Powered By Blogger

Tuesday, January 25, 2011

Sifat Tawadduk

Pagi tadi ada 3 org student tahun satu dtg ke pejabat saya utk menjelaskan tentang ketidakhadiran mereka ke kelas minggu lepas. Alhamdulillah, selepas di tegur tentang sikap segelintir student yg buat muka "selambarland" atau "buat bodoh" atau " muka 5 sen" di hadapan lecturer, akhirnya ada juga yg sedar dan insaf dtg meminta maaf kerana tak datang ke kelas/tutorial. Sebenarnya soal meminta maaf itu tidaklah terlalu penting. Nilai sebenar yg saya nk tanamkan ialah sifat tanggungjawab dan erti kesedaran di dalam diri. Saya selalu tekankan bahawa kita dgn guru kena ada sifat tawaduk atau rendah diri, baru ada keberkatan pada ilmu. Guru kita bukan setakat mengajar apa yg terkandung di dalam silabus pelajaran sahaja, tetapi lebih daripada itu. Justeru itu, title "Murabbi" itu sebenarnya adalah hak kepada seorg guru yg mengajar kita. Murabbi bermaksud org yg mendidik kita dari segi akademik dan dalaman; jati diri dan nilai2 murni di dalam hati seorg pelajar. Nilai2 ini, akademik dan dalaman akan digunakan oleh pelajar2 itu sampai dia mati. Pada masa yg sama, guru semestinya memiliki sifat tawadduk pada ilmu yg diberi pinjam oleh Pencipta Alam. Ilmu yg ada hendaklah dikongsi dgn sesiapa sahaja dan yg paling penting, guru hendaklah beramal dgn ilmu yg dia ada.

Mudah2an kita semua berada di dalam golongan ini. Untuk student2 saya tadi, doa saya utk kamu bertiga agar menjadi insan yg berguna kepada ummah.

p.s. berdebar2 menunggu hari esok..

2 comments:

incek.loyer said...

indeed ustzh.

tp kita melihat bkn semua lecturer yg ada mn'didik' student mnjadi manusia kn?

hehe.

bgos lh. ustazh d klas yg brbza. =D

ramizah said...

ya betul.. perlu ada betulkan niat.