ma dan abah di kampung yg dulunya sibuk melayan anak2 seramai 10 orang. Sekarang ini, mereka sendiri dan hanya ditemani adik yg nombor tujuh yg tinggal bersama mereka.

Saya pasti detik dan saat utk saya bersendiri juga akan tiba..yg hanya akan ditemani oleh amal ibadat di dunia.. itu pun jika amalan2 tesebut diterima oleh Allah azzawajalla.

p.s. baju melayu utk kenangan

7 comments:

Adrina Adi said...

zaki selalu puji kak ngoh ke? hehe.. pandai dia ambil hati mama dia.

ramizah said...

zaki tu sokmo lagu tu :)

FA said...

zaki memey pon,mulut manis~..

Syafiqah Najwa said...

nice entry ustazah!
tiba2 teringat masa mula2 masuk ke cfs nilai dulu, ibu saya slalu menangis everytime masuk ke bilik saya & everytime nampak favourite food saya. Boleh dikatakan, every single thing yang boleh mengingatkan ibu pada saya, sebab first time berjauhan dgn family. Sekarang, ibu dah biasa dgn situation macam tu, sebab dah selalu. Tapi ibu akan tetap emo bila saya & abang balik ke k.l. Memandangkan kami berdua jarang ada di rumah, ibu & abah pun kembali bujang. Hehehe...

p/s: To me, spending time with my family is something very precious to be done. Sebab tu saya sanggup balik ipoh walaupun cuti hanya 2 hari. :)

ramizah said...

ya, pika..sy sgt merindui anak2 saya..sy pun dah pesan siap2 kat mere zindagi saya, kalu nk gaduh, tak leh lama2..it is just between you and me.. hehehe

Sleepless In KL said...

Alamak! This post suddenly makes me want to have more children :P

ramizah said...

Oppss..ye ke Mi? alhamdulillah:-) hmm..akak je setakat 3 je..smpai bila-bila...*sigh*