Powered By Blogger

Friday, January 14, 2011

Lagu-lagu Uji Rashid

Semasa saya kecil2 dulu iaitu masa bersekolah di sekolah rendah, saya suka sangat mendengar lagu2 nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir. Saya juga selalu berangan2 pandai menyanyi dan mempunyai suara seperti Uji Rashid. Teman sepermainan saya pada masa itu ialah Wan Ros atau sya pnggilnya Deroh. Dia lah teman rapat saya semasa di sekolah rendah dan kami selalu bermain masak2 bersama dan menyanyi bersama. Saya, Uji Rashid dan Deroh adalah Hail Amir.

Saya memasang CD kompilasi lagu2 Uji Rashid di dalam kereta semenjak seminggu dua ini. CD nya baru berfungsi. Setiap kali mendengar lagu2 beliau saya pasti terkenang pada zaman2 dulu2. Saya rasa, jarang sangat penyanyi2 sekarang ini mempunyai suara lembut. manja seprti Uji Rashid. Bila bersama anak2 di dalam kereta, mereka selalu bertanya kenapa mama suka dengar lagu2 sebegini. Saya selalu memberitahu mereka yg ini lah yg dinamakan nyanyian yg sebenarnya. Ada lenggok suara, lemak merdu dan tiada bunyi bising alat2 muzik yg membingitkan telinga. Kita akan mendengar suara penyanyinya dgn jelas. Satu lagi lirik2 lagu2 Uji Rashid adalah berunsur cinta dan kasih sayang, kegembiraan dan kesedihan, kehidupan dan kematian.

CD lagu melayu yg menjdi koleksi saya ialah Allahyarham Sudirman dan Uji Rashid. Saya sedang merancang utk membeli CD Jamal Abdillah pula. Ini lah suara jantan yg tiada tolok bandingnya!

p.s. Iwan masih ingat saya...

4 comments:

seri pagi said...

lagu kak uji yang paling saya suka 'kali terakhir kulihat wajahmu'..lagu yang sgt menyentuh perasaan...allahyarham sudirman ..hmmm rasanya yg seangkatan dgn saya mmg minat dgn dia.. lagu yang paling2 saya suka 'senja berulang senja'.. saya bisa nangis buk ramizah bila dengar lagu ni sendirian..tapi mmg syahdupun lagunya..melodinya lembut dan indah, liriknya puitis.. tak mcm lagu zaman sekarang..blh dpt migrain kalau dengar..

'senja berulang rindu, dan ku sebut namamu, dalam suara yang bisu, engkaukah itu'

sekadar berkongsi..yang pasti kenangan tetap tinggal kenangan..

السلام عليكم

ramizah said...

sya pun suka lagu "Kali terakhir ku lihat wajah mu". rasanya ada filem utk lagu ini. Jgn lupa juga lagu2 joget nasi minyak duet bersama hail..wah! cukup terhibur mendgr nyanyian mereka berdua.
Lagu Sudirman " senja berulanag senja", sya tak pernah dgr..ada lagu nya tak?

Anonymous said...

kak ngoh,I think you kena mention kat sini that Wan Ros @ Deroh tu...is a guy.

ramizah said...

yes, he is a guy :-) BTW, ini, sophea ke mak sophea :-P