Powered By Blogger

Tuesday, January 11, 2011

Jangan jual mahal dgn cikgu..

Lecture saya pada hari selasa dan khamis bermula jam 8.30 pagi hingga jam 9.50 pagi. Kelas itu hanya mengandungi 25 org pelajar sahaja. Jadi saya mudah perasan siapa ada dan siapa yg tiada di dalam kelas. Saya juga tahu siapa yg dtg awal dan siapa yg dtg lambat. Disebabkan kelas saya merupakan kelas pertama yg akan menggunakan tempat tersebut maka saya diamanahkan utk memegang kunci kelas tersebut hingga akhir semester.

Biasanya saya akan membuka kelas tersebut jam 8 pagi, sebaik saja sy sampai di office supaya mana2 student yg suka dtg awal, boleh lepak2 di dalam kelas sambil membelek2 nota2 yg diajar tempoh hari. Saya pula akan sampai ke kelas jam 8.29 pagi dan biasa nya sudah ada beberapa org student (kebanyakannya sister) sudah sedia menunggu kedatangan saya. selesai membaca doa, maka ada lagi student yg masuk ke dalam kelas.

Pada hari ini, ada seorg student lelaki dgn muka "selambarland" masuk ke kelas antara jam 9.05-910 pagi. Lebih setengah jam selepas kelas bermula. Memang silap saya tak kunci pintu dan tidak menghalau dia keluar pada saati itu. Pada masa itu sya sdg asyik mengajar dan memberi beberapa contoh utk tajuk yg diajar pada pagi itu.

Walau apa pun tindakan saya, pelajar tersebut sepatutnya mempunyai sifat tawadduk dan hormat pada guru dan kawan2 dia di dalam kelas tersebut. Habis kelas dia terus blah ( cuba nak bercakap rock!).

Student itu memang jual mahal dgn saya..hmm..kalau dia boleh begitu sekali jual mahal dgn saya..saya pun boleh 10 kali jual mahal dgn dia!!

p.s. saya emosional?...terimakasih

4 comments:

seri pagi said...

jual mahal 20 kalipun tak apa ustazah..saya sokong..:-)

aisha umaira' said...

salam ustzh, u r the best teacher that tought us about the islamic ethics. may one day, the particular student realise ur sincere intention in ta'dib his attitude :-)

aisha umaira' said...

...and may all of us will appreciate our teacher who has taught many ilm of ALLAH in fulfill the amanah as the servant n khalifah...
sedikit pantun untuk tatapan khas buat insan2 yg bergelar guru:

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa;
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru janganlah dilupa.

Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan;
Sama kata sama sepakat,
Guru kita harus dimuliakan.

ramizah said...

20 X? hehe..boleh je. jnji ada support dari puan nurul

Ann: t.kasih bagi byk pantun pada saya..sy pun tak lupa pada guru2 yg telah mengajar saya..