Monday, January 24, 2011

Ahmed Zaki Abdul Rashid Moten







Hari ini (24.01.11)ialah hari ulangtahun kelahiran anak sulung saya, Ahmed Zaki, yg ke 17. Zaki atau juga panggilan Abang dikalangan adik2, sepupu dan makcik2 dia dilahirkan pada jam 1.30pm di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Dia lahir lebih seminggu lewat dari tarikh jangkaan doktor. Papanya ada bersama2 dgn saya semasa Zaki dilahirkan. Alhamdulillah. Sebaik keluar dari perut, Zaki terus diazan oleh Prof Dato' Dr Hamid Arshat kemudian barulah dia dibersihkan. Nama Zaki adalah pilihan papa dia. Panggilan ini sudah dipanggil sejak dalam perut lagi sebab kami sudah tahu jantina bayi. Berat Zaki semasa dilahirkan adalah 4 kilo. Berat saya semasa mengandungkan Zaki hampir mencecah 80 kilo. Semasa mengandung Zaki, saya alah teramat sangat. Dari seusia sebulan hingga ke 9 bulan, saya asyik muntah sahaja. Pada masa itu, kadang2 saya menyesal kerana mengandung kerana terlalu tertekan dgn keadaan yg selalu pening, muntah kemana saja saya pergi. sepanjang mengandung, saya terasa saya tidak dapat "enjoy my life".Sekarang Zaki sudah besar dan menjadi bodyguard saya jika papanya tiada di rumah ( atau malas utk menemani saya. Semasa di Singapura, saya panik sekali bila beg baju hilang. Malam itu juga saya bergegas keluar utk membeli apa yg patut tuk wafi dan lutfi. Zaki terus dtg memujuk saya agar tidak panik dan relaks agar saya dapt berfikir dgn betul. Dia adalah anak yg boleh diharap. Nakal dan suka menyakat adik2 dan mama tu adalah rukun hidup dia..


Saya doakan Zaki menjadi seorg yg beriman, tahu menjaga akhlaq dgn org tua dan sesiapa saja yg dia berjumpa. Mudah2an Zaki akan menjaga adik2 dia bila saya sudah tiada lagi di dunia ini.

p.s. Nilai Cinta mu, kata Sudirman..

8 comments:

fatien adibah said...

zaki2..juruh sungguh.ma and abah pon sokmo dok oyak,bulih harap zaki nih.yup,semua doa semua abang jadi anak yang berakhlak baik..inshaAllah:)

Sleepless In KL said...

selamat harijadi, zaki. jagalah mama & papa baik2 sepertimana mereka menyayangimu waktu kecil.

Adrina Adi said...

sapa tak suka Abang Zaki. amna pun suka :)

Janna Wan Muhammad said...

besar doh zaki,dulu cheja basuh b**** abang, mandikan abang, bagi abang makan,hehehe...abang sudah besar dan abang memam juruh dan seorang anak yang baik....semoga abang akan terus berjurus kepada mama, papa,adik beradik dan semua.....love you abam,

Ahlami said...

will always be our abang ! inshaAllah jadi anak soleh sokmo nih :)

ramizah said...

dah ramai komen ni, abang nya mana ni? :-)apa2 pun, terimakasih utk semua atas ucapan dn doa smpena birthday abg yg ke 17. terimakasih sekali lagi..

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

kecik bulat, bila besar jd panjang
apapun abg tetap ensem
huhuhuhuuh
semoga dirinye sentiasa seperti dirinye skrg
hepi besday abg

oh MY said...

wakakakakaka. saya hebat ^_^ mama akan comment balik yang abang ni action. sayang you all too, especially my MAMA!!!!~~~~~~~~ <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3 <3


P/S : to che ja : too much info -.- <3

P/S 2 : ni guna account kawan abang. malas nak buat yang baru. jgn salah paham ye :)

P/S 3 : to mama : KAWAN SAHAJA :DDDD