Powered By Blogger

Saturday, June 4, 2011

Gabra dan Gemuruh...

Setiap kali saya hendak ke kelas, pasti saya akan gabra. Takut sangat. Takut apa ek? Takut lupa point apa nak cakap dalam kelas, takut tersilap cakap, takut English berterabur atas lantai dan macam2 lagi.

Pertama kali masuk kelas utk mengajar pada tahun 1994 ( kalau tak silap), saya melakukan solat hajat pada malam tu. Kemudian setiap kali habis solat fardhu, sya tak henti2 berdoa agar saya boleh mengajar pada hari tu. Beberapa jm sebelum ke kelas, saya asyik berselawat utk menengkan hati. Tapi rasa macam tak jadi jugak. Masuk ke bilik air, duduk atas toilet bowl tu. Duduk saja. Kemudian bangun keluar dan pergi ke sink. Lepas tu masuk balik dan duduk lagi. rasanya 3-4 kali juga lah keluar masuk, keluar masuk.

Dalam perjalanan ke kelas, mulut asyik berkumat kamit membac pelbagai doa agar saya tak apa2 dalam kelas. Bila masuk dalam kelas, saya tengok student tak ramai sangat ( macam biasa la). Bagi salam dan salam sy dijawab oleh student. Sya terus menuju ke meja yg disediakan utk lecturer meletakkan fail mereka. Sebaik saja sya letak fail atas meja tu, meja tu terbalik dan kaki meja tu patah dua. Subhannallah...doa apa lah saya baca tadi sampai jadi macam ni. Perut yg memang dah sakit lagi berdenyut2. Saya dapat rasakan lutut saya bersentuh sesama sendiri dan kaki pun mengigil2...

Saya takkan lupa seorg budak laki2 yg gentleman datang mengutip kertas2 yg bertaburan dan menyediakan meja yg baru utk saya..

Apa yg berlaku selepas itu, saya sudah lupa.. org kata, the rest is history :-)

p.s. pengalaman membesarkan kita...

3 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

mcm x percaya jek ustzh ada darah gemuruh gitu,hehehehe, sbb slalu tgk ustzh cool aje masuk kelas

Shahir said...

Salam ustazah.

mungkin ustazah boleh buat satu entri khas macam mana nak atasi gabra dan gemuruh.hehe

ramizah said...

faez: dalam perut tk ada org nampak..w/pun, sy selalu prepare sebelum masuk kelas.

Shahir: t.kasih..next entry akan buat pasal ni..thanks again :-)