Powered By Blogger

Friday, May 11, 2012

Saya v Pelajar

Saya cukup marah bila student tidak hadir ke kelas dan dia buat tak tahu atau buat muka bodoh bila jumpa saya di dalam kelas atau di luar kelas.

Bila saya marah, pasti mereka menangis tidak berlagu. Saya sanggup mellihat mereka dalam keadaan begitu asalkan mereka sedar apa kesalahan yang telah dibuat.

Yang saya tidak sanggup lihat ialah bila mereka menangis depan saya lepas dapat result exam yang sangat teruk ataupun kena buang universiti. Masa ini, nasi sudah menjadi bubur.

Ramai pelajar yang mempunyai sikap, sudah terhantuk baru terngadah.

3 hari lepas, kerja saya ialah memarahi dan menegur pelajar2 sebegini...

Kepada pelajar-pelajar terbabit, "Tidak sesekali saya akan memberi apa yang anda MAHU. Saya hanya memberi apa yang PERLU untuk anda pada hari ini atau kemudian hari".

3 comments:

KhALiLI_HaNNaN said...

Marah tu tandanya sayang kan?

seri pagi said...

untuk pelajar2 yg dimaksudkan, masa belajar ini tak akan berulang lagi, jgn sia2kan peluang yang ada, peluang datang tak banyak kali dlm hidup kita..

untuk ustazah teruskan menulis..:)

ramizah said...

marah tandaya sayang :)
nurul, tksih atas sokongan anda :)