Sifat malu adalah salah satu tanda kita adalah org beriman. Malu adalah satu perasaan hati yg membuat kita takut hendak membuat sesuatu. Ia adalah satu perasaan kecil yg mengetuk pintu hati kita agar tidak mahu melakukana sesuatu perkara. Sifat malu adalah sebahagian daripada aurat kita. Maksud saya, kalau seorg perempuan itu bertudung litup, memakai stokin dan sarung tangan tetapi tidak tahu malu maka wanita tersebut masih belum menutup aurat. Asyik menegur mana2 lelaki yg dia tidak kenal, bergurau senda dgn teman2 sepejabat tanpa batas dan bercakap dgn kasar atau menggunakan kata2 yg tak sepatutnya maka dia sebenarnya masih belum menutup aurat. Dia masih belum menjadi wanita beriman. Ada student memberitahu saya yg dia malu utk participate dalam kelas sebab malu nk berkata2; takut salah, takut org ketawakan kita, takut org merendah2kan kita. sebenarnya ini bukan sifat malu tetapi sifat rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri. Malu lebih kepada malu utk melakukan maksiat, jenayah, bersifat kurang ajar dan malu utk melanggar undang2 Allah. Itu lah sifat malu yg sebenarnya.
Bila saya melihat, wanita2 yg tidak menutup aurat atau terlonjak2 di atas pentas dan ketawa terbahak2 sebenarnya mereka ini tidak ada sifat malu. Atau pun melihat pasangan lelaki perempuan tanpa mahram keluar bergandingan tangan, berpelukan dan seterusnya, mereka ini sebenarnya tiada benteng iman yg akan membawa ke arah kebinasaan.
Malu bukan sahaja pada anak2 gadis tetapi pada semua peringkat usia. Saya harap student2 saya akan berasa malu bila mereka dtg lambat ke kelas atau malu kerana tidak menyiapkan kerja yg saya minta atau malu utk berlaku kurang ajar dgn saya.
Saya sendiri pun kadang2 termalu di dalam kelas membuatkan muka saya merah dan bahang panas terasa di muka saya. Tetapi saya tidak malu utk mengajar dan melontarkan suara saya sekuat mungkin semasa mengajar..
p.s. begitu lama masa berlalu..
2 comments:
sebab tu org yg malu tu org yang beriman...
p.s:supo makan nasi kat bilik.hehe
haha..adik ingat lagi hoj ustaz tu kato ko k ngoh..
Post a Comment