Powered By Blogger

Wednesday, September 29, 2010

Belajar untuk berterimakasih..

Saya ingin menegur mengenai sikap sesetengah student yg berat mulut nak mengucap terimakasih kepada guru mereka. Sebagai seorg guru, tugas mengajar adalah profesion sya. Sya dibayar gaji untuk mengajar. Tetapi dari segi moral, guru adalah org yg byk membantu kita di dalam memahami makna kehidupan. Guru yg sebenar bukan hanya termaktub di dalam buku dan kertas tetapi lebih dari itu. Tugas guru yg sebenar ialah memberi inspirasi kepada student beliau mengenai makna kehidupan. Guru mengajar student bagaimana hendak menjadi seorg individu yg mempunyai akhlaq yg tinggi dan nilai2 murni. Guru juga adalah contoh terbaik kpd student. Berbalik kepada persoalan terimakasih tadi, sya sentiasa tergaman bila masa saya membantu member informasi kpd student tetapi student hnaya meninggalkan office saya dgn ucapan salam sahaja. Atau student yg menghantar sms bertanyakan itu dan ini, selepas saya membalas message mereka, tiada reply ucapan terimakasih dari mereka. Kadang terfikir bahawa kita hanyalah instrument atau alat utk mendapatkan informasi. Tiada “human touch” didalam hubungan kita. Bila tiada sentuhan kemanusiaan maka tiadalah hubungan hati diantara kita..maka tiadalah sifat mercy atau sifat lembut hati di dalam hati guru semasa berhadapan dgn kertas jawapan peperiksaan mereka.. Belajarlah utk bersifat rendah diri dgn guru..berterimakasih dgn mereka, nescaya kamu akan dikasihi oleh sesiapa saja.Paling penting hidup kamu akan lebih diberkati..

p.s. tiada ucapan itu dari mu lagi…

2 comments:

hakim.halim said...

Terima Kasih ustazah atas budi mu kepada ku, mengajar ku dan mengasuh ku.. Moga Allah membalas segala kebaikan mu dengan balsan yang baik- syurga firdaus utk mu..=)
ameen

ramizah said...

sama2 kasih..amin..