Powered By Blogger

Sunday, January 30, 2011

Madihah yg patut dicontohi..

Ada seorang student saya yg sekarang ini berada di dalam tahun 3 semester kedua. Saya mula mengajar dia pada sesi 2008/2009 semasa dia di tahun 1. Kira2nya sudah hampir 3 tahun sya mengenali dia. Setiap kali dia hendak balik bercuti semester, samada semster break atau cuti semester yg panjang, dia tidak pernah lupa dtg berjumpa dgn saya utk memaklumkan yg dia akan balik kampung. Bila dia sudah berada di stesen bas, dia akan hantar message yg dia akan menaiki bas sebentar lagi. Bila dia sudah selamat sampai di kampung, dia akan message saya yg dia telah pun selamat sampai. Begitu juga, bila dia hendak balik semula ke Gombak. Benda yg sama dia akan buat pada saya. Sebenarnya, katanya, hanya utk memohon agar saya berdoa agar dia selamat dalam perjalanan, pergi dan balik. Sekali sekala dia dtg menjenguk saya di pejabat. Tidak selalu, bila dia tidak sibuk. Yg wajib dia datang ialah sebelum pulang ke kampung dan selepas sampai di kampus.

sesetengah stduent pula, hnya ingat pada saya bila dia hendak menduduki exam esok hari atau ada interview yg besar..maka, saya akan diminta utk berdoa pada dia.. selepas exam, tiada lagi kedengaran suara atau tiada lagi message utk bertnyakan khabar. Ada juga yg ingat pada saya bila nak minta derma atau sponsorship atau pun bila ada masalah..bila masalah selesai..duit dapat, maka tiada lagi yg terikat..

Apa boleh buat, yg penting saya kena ikhlas kan diri..jauh dari sifat dengki serta iri hati..hnya Allah tempat ku curahi..apa yg terbuku di hati..agar semangat jati diri..utk mendidik putera dan puteri..terus kekal abadi..walau diri semakin dijauhi...


p.s. Khas utk Madihah yg saya kasihi..

6 comments:

abu muaz said...

salam. hebat ibu bapa madhihah ini... kerana mengajar amalan yang baik ini .

seri pagi said...

Madihah mesti seorang anak yang baik..pahala puan akan berkekalan kerana puan tergolong antara "mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna dan selama mana ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya"..InsyaAllah..semugaAllah memudahkan setiap urusan puan..

ramizah said...

abu muaz: ibu madihah sudah lama meninggal dunia..sejak dia kecil lagi..skrf dia tinggal dgn ibu tiri dan ayah dia.
seri pagi: sya pun seperti ibu kepd madihah..sy dh bgtau mdihah pasal post ni..dia sudah pun membacanya..

seri pagi said...

pesanan untuk Madihah, semoga Madihah berjaya di dunia dan akhirat dan tidak mudah lupa diri esp kepada ustazah yang telah byk membimbing..spt pesanan ustazah Madihah, jaga solat, jaga akhlaq dan jaga aurat...

raja madihah said...

terima kasih ustazah diatas post khusus untuk saya..doakanlah saya agar dapat terus istiqamah didalam melakukan segala kebaikan..kepada abu muaz and seri pagi terima kasih diatas komen dan pesanan yang diberikan..insyaallah saya akan ingat pesanan ini dan istiqamah dalam melakukannya..semoga kita semua berda didalam rahmat dan petunjuk dari Allah selalu didalam perkara kebaikan yang dilakukan

ramizah said...

sy tersilap di sini..madihah sebenanrnya kematian, ayah bukannya ibu..maaf ye madihah..