Semasa di sekolah rendah iaitu, sekolah kebangsaan Penambang, saya ke sekolah berjalan kaki. Kadang2 lalu ikut jalan besar dan pandai2 la melintas jalan. Kadang lalu ikut " Ghok" ( hutan kecil). Tapi tak lama sebab takut. Di sana ada byk pokok2 besar dan lalang2 yg agak tinggi dan terpksa melalui rumah yg kosong.. org kata rumah tu berhantu. Tapi tak pernah tengok lagi hantu. Cuma bila dah hampir dgn rumah tu, memang sya lari sprint. Mungkin Usain Bolt pun kalah rasanya.
Bila ke sekolah menengah, iaitu di MMP, cara ke sekolah bertukar mengikut keadaan. Mula2 saya menaiki bas. Rasanya hmpir setahun juga lah..Kemudian saya tak tahan. Bas di Kota Bahru ni, tak ikut jadual. Walaupun dah keluar awal, kdg2 sampai lewat juga ke sekolah. Balik pun sama. Bas lambat dan penuh. Tak tahan bertolak2 dalam bas. Tambah2 waktu petang dgn pelbagai aroma yg menusuk kalbu ( dan hidung). Kadang2 bulan puasa, bas lewat dtg atau ditinggal bas maka lewat lah berbuka puasa. Pernah sekali tak ada bas langsung. Maka berjalan kaki la sejauh 5 KM utk pulang ke rumah.
Tidak lama kemudian saya ke berbasikal ke sekolah selepas confident utk merentasi jalan raya di Kota Bahru. Maka basikal saya yg buruk itu digunakan dari kelas peralihan hingga ke tamat belajar di MMP. Bayangkan lah keadaan basikal apabila telah di gunakan secara berterusan. Pagi ke rumah pak cik man mengaji Quran, kemudian singgah rumah nenek atau kedai utk beli apa2 yg dikrim oleh ma utk memasak tengahari. Balik rumah, Ma suruh jaga adik sebab ma nak masak. Kemudian saya akan tidurkan adik2 ( adik2 di sini adalah Jie dan Aisyah). Lepas mereka tidur saya kan menukar jadual dan membuat kerja2 sekolah kalau ada.
Bila dah usia remaja, 16-17 tahun, basikal saya sudah usang dan buruk. Dan sebagai gadis remaja waktu itu, sangat2 malu bila berbasikal ke sekolah dan basikal saya berbunyi. Longgar sana longgar sini. Tak ada minyak di rantai basikal. Bila lalu depan rumah sewa budak Maahad Lelaki, mesti diaorg akan menegur saya dgn memberi salam dan menjerit agar saya bubuh minyak di rantai basikal.Tayar pancit, terpaksa heret dari sekolah ke kg Cina. Banyak kali juga peristiwa tayar pancit berlaku terutama di bulan puasa. Kdg2 hujan lebat bila ke sekolah atau balik dari sekolah. Baju sekolah basah, duduk atas kerusi lapik dgn surat khabar sampai ke tengahri. kdg2 airmata mengalir bersama2 dgn air hujan..bukan sedih tetapi mengumpul kekuatan bhawa setiap kejayaan mesti melalui dgn kesusahan dan penderitaan. Tiada kejayaan di dalam kehidupan kita dunia dan tiada kemenangan di akhirat tanpa adanya kesabaran.
Bila saya melihat keadaan saya pada sekarang ini, saya tidak sangka sama sekali. Tidak pernah saya bermimpi dan berangan sebegini. Yg saya berangan ialah utk mencari keredhaan ibu bapa saya dan membuat mereka gembira.. tetapi Allah itu maha kaya..Mudah2an Allah tetapkan iman saya sekeluarga agar terus yakin bahawa tiada Tuhan utk disembah melainkan Allah yg maha esa....amin..ya rabbal aalamin..
8 comments:
alhamdulillah...nice entry kak ngoh.:)
kngoh tak dae nk ngulit adik masa kecik...buleh main2, dukung n ngusik adik jah sebab masa tu kngoh dh masuk Univ.
ustazah,
gelak sorg2 sy baca entri ustazah ni. part kena sound letok myk kat rantai beskal tu. haha. kelako. :)
btw ustzah, sorry sbb lame xcontact. hope to see ustazah soon. insya Allah. :)
subhanallah.inspiring!terimo kasih kerana berkongsi kak ngoh!
masih ada lagikah basikal itu? kalau ada lagi msti tinggi value nya tu..
suka baca entry ni kak ngoh.... :)
iqah: ada masa, ziarah lah saya :-)
bila nk lalu dpn rumah sewa bdk laki2, memang saya berselawat dulu nk bg hilang gabra, takut basikal jatuh dpn diaorg..huhuhu
hakim: alhamdulillah..kim pun, bila nk jumpa kngoh ni :-)
Nurul: basikal tu dah tak ada..dah 27 tahun berlalu..
Kakak adrina: alhamdulillah..kakak pun, keep writing!
kk ngoh letok la sajak basikalku berbunyi krek..krek tu..:) and thanks kk ngoh sbb sokmo ulit tido sblm gi sekolah -aisyah
Post a Comment