Thursday, January 6, 2011

"Love Story"

Antara lagu kegemaran saya ialah lagu bertajuk " Love Story" nyanyian Andy Williams yg dipetik dari filem Love Story. Filem ini rasanya diterbitkan pada awal 70an dan dilakonkan oleh Ryan O'Neal dan Ali McGraw. Saya sanggup memutarkan lagu ini sbnayk yg mungkin sambil memandu kereta tanpa rasa jemu. Melodinya amat menusuk jiwa sambil menghayati bait bait lirik lagu tersebut. Bila diingat pada kisah di dalam filem itu yg berakhir dgn tragedi, kdg2 membuat saya merasa sebak. Kisah cinta yg berkesudahan dgn kematian. Walau apa pun, itu adalah sebahagian dari kehidupan di alam fana ini. Setiap yg hidup pasti akan mati, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap kegembiraan pasti ada kesedihan. Terpulang kepada masing2 bagaiman untuk memberi reaksi pada setiap kisah yg berlaku di dalam diri kita.

Bagi saya yg sentiasa menerima kunjungan dari student utk menyelesaiakan masalah akademik dan juga personal mereka, kdg2 membuat saya tertanya2 adakah masalah saya sendiri akan selesai? Bila saya menanyakan soalan pada diri saya..jawapan yg selalu saya sediakan ialah; Yang penting kita semua mesti kelihatan gembira dan ceria walau hati sedang berduka. Kadang2 kedukaan itu patut dibiarkan saja berlegar2 di dalam kehidupan sehari-hari. Jangan diusik, jangan dicemuh dan jangan difikir..lama2 ia akan pergi bersama2 masa2 yg berlalu setiap hari..

p.s aku tidak apa-apa...

2 comments:

Capik said...

BTul 2..sentiasa ceria walaupun dilanda duka nestapa..heehhe...duka akan terubat sealiran dengan peredaran masa..:)

ramizah said...

time is the master healer.. :-)