Powered By Blogger

Tuesday, January 18, 2011

Kelantan tanah tumpah ku..

Kelantan adalah negeri tempat saya dilahirkan. Ia adalah tanah tumpah darah saya. Berapa kali saya jatuh dan luka di lutut bila belajar naik basikal. berapa kali juga saya rebah bila bermain bola cap kaki tiga bersama2 dgn sepupu dan teman sepermainan.

Walau siapa pun yg memerintah Kelantan, saya tetap menyokong kemajuan dan kemakmuran negeri saya. Apa yg menjadi fakta mengenai Kelantan adalah tetap fakta. Apa yg salah, tidak akan saya sorok dan apa yg betul saya tidak teragak2 utk memaklumkan pada semua. Ramai yg mengatakn lelaki kelantan bossy. Saya berpendapat mungkin betul. Ini berlaku disebabkan oleh cara didikan ibu bapanya. Kelantan atau Kota Bahru adalah tidak bersih. Saya akui ada tempat2 yg kotor dan berbau busuk di bandar Kota Bahru. Ini disebabakan oleh penduduk2nya yang tidak tahu menjaga kebersihan dan juga mungkin juga tiada penguatkuasaan undang2 yg ketat kepada pesalah sivil ini.

Di bandar Kota Bahru, banyak trafik light yg sedikit sebanyak menganggu kelancaran lalu lintas dan minyak pun byk dipakai sebab terlalu byk membrek kereta.

Saya pernah menulis di dalam post saya tahun lepas mengenai radio di Kelantan tidak memutarkan lagu2 dari negeri barat. Apa yg sya dengar adalah lagu2 rakyat negeri kelantan yg tidak tercemar dgn lirik2 lucah dan negatif. Barang2 di sini sangatlah murah meyebabkan ramai pelancong2 datang utk shopping saja.

Di dalam entry yg lepas,saya ada menyebut mengenai negeri Kelantan juga mempunyai Hakim wanita di mahkamah rendah syariah. Pada tahun lepas, ada ekspo Cheng Ho yg saya dimaklumkan mendapat sambutan menggalakkan dari org ramai di seluruh Malaysia.

Sebagai anak Kelantan, tidak salah utk saya memuji Kelantan kerana ia adalah tanah tumpah darah saya. Walaupun saya bekerja dan berkhidmat di Kuala Lumpur tetapi Kelantan sentiasa di hati. Apa org nak melabel saya sebagai asobiyyah atau kelantan totok, terpulanglah pada persepsi masing2. Yg penting saya tidak mendiskriminasi negeri2 lain atau org dari negeri lain.

Mudah2an Kelantan akan terus maju dan membangun sealiran dgn masa..Org2 kelantan pula hendaklah mempraktikkan Islam bukan sahaja di mulut tetapi pada amal masing2..

p.s. sungguh lega dan bahagia

5 comments:

Capik said...

Go more klate go more...peaceful indeed bila berada di kg halaman...T_T

seri pagi said...

kelantan antara 3 negeri yg saya suka lawati..tiada istilah "tak nak dtg lagi"..mgkin tertarik dgn keramahan orangnya, mgkin juga dgn nasi kerabunya..tapi yg paling saya suka suasananya..last but not least..tak perlu tukar tampuk pemerintahan..molek dah tu..

p/s dapat tak email lagu senja berulang senja..?

ramizah said...

inspirasi utk menulis post ini adalah disebabkan oleh "seseorang" yg enggan mendengar pendapat sya disebabkan saya meyebut "kelantan" negeri pertama....

capik..sukanya dok kelate :-D

Puan Nurul, sudah dapat. dah berulang kali mendengar..ttapi atas kesibukan hari kelmarin, tak sempat. Hari ni, lupa pulak. maaf.

saya akan email pada Nurul nanti:-)

Anonymous said...

saya bangga jadi anak klate, saya pon tok ccaro, oghe kato kenegerian ke apa ker, yang penting saya bangga dgn keturunan saya...dari mana saya datang.tidak kira dari mana anda datang...negeri mana asal anda..you should always be proud of yourself.

aisha umaira' said...

Salam. sy kagum dgn negeri kelantan krn berjaya melahirkan rakyat yang berjasa pada agama, bangsa dan negara. buktinya, ramai lecturer dan kwn2 seperjuangan sy berasal dari kelantan. semoga kelantan terus berdaulat dan maju kerana mempertahankan agama Islam yg syumul. moga menjadi contoh pd negeri2 lain dlm usaha mencorakkan modal insan berminda islamik agar undang-undang ALLAH diangkat n diiktiraf sebagai undang-undang yg paling sempurna d dunia n akhirat. amin...SYABAS KELANTAN DAN RAKYATNYA!