Powered By Blogger

Monday, May 10, 2010

Orang2 Islam di Selatan Thailand

Hari ini saya ke perpustakaan Darul Hikmah. Hampir 2 jam di sana menanda kertas periksa student CIL standard chartered bank. Selesai menanda, seperti biasa saya akan ke tempat buku2 yg baru sampai yg dipamirkan di setiap tingkat. Sempat juga meminjam 2 buah buku yg baru sampai itu.

Kemudian saya ke tingkat tiga dan terus ke rak buku kegemaran saya iaitu buku2 mengenai negara Thailand. Antara buku2 yg sudah saya sudah baca dan sudah pun sya review ialah buku bertajuk The Muslims in Thailand karya Michel Gilquin. Buku tu masih di situ..sya masih ingat buku ini sya tengok di MPH di Alpha Angle dan sya meminta library membeli buku ini sebagai menambah koleksi buku2 negara Thailand. Kemudian saya pinjam dan membuat review buku ini dan sudahpun diterbitkan di jurnal Intellectual Discourse IIUM. Niat saya pada masa itu ialah agar penderitaan org2 islam di Thailand mendapat publisiti di kalangan kita.

Ramai teman2 dan juga student bertanya kenapa saya berminat mengenai Thailand terutama isu org2 Islam di sana. Jawapan saya ialah saya tersentuh melihat keadaan org2 islam di sana yg sudah dipinggirkan berabad lama. Sekarang, bukan setakat dipinggirkan tetapi di bunuh dgn kejam dan sering dilabelkan sebagai pengganas. Setiap kali saya membaca peristiwa pada bulan October 2004 bersamaan dgn bulan ramadhan pada tahun itu, pasti airmata saya mengalir melihat pemuda2 yg tidak berdosa mati dibunuh oleh tentera Thai. Setiap tahun berapa ribu org awam mati ditembak. Sya pasti ada dikalannga org islam yg bertindak ganas atas keganasan tentera/kerajaan thai, tetapi ini adalah satu naluri yg biasa bila kita ditindas, dibunuh dan dipenjarakan tanpa apa2 kesalahan. Kita perlu bertindak..tetapi mechanism seprti ini tidak akan mencapai kedamaian sampai bila2..

Kemelut politk Thailand semakin meruncing sekarang. Perbalahan antara puak Abhisit and Pro Thaksin semakin menjadi2. Yg pasti nasib org Islam di Thailand juga semakin dilupakan, semakin di anaktirikan dan juga semakin tidak ada kepentingan. Raja Bhumiphol di harap dapat berbuat sesuatu utk menyelesaikan masalah dalam di negara gajah putih ini. Bagi org2 Thai, raja mereka seperti Tuhan mereka. Sya cukup yakin bila Raja Bhumiphol berkata sesuatu seolah mereka menerima satu wahyu yg perlu dilaksanakan.

Semoga saudara2 kita di Thailand dirahmati Allah sentiasa..

p.s kau sudah lama kehilangan aku...

3 comments:

aRieF said...

Kan ustzah...
arep kt kedai makan yg semua pekerja nye org Selatan Thai..
baru ni ade jiran salah sorg kwn arep tu mati kne tembak oleh tentera sana...sedih nye

Kami said...

sy ade tanya org thai sini,antara Abhisit nga Thaksin mn hok dia suke.dia jwb 2-2 pun dia x kisoh,cumanya dia lbh suke Thaksin sbb dia oyp Thaksin ms dia jd presiden dadah,gengster bjaya dikurangkan dan under control dan byk gok tlg org miskin katanya.Abhisit pulop cuba duk blkg raja.skdr bkongsi.Kasihan jgk org Islam sana ibarat gajah dan harimau bertarung,pelanduk mati tengah,apa-apa pun kt disini doakan kejahteraan mereka saudara Islam kt disana.amin

ramizah said...

terimakasih arep n kamal kerana prihatin..mereka org melayu islam macam kita juga..doa saja yg mengiringi mereka..