Tarikh ini adalah tarikh keramat dalam hidup saya sebagai seorang wanita. Pada tanggal ini lah saya telah kehilangan dua benda yg berharga dalam hidup saya; Rahim dan satu ovari di sebelah kiri saya telah dibuang.
Apabila doktor sakit puan di Hospital Tawakkal, mengesahkan saya saya mengidap low grade cancer barah di dinding rahim (selepas membuat biopsi pada sel di dinding rahim,) pada ketika itu perasaan sukar utk digambarkan. Terkejut, takut dan seperti akan mati esok hari.
Selepas diberitahu pula yg rawatan utk mengelakkan sel cancer ini daripada merebak ialah dengan membuang rahim saya, ketakutan dan kekecewaan yg bakal menimpa semakin dirasai. Seolah2, tiada lagi kehidupan saya selepas ini.
Kemudian saya dan suami pergi berjumpa dengan Pakar Sakit Puan, Prof Datuk Dr Hamid Arshat utk mendapat pendapat dia. Dia menasihati saya utk bersabar pada setiap ujian dan yakin pada kekuasaan Allah. Dia juga mencadangkan agar rahim saya dibuang. Suami saya pula tanpa berlengah (terus mengiyakan tanpa bertanya pada saya) dgn cadangan Dr Hamid. Saya yg berada disebelah terus memandang suami dgn perasaan remuk di dada. Sampai hati dia membuat keputusan tanpa bertanya saya. Matanya sedikit pun tidak memandang saya. Dia hanya memandang terus ke depan. Airmata terus menghambur keluar. Cuba menahan sebak di dada daripada menangis teresak2 di depan Dr Hamid.
Di dalam kereta, saya bertanya suami adakah dia fikir masak2 dgn keputusan tadi. Dia menjawab , "Ya". Saya masih ingat, saya menangis sepuas2 hati di dalam kereta. Suami hanya berdiam diri sepanjang perjalanan pulang.
Tarikh 17 Julai diberi oleh Dr Hamid utk dibuat operation Hysterectomy. Saya menunggu tarikh itu seperti orang sasau. Menangis setiap malam. Melihat wajah anak2 dengan perasaan berbaur, adakah aku akan sedar dari tidur dan dapat melihat wajah anak2 kesayangan. Dapatkan aku bangun melihat wajah student2 kesayangan saya lagi.. Perasaan remuk di dada tidak dapat digambarkan dgn kata2. Melihat suami yg banyak berdiam diri membuat saya tahu bahwa dia juga menderita di dalam hati. Sepanjang menunggu tarikh itu, saya jarang nampak suami tidur malam. dia banyak bersendiri...
Akhirnya tepat jam 5.30 petang , 17 Julai 2007,saya selamat dibedah oleh Dr Hamid. Bila saya sedar kira2 jam 9 malam saya sudah pun berada di bilik yg ditempah special oleh suami. Di kiri saya ada satu mesin dan dikelilingi oleh suami,ma, anak2 dan makcik saya. Rasa sakit di bawah perut sangat terasa. Misi meminta saya menekan butang pada mesin itu jika terasa sakit sangat. Rupanya mesin itu mengandungi morphin sbg alat penahan sakit.
Saya berehat selama 3 bulan dan tidak mengajar pada semester tersebut. Sepanjang bercuti sakit saya mengalami trauma dan depression dgn kehilangan barang2 berharga itu. Perasaan tidak berguna sentiasa menerpa diri. Saya bukan lagi wanita sejati. Saya akan menderita selepas ini. Ini antara perkara2 yg bermain di kepala saya.
Sudah 4 tahun peristiwa ini berlaku. Alhamdulillah, saya jarang sakit dan semakin menikmati. kualiti hidup sebagai manusia dan juga sebagai wanita. Saya yakin pada qada qadar Allah. Nasib saya setakat ini sahaja. Takdir Allah mengatasi segala2nya.
Walaupun saya tidak lagi "Cantik"dan saya tidak lagi "Sempurna" dan tidak lagi "berguna" saya cukup gembira dgn keadaan hidup saya sekarang daripada sebelum pembedahan. Lebih2 lagi ramai org di sekeliling saya yang begitu menyayangi saya. Selain dari keluarga, orang2 yg sangat menyayangi saya adalah pelajar2 saya yg saya kasihi. Mereka tidak putus2 bertanya khabar mengenai saya sehingga sekarang ini.
Teringat saya pada kata-kata si dia, "A heart is not judged by how much you love, but by how much you are loved by others..." Well, what more do I ask?
p.s. I write, not only something I love but also to someone I love....like you...
10 comments:
on time kak ngoh,12.01am auto published..masa awal2 dulu Ma tak oyak pon kakngoh kena operate.adik tahu tuu pon from kakmie...maybe time tuu adk nak exam masa kat matrik..
apa2 pun, alhamdulillah...:)
kuat juga Kak Ngoh :)
Kuatkan smangat kak ngoh...rama oghe saye ko kk ngoh...sentiasa bersamamu..hehee...
^^
Salam ustazah...x sangka di sebalik wajah yang tenang tersembunyi kisah duka yang sangat memeritkan utk ditanggung oleh sesiapa shj yg bergelr wanita...very proud of you(^_^)sy tahu ustzh seorg yg tabah. buktinya ustazah dpt bertahan smpai skarang.semoga ALLAH terus memberikan kekuatan kpd ustzh bg meneruskan khdupn yg lbh bermakna utk bbakti kpd agama,bgsa n ngara.Amin..Moga kesihatan ustzh bertambah baik n kami para pelajarmu sntiasa mdoakan agar ALLAH menjaga n melindungi pendidik yg kami kasihi ini d dnia n akhirat.Amin. Take care ustzh(^_^)
berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..Allah uji kk ngoh sebab Dia tau kk ngoh kuat..
Beauty is how u feel inside,and it reflects in your eyes.Its not something physical.
Teruskan melangkah dengan penuh gigih dan sabar,moga jadi panduan dan semangat kami yang baru belajar erti hidup nih kk ngoh.
Allah sentiasa ado,senyum sokmo:)
You are beautiful kakngoh :)
terimakasih pada semua yg memberi komen; aedk, kakak adrina, capik, aishah, aisyah, hakim dan ami...
tak lupa juga yg menghantar komen via sms..che dah dan K husna..
Hidup perlu diteruskan...I love you all...
Berat sungguh ujian Allah ko ustazah. tapi telah terbukti ustazah meme seorang yang kuat! :)
cerita ustazah jadi sumber inspirasi untuk sy. :)
Post a Comment