Powered By Blogger

Tuesday, January 4, 2011

Jejak kasih di Singapura







Lawatan ke Singapura pada tahun lepas, 29 dec 2010 hingga 2 Januari 2011 adalah merupakan lawatan secara rasmi utk kali ketiga. Lawatan rasmi yg sya maksudkan ialah lawatan yg menggunakan travel agent dan tinggal di hotel. Lawatan yg tidak rasmi sudah beberapa kali dibuat dan sya tinggal di rumah kakak sulung saya di Choa Chu Kang.


Lawatn rasmi yg pertama dibuat pada tahun 2004 semasa sya menghadiri ASLI Law confernece anjuran National Univ of Singapore. Yg kedua pada tahun 2008 yg mana Singapore Flyer baru dilancarkan pada tahun tersebut. Yg ke tiga pada tahun 2010.


Seingat saya pertama kali dtg ke Singapura pada tahun 1997 bersama2 dgn suami dan anak no 1 dan no 2, zaki dan wafi. Zaki masa tu berusia 2 tahun setengah dan wafi 6 bulan. Kami memandu ke sana. Bila sampai di imigresen, mere zindagi tidak dibenarkan masuk ke Singapura disebabkan ketiadaan visa. Masa tu sya dan anak2 sudah melepasi imigresen dan kastam singapura. Tetapi suami masih tersekat di sana. Suami tidak dibenarkan masuk. Saya tercengang ketakutan bersama anak2 melihat suami melambai pergi di seberang sana. Saya kuatkan hati dan mencari semangat utk memandu kereta sendirian di negara orang bersama2 dgn 2 anak kecil. Risau takut anak2 ni menangis nk ke bilik air atau menganggu semasa memandu. Sambil mengikut arahan yg diberikan oleh kakak, akhirnya saya selamat sampai di Choa Chu Kang selepas hampir 2 jam memandu. Bila sampai terus meluru memeluk kakak sambil menangis kegembiraan. Takkan sya lupa kenangan memandu di sana..


Kali ini ke Singapura, satu beg baju hilang disebabkan kelalaian anak no 2 menjaganya. Mula2 tu agak geram juga tetapi bila diingat balik, kami dtg utk bercuti dan bersukaria, sya tolak ke tepi perasaan kegeraman itu. Yg penting, anak2 sihat dan tak hilang. Semua baju anak no 2, wafi tidak ada. Akhirnya malam tu juga terpaksa berlari2 ke kedai utk membeli keperluan dia. Kredit kad yg diniatkan utk kegunaan emergency akhirnya terpaksa digunakan. Nak buat macam mana.


Hari ketiga kami ke rumah kakak saya di Choa Chu Kang. Hujan lebat semasa kami turun dari bas utk ke MRT station. Basah baju semasa di dalam MRT. Bila smpai di rumah kakak saya, keletihan kami hilang dgn seteko teh panas, sepinggan pisang goreng dan keledek goreng. Alhamdulillah. Anak2 pula sibuk berjejak kasih dgn sepupu2 dia.


Apa2 pun yg penting kami semua selamat sampai di rumah, Melati Utama dgn menaiki bas kegemaran kami, Aeroline yg penuh keselesaan.


Kami semua suka apa yg ada di Singapura..hanya satu yg kami tak suka..Duit dia yg mahal sangat!

p.s. alhamdulillah..aku masih gagah di sini






6 comments:

Janna Wan Muhammad said...

sudah lama tidak ke singapura, harap2 dapat la bawak anak2 dan incik suami melawat kakak di sana nanti.

ramizah said...

next trip ke singapura la..balik kg kejap je.

tuan punya "kereta" said...

besnye madam g singapura..nak pegi..tp sbb nilai duit yg mahal tu yg mnykatkan diri ini huhu..dapat tgk jela singapore dari jb..heheh

ramizah said...

tuan punya kereta? sapa la ni agaknya..jauh berjalan, luas pemandangan..

tuan punya "kereta" said...

hehe ni saya la ustazah..syahida or name glamer ksya..:)

ramizah said...

laa..apa ke nama tu ( tuan punya kereta)