Powered By Blogger

Saturday, July 30, 2011

Photos in London & Paris

Lutfi selalu nk ambil gambar mama..Dialah jurgambar yg bertauliah...



Ini Mama yg ambil gambar Lutfi..di belakang ialah House of Parliament dan Jam besar di London..










2 beg galas yg sangat penting; warna brown, saya punya dan mengandungi, passport, wang, kunci rumah sewa, buku cerita dan tiket kapal terbang..warna hitam dan oren, adik punya yg mengandungi makanan dan minuman.







Gambar yg diambil oleh Lutfi semasa dalam ERL menuju ke KLIA





Mama pakai sneaker dan jeans.. caya lah!! Mama pakai kasut Lutfi semasa Lutfi berusia 8 tahun








Semasa di atas flight; lebih 35,000 kaki tinggi dari paras laut. Semuanya dgn Izin Allah semata-mata...saya sangat suka gambar ni, betapa kerdilnya kita, betapa agungnya Maha Esa...






Di tepi Oxford Street..salah satu shopping mall yg besar di Oxford street..










Seorang pelancung dari Malaysia sedang bermain-main dgn burung merpati di tepi taman berdekatan dgn Marble Arch














Di Mansfield College, University of Oxford, tempat berlangsungnya conference dan tempat berjumpa dgn Raja Bahlol!







Salah satu college di Oxford university..macam dalam filem Harry Potter bila berada di sini..









Shuttle Bus yg membawa kami dari Bicester North railway station ke Bicester village...OMG! this is heaven for shopping maniacs...










Di London Eye..Wow!









Semasa di Paris...









Di Notre Dame, paris...











Di Wembley Stadium...










Last but not least, di centre court, Wimbledon tempat Rafael Nadal bermain....








































Friday, July 29, 2011

London is calling? Oh! yeah, it is happening!

Sejak dari tadi saya asyik berfikir, apa yg hendak ditulis dalam entry kali ini. Semestinya pasal trip to London. Cuma tak tahu macam mana nak mulakan.

Lebih baik saya mengomen pasal benda2 yg saya takut seperti yg saya nyatakan dalam entry lepas.

1. Flight ke London yg mengambil masa 13 jam tu, saya tidur lena.. Yg saya ingat, selepas hidangan makan malam disediakan selepas 1 jam berlepas, saya tidur. Bila saya sedar, sudah lebih 6 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Wah! sekurang2nya saya tidur 5 jam. Sama juga semasa penerbangan balik ke Kuala Lumpur, saya tidur sampai 2 round! memang hantu tidur la saya kali ni.

2. Saya takut nak berbahasa Inggeris di sana; Owh...saya silap sama sekali, rupanya saya faham org British bercakap. Hehe.. Tak ada masalah. Cuma bila org Aussie bercakap, saya ternganga.. Memang org Aussie bercakap asyik nak buka mulut luas-luas la.. sebijik habuk pun saya tak faham.

3. Anak-anak saya, Wafi dan Lutfi, alhamdulillah. Bagai aur dgn tebing. Saling memerlukan. Saling sayang menyayang. Mama rasa sangat lega sebab dua beradik telah mendengar dengan baik "taklimat" sebelum berlepas. Ada juga adegan jeling menjeling diantara mereka tetapi bila tengok mama menjeling, masing-masing jadi " kami dengar dan kami taat'.

4. Paper saya telah dibentangkan dgn jayanya. Alhamdulillah. Semuanya kerana izin Allah semata-mata. Ramai yg datang mengucap tahniah sebaik saja saya selesai membentangkan kertas kerja. Yg paling menggembirakan bila seorang Professor dari Brigham Young University datang memeluk saya sambil meluahkan perasaan leganya kerana saya dapat menjelaskan tentang kecantikan undang2 Islam pada audience. saya juga berasa sungguh lega kerana dapat mengenakan seorang speaker yg mungkin seorg Muslim ( namanya Raja Bahlul) yg meremeh2kan Allah. Geram saya..Namanya pun Bahlol!! ( Geram saya bila tgk dia datang dan bagi salam kat saya..rasa malas nk jawab...tapi jawab jugak)

Secara umumnya, trip ke London adalah sangat menarik dan mengkagumkan. Selain dari perkara2 di atas, saya juga sempat berjalan2 di sekitar London, Oxford, Bicester Village dan Wimbledon. Kalau ada peluang mahu lagi ke sana, insyAllah. Pesan saya, kalau nk shopping dan makan jgn convert duit pound ke ringgit Malaysia, jadahnya ialah tak shopping dan tak makan la...

p.s. Glad to be home...

Tuesday, July 19, 2011

London is Calling!! (I am trembling...)

Semasa anda semua membaca entry ni, mungkin saya sudah jauh meninggalkan tanahair tercinta dan berada di dalam perut pesawat MAS airline Boeing 747-400, menuju ke benua Eropah yg jauh beratus ribu kilometer dari Malaysia. Subhanallah..






Inilah pertama kali saya ke London, ibu negara England, tempat William dan Kate berkahwin. Perasaan saya adalah amat takut sekali hendak ke sana. Apa yg saya takut sangat tu?







1. Saya takut nak naik kapalterbang. Walaupun sudah beratus kali turun naik kapalterbang tetapi perasaan takut sentiasa ada. Tambah2 saya suka sangat menonton siri Mid Air Crash dan Air Crash Investigation di rangkaian National Geographic Channel. Kecut perut saya.







2. Flight ke London kali ini mengambil masa selama 13 jam dari KL ke London ( direct flight). Saya tak boleh bayangkan apa yg saya boleh buat sepanjang 13 jam di dalam penerbangan. Saya ni susah nak tidur. Tidur saya tidak lengkap jika bukan dalam bilik dan atas katil ( kalau boleh dikelilingi 3 bantal) Semasa ke Jeddah hari tu yg mengambil masa 8 jam, saya tidak tidur, hanya menutup mata jika terasa mengantuk.







3. Saya juga takut nak berbahasa Inggeris di sana. Saya bimbang saya tak faham apa yg mereka cakap. Setahu saya, loghat atau accent org British ni lain dan amat pekat sekali. Tambah2 kalau mereka bercakap laju tanpa "tajwid" yg betul. Saya memang "flop"! Perasaan ni makin bertambah jika selepas membentang kertas kerja, ada yg mahu bertanya semasa Q & A session dan saya tk faham soalan mereka, memang malu!! (mungkin 195 round saja, tak leh lawan yg 200 round hari tu!)







4. Akhir sekali, perasaan takut saya ini mengenai 2 org anak lelaki saya yg sya bawa bersama; Wafi dan Lutfi. Dua orang ni adalah friends and foes! Janganlah bagi mama bagi khutbah tiap hari. Khutbah jumaat pun seminggu sekali je. Cukuplah dgn tazkirah 2-3 minit je.







Walau apa pun, saya patut kurangkan perasaan takut itu dan yakin pada rahmat Allah. Orang kata baina al rajaa' wal khauf; perasaan yg berada diantara harapan dan ketakutan. Jangan terlalu confident sangat tetapi lebih bersederhana di dalam semua tindakan dan amalan kita.







Mudah2an niat saya ke sana utk menjadi "pendakwah" tentang kecantikan dan kesempurnaan undang2 Islam akan diberkati Allah. Ini sahaja jihad yg dapat saya lakukan untuk menyatakan bahawa tiada yg lebih baik daripada mereka yg mengajak melakukan kebaikan, berdakwah kpd jalan Allah dan juga melakukan amal soleh serta mengaku bahawa akulah dikalangan org2 yg tunduk pada agama Allah... Subhanallah...







Mudah2an suami, anak sulung saya, ahmed zaki, ma, abah, kakak dan adik-adik berada didalam keadaan sihat sejahtera semuanya. Tidak lupa juga pada pelajar2 saya yg saya sayangi dan pembaca2 blog saya yg saya kenali dan tidak kenali.






Panjang umur, mudah2an dapat kita berjumpa lagi...Namun jika pendek umur, mohon maaf segala kesalahan dan keterlanjuran kata-kata...




p.s. Pelangi Petang semakin kelam...tak pa, Allah kan ada? :-)



Sunday, July 17, 2011

17072007

Tarikh ini adalah tarikh keramat dalam hidup saya sebagai seorang wanita. Pada tanggal ini lah saya telah kehilangan dua benda yg berharga dalam hidup saya; Rahim dan satu ovari di sebelah kiri saya telah dibuang.

Apabila doktor sakit puan di Hospital Tawakkal, mengesahkan saya saya mengidap low grade cancer barah di dinding rahim (selepas membuat biopsi pada sel di dinding rahim,) pada ketika itu perasaan sukar utk digambarkan. Terkejut, takut dan seperti akan mati esok hari.

Selepas diberitahu pula yg rawatan utk mengelakkan sel cancer ini daripada merebak ialah dengan membuang rahim saya, ketakutan dan kekecewaan yg bakal menimpa semakin dirasai. Seolah2, tiada lagi kehidupan saya selepas ini.

Kemudian saya dan suami pergi berjumpa dengan Pakar Sakit Puan, Prof Datuk Dr Hamid Arshat utk mendapat pendapat dia. Dia menasihati saya utk bersabar pada setiap ujian dan yakin pada kekuasaan Allah. Dia juga mencadangkan agar rahim saya dibuang. Suami saya pula tanpa berlengah (terus mengiyakan tanpa bertanya pada saya) dgn cadangan Dr Hamid. Saya yg berada disebelah terus memandang suami dgn perasaan remuk di dada. Sampai hati dia membuat keputusan tanpa bertanya saya. Matanya sedikit pun tidak memandang saya. Dia hanya memandang terus ke depan. Airmata terus menghambur keluar. Cuba menahan sebak di dada daripada menangis teresak2 di depan Dr Hamid.

Di dalam kereta, saya bertanya suami adakah dia fikir masak2 dgn keputusan tadi. Dia menjawab , "Ya". Saya masih ingat, saya menangis sepuas2 hati di dalam kereta. Suami hanya berdiam diri sepanjang perjalanan pulang.

Tarikh 17 Julai diberi oleh Dr Hamid utk dibuat operation Hysterectomy. Saya menunggu tarikh itu seperti orang sasau. Menangis setiap malam. Melihat wajah anak2 dengan perasaan berbaur, adakah aku akan sedar dari tidur dan dapat melihat wajah anak2 kesayangan. Dapatkan aku bangun melihat wajah student2 kesayangan saya lagi.. Perasaan remuk di dada tidak dapat digambarkan dgn kata2. Melihat suami yg banyak berdiam diri membuat saya tahu bahwa dia juga menderita di dalam hati. Sepanjang menunggu tarikh itu, saya jarang nampak suami tidur malam. dia banyak bersendiri...

Akhirnya tepat jam 5.30 petang , 17 Julai 2007,saya selamat dibedah oleh Dr Hamid. Bila saya sedar kira2 jam 9 malam saya sudah pun berada di bilik yg ditempah special oleh suami. Di kiri saya ada satu mesin dan dikelilingi oleh suami,ma, anak2 dan makcik saya. Rasa sakit di bawah perut sangat terasa. Misi meminta saya menekan butang pada mesin itu jika terasa sakit sangat. Rupanya mesin itu mengandungi morphin sbg alat penahan sakit.

Saya berehat selama 3 bulan dan tidak mengajar pada semester tersebut. Sepanjang bercuti sakit saya mengalami trauma dan depression dgn kehilangan barang2 berharga itu. Perasaan tidak berguna sentiasa menerpa diri. Saya bukan lagi wanita sejati. Saya akan menderita selepas ini. Ini antara perkara2 yg bermain di kepala saya.

Sudah 4 tahun peristiwa ini berlaku. Alhamdulillah, saya jarang sakit dan semakin menikmati. kualiti hidup sebagai manusia dan juga sebagai wanita. Saya yakin pada qada qadar Allah. Nasib saya setakat ini sahaja. Takdir Allah mengatasi segala2nya.

Walaupun saya tidak lagi "Cantik"dan saya tidak lagi "Sempurna" dan tidak lagi "berguna" saya cukup gembira dgn keadaan hidup saya sekarang daripada sebelum pembedahan. Lebih2 lagi ramai org di sekeliling saya yang begitu menyayangi saya. Selain dari keluarga, orang2 yg sangat menyayangi saya adalah pelajar2 saya yg saya kasihi. Mereka tidak putus2 bertanya khabar mengenai saya sehingga sekarang ini.

Teringat saya pada kata-kata si dia, "A heart is not judged by how much you love, but by how much you are loved by others..." Well, what more do I ask?


p.s. I write, not only something I love but also to someone I love....like you...

Tuesday, July 12, 2011

Di sebalik pintu ada rindu...

Di sebalik pintu itu...

aku selalu mengintai mu..

mencari aura mu

dan

menanti keajaiban mu..



Di sebalik pintu itu

aku mencari jejak mu..

Kapan kita kan bertemu..

rindu mendengar tawa mu...



Di sebalik pintu itu

aku bersimpuh malu...

Bila kau mengetuk pintu dan hati ku..

sambil memintal benang rindu

bersama ku....













































Sunday, July 10, 2011

Lutfi dan french toast...

Semalam saya buat french toast untuk sarapan pagi pada anak-anak. Menu ni memang menjadi kegemaran anak2.

Di bawah ini gambar roti yg sudah dicelup dgn adunan susu, sedang di goreng..








Kemudian setelah dibalik..warnanya menjadi kuning.










Saya menyediakan 5 pasang semalam. Untuk anak 3 orang, suami satu dan adik saya, Ahlami, yg kebetulan ada di rumah saya semalam. Lutfi, bertanya pada saya, "Mama, kenapa ada 5 saja?" "Mama punya mana?" Mama jawab, " Mama tak makan french toast. Nanti mama makan roti butterscotch cicah air kopi saja". French toast adalah sarapan kegemaran Lutfi. Dia sudah bersedia utk makan bahagian dia. Dalam gambar di bawah kita boleh tengok tangan Lutfi tu,asyik bergerak2..Bila saya hendak ambil gmbar ni, dia asyik bertanya, bila boleh makan, mama? Saya cakap tunggu dulu sebab nak ambil gmbar. Saya pula, memang bermasalah mengambil gmbar.Amatur lah katakan..Tangan tak steady, asyik blur je gambar. Dia sabar menunggu mama ambil gambar....



^




^












Tetapi tak lama.....hehehe..















p.s. Forgive and Forget...

Saturday, July 9, 2011

Di sebalik rindu itu...

Saya berada di Makkah dan Madinah selama 30 hari semasa menunaikan haji pada tahun 2009. Itu lah pertama kali meninggalkan anak2 dan suami begitu lama sekali.

Sebelum pergi, perasaan takut sentiasa ada. Adakah saya mampu menanggung rindu pada anak2? Ramai teman2 dan saudara memberitahu saya, bila berada di sana, kita tidak akan ingat pada mereka. Kita akan asyik beribadat pada Allah sahaja. Lupa pada sesiapa di kampung. Saya mengambil nasihat mereka dgn ragu2.

Minggu pertama di sana, saya begitu sibuk menyesuaikan diri dgn tempat, teman2 sebilik dan suasana di sana. tetapi hati tetap teringat pada anak2 terutama sekali. Masuk minggu kedua, hati saya terasa berat..berat memikul rindu pada anak2. Airmata senang saja mengalir bila teringat pada mereka.

Minggu ketiga, saya sudah tidak tentu hala. Bila saja saya tengok anak2 lelaki sebaya anak2 saya, hati bagai dirobek-robek. Menangis tidak berlagu. Pernah sekali dalam perjalanan balik ke hotel, sya melihat kanak2 lelaki sedang bermain bola. Lantas fikran saya tertumpu pada mereka dan membayangkan anak2 saya, zaki, wafi dan lutfi sedang bemain bola.

Saya banyak menghantar message utk anak2. Tak sanggup utk mendgr suara mereka. Suami pun enggan bercakap dgn saya. Yg kedengaran suara dia di celah suara anak2 bertanyakan mama macam mana. Sihat tak mama? Mama dah makan ke belum.

Untuk mengubat rindu di dada..utk meredakan hati yg lara, saya banyak menghabiskan masa dgn membaca Quran. Sedar tak sedar, sepanjang 30 hari di sana, saya khatam Quran 2 kali. Tak pernah2 dibuat sebelum ini.

Semasa di Mina, keadaan di sana agak cramp sedikit. ramai orang di dalam satu khemah. Tidur pun mungkin 3-4 jam sahaja satu hari. Tidur2 ayam org kata. Sekali tu, saya tertidur dalam pukul 2.30 pagi. Sebelum tertidur, fikiran melayang2 di kampung halaman dan suami di sana. Saya bermimpi suami saya kahwin lagi! Bila saya terjaga, jantung saya berdegup kencang. Tangan saya terus mencari handphone yg diletak di bawah bantal. Cepat2 saya menghantar message pada suami bertanyakan hal itu... Jawapan yg diberikan ialah " I wish it is true.." rasa macam kelakar sangat pada pagi itu.

Mungkin pada setengah orang yg sudah sampai ke peringkat sufi, mungkin boleh berbuat demikian; melupakan mereka semasa mengerjakan ibadat haji. Saya masih belum mencapai ke tahap itu. Hati saya masih lemah...entahlah..apa perasaan mereka yg meninggalkan anak2 kecil selama 60 hari? saya tak tahu la apa akan jadi pada saya nanti. Apa2 pun, itu semua pengalaman. Saya tidak pernah menyesal...dan saya masih lagi memasang angan2 utk ke sana lagi..kalau boleh bersama anak2 :-)

p.s. "Never part without loving words to think of during your absence'.....I am sorry...

Wednesday, July 6, 2011

Kisah rantai tangan dan saya...

Beberapa minggu lepas saya ada menerima hadiah..rantai tangan. Tak terkata bila dapat hadiah sebegini. Orang kata, pucuk dicita ulam mendatang..Kalau saya pergi shopping, benda2 beginilah yg saya suka.Gelang tangan, clip atau getah rambut. Lagi satu benda yg saya suka beli ( menghabiskan duit pun boleh ) ialah stationaries seperti buku nota, pen yg unik, highlighter, marker etc.


Berbalik pada cerita rantai tangan ni, saya punya excited sangat, cepat2 buka kotak yg mengandungi rantai ini. Bila dh buka tu, nak pakai lah..apa lagi kan? Kat pergelangan tangan saya sudah ada rantai tangan yg sudah sedia ada...maka, saya pun nak tanggalkan yg sedia ada itu. Sedang saya berusaha nk menanggalkannya, tali gelang tu putus dua!! berterabur biji2 kristal atas lantai office. Mak ooi!! Malu ada, nak menangis pun ada. Gelang kristal berwarna purple tu adalah salah satu gelang kesayangan saya. Saya beli guna duit kootoo. Yg paling ironiknya ( memalukan juga) adalah insiden ini berlaku di depan si pemberi hadiah tu. Dia juga lah yg mengutip biji2 kristal atas lantai sambil tersenyum dan menggeleng2 kepala. Agaknya dalam hati dia berkata , "mak cik ni mengalahkan budak kecik la" . Tak tahu la malu berapa round..lebih sepuluh round rasanya..huhuhu.. ( harap2 dia tak baca la entry ni..kalau dia baca, 200 round malu rasanya)



Ini lah rantai tangan yg di bagi...cantikkan?


















Sunday, July 3, 2011

Sejadah dan saya...



Disebabkan En Shahir meminta saya terus bercerita, maka saya akan terus bercerita.. Di tempat yg sama dengan entry dgn lepas, iaitu di Masjidul haram.

Selepas 2-3 hari berada di Makkah, saya dan teman2 sebilik ke Hilton utk membeli sedikit barang asas di satu kedai runcit di Hotel Hilton. kemudian kita naik ke tingkat atas dan saya tertarik pada satu sejadah yg sangat cantik. Lain dari yg lain. Ianya sederhana panjang dan motif bunga sangat cantik dan teliti buatanya. Harga yg diletak ialah 80-90 riyal. kainnya sangat lembut dan sya dimaklumkan yg jahitan bunga di atas sejadah itu adalah jahitan tangan. Saya terus jatuh cinta pandang pertama!! Saya membeli 2 sejadah.

Malam tu, saya membawa sejadah itu ke masjid utk digunakan semasa solat maghrib dan Isyak. Saya meletaknya di atas lantai marmar di dalam masjid. Jemaah dari India di sebelah saya menggosok2 sejadah dgn tanganya sambil mengangguk sebagai tanda lembut dan bagus kualitinya. Saya tersenyum gembira. Sedang asyik mengangguk2 dan menggunakan bahasa Isyarat utk berkomunikasi dgn jemaah dari India itu, tiba2 datang seorang jemaah wanita dari negara luar juga yg saya tak pasti dari negara mana, datang dan duduk di sebelah saya. Dia hanya menghampar plastik bag atau supit gelenyar sebagai tempat utk bersujud. Dia solat beberapa kali. Dan mata saya asyik memandang kiri dan kanan. sejadah saya yg mewah dan sejadah dia yg "gelenyar" ke sana sini. Hati saya remuk melihat situasi di depan mata saya. Perasaan bersalah menerpa diri. Saya mula menyoal diri, adakah salah aku membeli sejadah yg begitu cantik ini. Saya diberi kenikmatan dari Allah iaitu duit maka saya mampu membeli barang berharga seprti ini. Sedangkan masih ramai yg tidak mampu hatta sesuap nasi. Airmata bergenang mengenang nikmat diri.

Lantas saya berniat utk memberi sejadah itu pada jemaah wanita itu selepas selesai solat. Saya juga teringat masih belum menunaikan solat2 sunat lain, selepas solat tahiyyatul Masjid tadi.Selepas menunaikan solat sunat, Saya cuba memegang bahu dia tetapi dia tidak perasan muggkin yg saya mahu berbual dgn dia. Dia terus bangun dan beredar pergi ke tempat lain bersama teman2nya yg lain.

Saya ditinggalkan bersendirian sambil membilang-bilang nikmat Allah kepada saya selama ini.. Niat utk memberi sedeqah pada wanita tadi tidak tertunai. Teringat saya pada satu ayat Quran yg bermaksud " Jika kamu mahu membilang nikmat2 Allah ( ke atas kamu) nescaya kamu tidak akan mampu membilangnya.."


p.s Awae ku sayang..

Saturday, July 2, 2011

Peristiwa di Masjidul Haram

Semasa di Masjidil Haram ada satu peristiwa yang berlaku yg tidak akan saya lupakan.

Saya masih ingat pada suatu hari saya berjalan bersendirian ke masjid utk menunaikan solat zohor di Masjidul haram. Saya sampai di sana kira-kira 1 jam lebih sebelum masuk waktu. Selepas solat sunat dan membaca Quran, saya mengambil peluang utk bertaaruf dgn jemaah di sebelah kanan saya dari Indonesia. Tidak lama kemudian datang seorg jemaah dari Malaysia ( melalui tanda "Malaysia" di telekungnya) duduk di sebelah kiri saya. Kami bercakap seketika. Kemudian jemaah dari Malaysia itu membaca Quran. Dia membawa Quran yg agak besar. Kemudian dia solat sunat. Selepas selesai solat dia bertanyakan saya asal dari mana dan sebagainya. Tiba2, datang seorang perempuan dari Afrika ( berdasarkan dari kulit dan pakaiannya) dan mahu duduk di sebelah jemaah Malaysia itu. Tetapi jemaah Malaysia itu, mengibas-mengibas tangan dia pada jemaah Afrika itu supaya pergi dan mencari saf lain. Saya sungguh tekejut dgn tindakan dia. Tak sepatutnya dia berbuat begitu. Jemaah Malaysia tadi memandang saya lantas memberitahu yg org-org Afrika ini berbau busuk. Saya mengucap panjang dalam hati..Astaghfirullahal azim..

Selepas itu, saya menjadi tawar hati utk berbual dgn dia, lantas saya membaca al Quran utk menenangkan hati dan juga utk melupakan insiden tadi. Tidak lama kemudian, azan berkumandang. Selepas solat sunat, masing mula mengambil tempat dan merapatkan saf masing2. Seperti biasa, saya bergerak ke kanan iaitu rapat dgn jemaah Indonesia tadi. Jemaah Malaysia pun sama ke kanan, ke arah saya. Jemaah Malaysia itu mengajak jemaah dari belakang utk berdiri di sebelah kiri dia tetapi tiada sipa yg mahu. Quran yg diletak di sebelah ruang atas sebelah kanan dia di hujung sejadah menyebabkan dia tak boleh rapat dgn saya.Sebelum mengangkat takbir, saya melihat di sebelah kiri jemaah Malaysia ada ruang kosong. Mungkin ada 5 orang lagi boleh masuk, tetapi tiada siapa yg mahu masuk dan berdiri sebelah dia. Saya terus solat dan bila selesai, ruang itu masih di situ...kosong. Kanan dan kiri. Dia solat seolah bersendirian tanpa jemaah lain di kiri kanan dia. Saya melihat wajah jemaah malaysia ituselepas itu, dia nampak gusar dan sedih.

Apa yg saya boleh disimpulkan di sini. Berhati-hatilah semasa bercakap. Jangan sekali-kali menghina orang terutama jika di masjid. Bila berada di masjid, masing2 datang utk beribadat kepada Allah. Jika rasa tidak selesa dgn jemaah sebelah, beralih lah dgn cara dan dgn niat yg baik, Niat utk kita lebih khusyuk utk beribadat pada Allah. Saya pun akui, ada yg datang dgn baju yg penuh debu dan berbau. Tetapi kita mesti ingat, tk semua org bernasib baik sperti kita. Selalunya bila saya berhadapan dgn mereka sebegini, saya akan tetap bersabar sehinggalah mereka mula menganggu saya semasa solat maka saya akan mula mencari tempat lain.

Saya tidak akan lupa pesan seorang ustaz semasa menghadiri kursus haji, bila berada di sana, hendaklah kita menggunakan deria kita yg ke enam, iatu hati. Tengok apa2 bukan shj dgn mata tetapi dgn hati. Mendengar juga bukan sja dgn telinga dengan hati. Hati itu sangat penting ukt kita menjaga mata, telinga, lidah dan mana2 pancaindera yg lain...

Untuk Mimi , adik angkat yg saya sayangi..thank you for the memories that we shared together in Mecca and Madina...You are a good sister and companion...love you very much..

p.s. Kapan pulang ye? :-)

Friday, July 1, 2011

Orang Arab dan Orang Islam...

( Bergambar dengan seorang wanita Arab dari Mesir di Masjidul Haram..Gambar diambil oleh Mimi sementara menunggu waktu Isyak masuk)






Jiran saya di tingkat 21 adalah orang-orang Arab. Saya perasan orang2 Arab ni, dia tak tidur malam tetapi dia tidur siang.







Bila saya tengah nyenyak tidur, saya pasti akan terjaga kira-kira jam 1-2 pagi mendengar diaorang ketawa atau berbual. Perbualan mereka juga disusuli dengan lagu2 dan muzik arab yg agak kuat. Lagi satu orang Arab ni, bila bercakap macam nak bergaduh. Tinggi suara masing2. Saya tak pasti sampai jam berapa mereka berjaga malam. Cuma bila saya bangun jam 6.30 pagi, tiada lagi suara kedengaran. Sunyi sepi di tingkat 21.Suara mereka hanya akan kedengaran semula pada jam 2-3 petang. ( bila saya sibuk nak tidur petang)





Sebenarnya pattern hidup sebegini adalah kurang sihat jika sentiasa dibuat. Jarang-jarang sekali mungkin tidak mengapa, terutama jika kita bangun malam utk bertahajjud. Tetapi jika ianya dibuat selalu ia akan menganggu kualiti hidup kita terutama jika masih belajar atau bekerja mengikut waktu pejabat. Otak akan menjadi lembap utk berfikir dan badan jadi lemah. Aktiviti sosial juga akan terganggu. Di dalam al Quran, Allah ada menyebut bahawa waktu siang hendaklah digunakan utk mencari rezki dan bekerja manakala waktu malam adalah utk berehat.







p.s. You will dissappear like a vapour...