Ada beberapa orang law student akan berkahwin pada awal februari ini sempena dgn cuti semester break dan juga cuti Raya Cina. Saya menumpang gembira kerana jodoh mereka sudah sampai ( walaupun saya secara peribadinya saya kurang setuju pelajar2 lelaki yg masih belum bekerja mengambil keputusan utk berkahwin). Mudah2an mereka berkahwian bukan sekadar berkahwin sebab ada girlfriend atau boyfriend tetapi sudah tahu apa tanggugjawab dan implikasinya bila sudah berada di alam rumahtangga.
Bila kita berkahwin, pasangan tersebut bukan hanya berkhwin di antara keduanya, lelaki dan perempuan tetapi kita juga berkahwin dgn keluarga masing2. Tahu bagaimana hendak bergaul dgn keluarga mertua dan tahu juga bagaimana hendak berfikir dan membuat keputusan. Tahu juga bagaiman hendak mengimbangi antara tuntutan pelajaran, keluarga dan isteri/suami.
Pada masa yg sama juga saya juga mendapat berita mengenai perpisahan yg berlaku di antara pasangan di kalangan student saya. Ada pelbagai faktor yg berlaku, mungkin tiada kesefahaman, tiada persediaan dan juga mungkin tiada cinta lagi. Ada yg berkata, tiada kematangan pada bekas pasangan2 masing. Apa2 pun yg diperkatakan, hati saya tersentuh bila mendapat berita sebegini terutama bila kedua belah keluarga sudah mengetahui tentang hubungan mereka.
Walau apa pun yg berlaku, anggap lah apa yg berlaku adalah lukisan alam; pelbagai warna yg dicorak di atas kanvas dunia ini. Semuanya adalah warna2 kehidupan yg perlu kita hadapi..Yg penting nikmat Iman dan Islam masih utuh di kalbu. Juga nikmat sisa hidup yg ada utk kita meneruskan hidup yg ada. Percaya lah, masih ada sinar di hadapan dan pastinya masih ada yg sayang pada kita...
Bahagia ada di mana-mana...mungkin perpisahan yg kita alami sebenarnya adalah anjakan kehidupan yg lebih berkualiti..bak kata Shahir, Kebahagiaan di dalam perpisahan..
p.s. hari bahagia bersama anak-anak dan adik tersayang...
5 comments:
hehehe.yup hari bahagia bersama kakak dan anak2 saudara:)
bahagia itu di hati dik..walaupun sakit hati :-)
Every day is a happy day...^^
semoga ustazah sentiasa bahagia..:) love ur profile pic for dis blog..nice..^^
Ya, capik dan syahida..mudah2an kita bahagia dgn nikmat iman dan islam..thanks for your comments
Post a Comment