Powered By Blogger

Saturday, January 29, 2011

Amanah,agar diri tidak punah..

Sebagai academic advisor di Kuliyyah Undang2 Ahmad Ibrahim, saya banyak menerima kunjungan daripada pelajar2 mengenai masalah pelajaran dan study plan mereka. Pada masa yg sama saya juga menerima aduan mengenai lecturer2 yg tidak menghadiri kelas dan memberi kuliah kepada pelajar2. Kuliah yg sepatutnya dibuat sebanyak 26-27 kali tidak dibuat. Tutorial yg sepatutnya di buat sebanyak 10-11 kali tidak juga dibuat. Malah saya ada menerima maklumat bahwa ada tutorial hnya dibuat 2 kali sahaja sepanjang satu semester. Lecture pula banyak dicancel disebabkan lecturer tersebut ada komitmen lain di luar kampus. Ada juga lecturer menggunakan masa revision week utk membuat kelas2 extra dan test. Lebih menyedihkan lagi ada student2 yg tidak tahu markah utk midterm test/assignment sehingga final exam berlalu. Kelas jam 8.30am tetapi lecturer dtg pukul 9 lebih. Mentaliti student ialah kalau lecturer dtg lambat 10 minit, student boleh dtg lambat 9 minit..

Setiap kali ada tutorial, adalah menjadi satu kewajipan kepada lecturer utk mengenal pasti tajuk mana yg hendak dibincangkan di dalam kelas agar masing2 akan fokus pada discussion tersebut. walaybagaimana pun, jgn lah topik itu terlalu rigid sehingga tidak dibenar langsung topik2 lain tuk dibincangkan. Gunalah kreativiti sebagai lecturer utk mengatasi masalah tesebut.

Lecturer hendaklah amanah semasa bekerja kerana setiap tindak tanduk mereka akan menjadi ikutan pelajar2.. Saya pasti, student akan lebih menghormati seorg guru jika dia menunjukkan sifat2 mahmudah. Perlu diingatkan sifat mahmudah ini bukan bererti lecturer yg berdiam diri melihat perkara2 yg tidak suka tetapi tegas mengambil tindakan dan membuat keputusan demi kepentingan semua pihak.

Beberapa orang student pernah memberitahu saya, lecturer yg "baik" bermaksud lecturer yg meluluskan semua student yg dia ajar dan tidak mengambil kisah samada student datang ke kelas atau tidak.. Itulah karakter lecturer yg baik.. Mudah2an Allah memberi hidayah kepada pelajar2 dan lecturer yg berfikiran sedemikan..

p.s. belajar utk menerima segala kemungkinan..

4 comments:

incek.loyer said...

ada jugak lecturer yg laju sgt ustazh.

kesian kt org2 slow mcm saya.

smp student rasa. lecturer mngaja smata2 utk habiskn sukatan.

nk fham, k xnk fham k.
itu masalah student.

ramizah said...

bila laju..itu cabaran bg awak. cabaran? bgaimana nk mengatasi masalah tersebut biar otak kita pun jadi laju macam dia atau cabaran bagaimanana nak approach lecturer tersebut agar tidak laju.. approach berhikmah..
the bottom line is that, do some readings before going to the lecture, this will help you to know which direction you are going.. the problem with student, they go the class with zero knolwledge..remember this, univ is not a school..

aisha umaira' said...

salam. sy setuju dgn ustzh(^_^) tp x dinafikan pndpt izzat juga ada betulnye...pengalaman byk mengajar diri ini..sbg jln penyelesaiannya..sy gunekn pndkatn yg mcm ustzh sarankn..baca dulu b4 msk klas..cume harapan sy..smg lecturer2 lain dpt m'contohi ustzh ramizah n dr. bahar dlm mnympaikn ilmu dgn penuh smgt n m'harapkan agar anak muridnya faham dan mampu mjadi pewaris ilmu mereka...bukan sekadar mhabiskn silibus plajaran...lecturer ibarat engineer manusia yg menyelenggara mesin (modal insan) yg bguna pd ummah. jd jika lecturer x mampu utk banar2 mdidik pelajarnya..siapa lg yg boleh diharap utk mlahirkn modal insan spt yg diharapkn...maafkn sy...sekadar b'kongsi rasa...

aisha umaira' said...

Satu Amanah

Munsyid : Hijjaz

Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

p/s: bersama kita m'hayati nilai amanah yg dianugerahkn ALLAH...