Powered By Blogger

Friday, April 30, 2010

Puisi

Kasih Sayang..

Kasih sayang ada di dalam
Tak bisa mata memandang
Tidak tahu apa dikarang

Kasih sayang umpama pohon rendang
Perlu dibaja dengan ucapan
Perlu disiram dengan perlakuan
Perlu dicium dengan doa dan harapan
Agar tumbuh dahan-dahan bergandingan
Serta daun-daun kehijauan
Serta bunga-bunga bermekaran

Kasih sayang perlu dibuktikan
Agar aku ada pengetahuan
Yang aku amat kau sayang
Dan tidak sesekali dipinggirkan
Oleh engkau yang amat ku sayang...


p.s puisi untuk sesiapa saja..

Thursday, April 29, 2010

cerita pagi ini..

Result exam Semester lepas sangat teruk berbanding result last semester. ramai yg fail dalam banyak sabjek. Antara sebab utama yg menyebabkan ramai yg fail ialah kerana ramai yg ponteng kelas. Ada yg dtg 1st lecture, pastu dtg masa test sahaja. selepas tu jumpa dalam exam hall.. ishk2 teruk sungguh la perangai student macam ni.

Lepas tu mula datang jumpa academic advisor tnya study plan macam mana. setiap plan yg dibuat adalah rancangan kita pada masa datang.. kita juga bertanggungjawab utk melaksanakan plan kita buat itu. Kita yg bertanggungjawab segala2nya..

Ada seorang pelajar yang akan grad pada semester ni tapi gagal dalam salah satu paper maka tidak pasti samada grad ataupun tidak sehingga paper di re check atau re sit utk paper tersebut. Dia amat kecewa sekali kerana tak pernah fail dan tiba2 fail dalam tahun akhir. sungguh ironik kan? Tapi sy sungguh kecewa juga melihat pakaian dia semasa meminta nasihat saya..dtg dgn seluar jeans ketat, t shirt lengan pendek sampai ke pinggang sahaja dan bertudung macam tak nak bertudung dgn rambut terjulur keluar dan komplen pada saya yg lecturer paper yg dia fail itu buat tak layan dia saja.. Saya cakap, padan dah dia tak layan awak sebab awak pun tak tahu macam mana "plead your case" depan dia. Pakailah pakaian yg menutup aurat yg menunjukkan kesopanan kita, menunjukkan sikap hormat kita yg sangat kecewa dgn result yg dapat.. tapi datang seolah2 tiada muhasabah diri atas kegagalan yg mungkin berpunca dari diri sendiri.

Apa2 pun, muhasabah diri dulu sebelum menyalahkan org lain..

Wednesday, April 28, 2010

A question to you..

Is it true that if you love somebody, you have to set him free..let him go as he wishes..? If he comes back to you, he is yours and if he is not... then love is never meant to be..

I believe that love cannot be measure but you can measure someone is acting in a loving manner..

Friday, April 23, 2010

Unforgettable email

Yesterday, I was so happy for a few reasons. But I just want to share with you only one thing that really made me so happy and satisfied.
I received one email from one of my Standard Chartered Bank student. Her name is Cynthia and she is a Christian.

This is her email extract ;
Thanks Ustazah. With limited knowledge most people and me have on islam, we always perceive islam as no good. After attending only 3 courses so far, it kind of changes my view on islam. The teaching of islam is good but I think people nowadays have misinterpreted the sources.

Thanks to you. You are a good lecturer.

Rgds,
Cynthia


I hope to do this more to other Non Muslims. This is dakwah. Every Muslim is bound to give dakwah to his fellow muslims and non muslim..

Allah berfirman di dalam surah sajdah: 33
“Siapakah yg lebih baik perkataanya dari orang2 yg menyeru kepada agama Allah dan beramal solih dan berkata sesungguhnya aku termasuk orang2 Muslimin”

My life and death are nothing but to Allah s w t.

May Allah give me strength so that I can pursue this mission with sincerity..throughout my life..amin.

p.s. dia sudah kembali..

Monday, April 19, 2010

Exam result semester 2 2009/2010

Tomorrow at 5 pm onwards, students can access their exam result for semester 2 2009/2010. I am sure they are very excited to get to know their result. For those who thought that they did well in the last final examination, they cannot resist to know their result. However, I would like to advise here that we are not supposed to be over confident of getting the best result. Always try to be moderate..Hope for the best and fear for the worst..

Today’s entry I want to touch about those who failed in the exam Actually, on my part as a lecturer, it is kind of difficult to give them grade D, D-, E and F. I would like to emphasize on the words “ GIVE OUT” the grade. That is my duty. However, you “EARN” the grade. Whenever I am in the middle of finalizing the marks and there are some potential causualities in my paper, I will pause. I will take a break. I will re check the paper for 2 or 3 times just to make sure I am doing justice to him/her and to others as well. Then , I will browse his/her attendance both in the lecture and tutorials. Lastly I will look for HUMAN TOUCH that exist between me and him/her i.e. his akhlaq, attitude, punctuality, consultation.

The above criteria will happen if the student is at the borderline case ( 47-49 marks). However, if the student got below that that, I will not re consider of giving him “mercy marks”. I have to do justice even at the expense of my loved ones.

The most difficult part is actually the aftermath of the result. Those who failed have this kind of attitude that the lecturer who failed them, hated them. The feeling of embarrassment is there, hence he tries to avoid seeing you again. Whenever, the student sees you walking towards him, he will make U turn and go to the other side of the road so that they will not bump into each other. I have seen this and I have encountered this problem. The agony of being disliked, hated by them are there. But I have to be strong and remain positive.

I am sure that you know better than me how much you have performed in the last examination. How much you put the efforts in passing the exam. There are times, it is because of your luck.. Remain positive and don’t be suspicious to your lecturer.

In the course of seeking Imu, you need to maintain good relationship with the followings:
1. Allah. He is the owner of the sciences knowledge.
2. Teacher. He is the medium of imparting knowledge to you
3. Parents. Their doa is mustajab to you
4. People surrounding you scuh as your class frinds, roommates. Take care of their right.

Don’t forget what is your niyyat when you study..this is the essence of your amal..

Then you leave this matter to Allah..He will decide what is best for you

p.s .........................

Wednesday, April 14, 2010

Sandarkan pada kenangan

Ramai yg berkata bahawa kenangan ada yg manis dan ada juga yg pahit. Kenangan adalah satu pengalaman yg mendewasakan kita. Kenangan hari semalam adalah saat indah yg kita ingat pada hari ini. Kedukaan hari ini adalah titik tolak dari kenangan manis hari semalam. Saat kita berjumpa pada hari semalam dan berpisah pada hari ini adalah kenangan yg tak dapat dilupakan.

Perselisihan faham yg berlaku pada hari ini adalah secebis rentetan kenangan yg berlaku pada hari semalam. Semoga kita dapat memaafkan saudara kita atau sesiapa saja bila kita sandarkan pada kenangan..
Selagi hidup diteruskan, selagi perasaan syukur masih ditangan, selagi perasaan redha diingatkan, selagi sifat maaf ditanam..kita seharusnya menyandarkan pada kenangan..saya pasti tiada yg pahit..tetapi semuanya manis belaka..

Adanya perpisahan pd hr ni adalah kerana pertemuan pd hr semalam...
adanya kedukaan pada hari ini adalah kerana ada kgmbiraan pd hr semalam..
Adanya kmatian pada hr ini kerana adanya kehidupan hr semalam...
Semuanya kita sandarkan pada kenangan..

p.s...............................

Tuesday, April 13, 2010

Saya takut.. :-(

Sebenarnya perasaan saya sangat2 takut pada kemungkinan yg akan berlaku pada esok hari. Buat pertama kalinya dalam hidup, saya akan mengajar student yg “luar dari biasa”. Kali ini saya akan mengajar pegawai2 bank di Menara Standard Chatered Bank, Jalan Sultan Ismail. Perasaan saya bukan teruja tetapi takut apa yg akan berlaku nanti.
Saya takut sebab;
1. Kelas itu dibuat di Menara Standard Chatered Bank di KL, bukan di AIKOL. Hmm..macam mana tempat tu nanti..[Solat asar dan maghrib kat mana la tu..]
2. Waktu kelas itu adalah dari pukul 4petang -7.15malam. Maknanya saya sampai rumah mungkin jam 9 malam
3. Student2nya adalah org2 senior bukan macam undergraduate student yg sya pernah ajar sebelum ini. Apa persepsi mereka melihat saya..
4. Disebabkan kawasan itu adalah kawasan sibuk, saya akan menaiki LRT dan Monorail utk ke tempat itu..Mudah2 Allah bagi kekuatan untuk melalui kawasan yg saya tahu penuh dugaan dan cubaan..

Saya harap Allah permudahkan urusan dunia saya hari ini dan memberi saya kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan..Amin Ya Rabbal Alamin..

p.s………………………………………………………………………..

Monday, April 12, 2010

At tense..

I am supposed to key in the result today. But I think I need to withhold it until tomorrow. I just need a break before I finalized everything. I want to seek guidance from Allah S W T to make sure that my decision is correct. At this moment, the result is pending.

This is the most difficult situation where I am in dilemma;between my loved ones and justice. However, I am very sure that justice is prevails. Though my decision will make somebody disappointed but I have to make the decision whether you like it or not. I hope you will take this as a lesson in your life. Whatever happens, my love to you will never change.

There is no shortcut in success. Sometimes you need to learn your life hard way. Somtimes you need to pass the failures on the road to success..

"..and a great success is to go through life at the difficult time.."

p.s. ..you are gone..have to believe it..

skrip jawapan ICL.. part 2

Dalam skrip jawapan ICL yg telah selamat saya tanda semalam ada seorg student sempat lagi mempromosi Kedai Watson's and Guardian Pharmacy sebagai tempat untuk mendapat ubat batuk. macam la farmasi tu bagi dia royalti utk buat promosi.

Lagi satu, mentang2 lah saya amat pentingkan ayat Quran dalam jawapan, jgn lah sudahi jawapan akhir anda dgn Sadaqallahul Azim..ishk budak2 ni..Kalimah itu hnya digunakan untuk ayat Quran je bukan untuk quote habisnya anda menulis jawapan..tu pun bg ayat quran salah..

Dalam banyak2 skrip yg sya marking, ada seorang shaja student yg tak tulis nombor soalan..*sigh* macam mana boleh lupa tu..? siapakah dia?

Lagi satu, saya rasa ada seorang student yg tak makan nasi berapa hari agaknya..Ikat kertas pun tak pandai. Bila saya ambil je skrip dia, terus jatuh helaian kertas atas ke bawah..

Yg selebihnya..biasa2 saja. Tulisan tak leh baca dan tak buat paragarph..itu biasa lah

Ahah, lagi satu yg student yg terlebih tekan bila menulis atas kertas sampai berbekas ke muka surat sebelah..macam geram kat saya je..

akhir kalam..esok,12 hb, akan saya submit markah2 anda ke A & R..berdoa2lah..

Yg baik itu dari Allah, yg buruk adalah dari kita sendiri..


p.s. kau sudah lama pergi...

Sunday, April 11, 2010

skrip jawapan ICL..

saya selalu tekankan di dalam subjek saya untuk menghafal ayat2 Quran sebagai authority atau dalil bagi setiap hujjah yg kita berikan dalam exam. Sya tak nak kamu semua bagi hujjah tanpa dalil seumpama bercakap dgn air liuq je..

Salah satu skrip ICL yg saya tanda semalam berkenaan dgn jenayah qazaf dan Minum arak, student ni ada memberi ayat Quran sbg authority tapi ayat yg diberikan ialah surah al fatihah...

Hmm..semetar ko saya minta ayat Quran, jadi bagi je mana2 ayat2 yg diingat..

Nak bagi markah ke? *sigh*



p.s. dia sudah tidak kelihatan lagi...

Saturday, April 10, 2010

Terimakasih dari ku untuk mu..

Pagi tadi saya menerima satu pnggilan dari seorg student saya yg telah grad pada tahun 2006. Sekarang dia sudah menjadi seorg practising lawyer yg sangat2 sibuk sekali dgn 2 legal firms yg perlu diuruskan. Menerima call dari dia bukan satu kejutan sebab dia sudah beberapa kali menelefon saya., tetapi mendengar kata2 semangat utk saya terus menulis di dalam blog saya ni membuat saya semakin teruja utk terus mengemaskinikan blog saya dari masa ke semasa. ( terimakasih Khairie a.k.a. the Giant)

Kira2 dalam pukul 3 petang, sya menerima kunjungan dari Alen Celbic, seorang student dari Bosnia. Dia akan pulang ke Bosnia selama 3 bulan selepas berada di sini selama 21 bulan.Dia tak sabar2 nak balik ke kampung halamanya di Sarajevo. Terimakasih Alen kerana sudi menjenguk saya di pejabat dan memecahkan kebosanan saya menanda kertas exam. Saya doakan Alen selamat sampai di Bosnia dan kembali untuk menyambung pengajian pada bulan 7 nanti.

Pada pukul 4.50 ptg saya menerima kunjungan dari Pika dan Mira, student2 saya sem lepas. Dtg utk mengucap selamat tinggal. Terimakasih tak terhingga atas ingatan kamu berdua pada saya.Mudah2an Allah permudahkan urusan dunia Pika dan Mira. Sebelum balik, Pika mesti cium pipi saya..he2. Pika dan Mira, saya doakan kamu berdua akan terus menjadi anak2 yg solehah..amin

Balik ke rumah sudah jam 7 lebih. saya dikejutkan dgn message dari bekas student saya yg dah lama grad dan sekarang lecturer di UiTM. Message berbunyi "..Madam, saya menangis membaca entry madam.." Airmata saya bergenang dan terus jatuh ke bumi..rupa2nya entry saya ni bukan sahaja menyentuh hati saya tapi org lain juga..

Walaupun hari ini sudah banyak airmata saya tumpah tapi hati saya puas..masih ramai yg sayang dan rindu pada saya sebagaimana saya rindukan mereka.

Setiap kali kamu melawat saya dan bertanyakan khbar mengenai saya, setiap kali itulah saya mengangkat tangan sambil memohon dari Allah s w t, jgn sekali2 Engkau putuskan rahmatMu pada mereka2 ini..

p.s tiada lagi nampak byg2 mu kini..

Friday, April 9, 2010

Sunyi sesepi sepinya..

Tadi masuk ke kampus, terasa sayu hati bila melalui jalan menuju ke aikol. Hanya ada 2 3 orang je yg berjalan di lorong2 itu..tu pun tukang kebun yg sedang menyiram pokok2 bunga di tepi jalan. tiada sesiapa di perhentian bas. Nun jauh, mahallah utk student perempuan tersergam indah..tapi sunyi, tiada gelak ketawa student, suara mengilai student di malam hari..

Sambil memandu kereta perlahan-lahan saya terpandang seekor burung terbang rendah.. perlahan..melilau2 mencari sesuatu..mungkin sedang mencari teman untuk berkongsi kasih..seperti aku di sini yg memandang jauh ke luar jendela, menghitung saat aku didatangi org2 yg aku sayangi..

tapi sabar itu indah, kan?

p.s. dia sudah jauh meninggalkan saya...

Wednesday, April 7, 2010

satu lagi skrip jawapan..

ada satu lagi skrip yg sya baru baca tadi. soalan yg ditanya ialah untuk memberi makna hikmah dan Illah serta contoh pada tiap2 satu.

" Hikmah is.... An example of Hikmah is that If i failed Usul al Fiqh subject, Allah wants to teach me that i did not give adequate efforts in studying this subject..But Ustazah, please dont fail me..please..I dont want to fail.."

" The meaning of Illah is that...."

What should I do now? Fail her? Come on girl..don't write such request in your answer script. Ethically is wrong. We, lecturer, give out the grade but you earned that. You will get what you deserve. If you fail, not because we hate you or what not. But because you gave us the wrong answer..

In a nutshell, there is no shortcut in success. It is all about the hard work, commitment, attitude and passionate. You will always get back what you gave...

p.s. akhirnya dia pergi jauh..

satu skrip jawapan..

sekarang tengah sibuk marking kertas exam student. Sabjek yg saya tanda sekarang adalah usul al fiqh.

ada satu skrip yg membuat saya senyum ( eh, ketawa kuat juga) di mana satu student tulis begini

"..i would LOVE to define the following terms...."

paragraph yg berikutnya.,

"... now i am bit confused about the terms.."

Ha! ha! macam mana nak dapat markah la Bro..

p.s. saya tahu dia akan pergi

Monday, April 5, 2010

Puisi untuk K A M I

K.A.M.I

Kau penghiburku
Di kala waktu senja berliku

Kau bintang ku
Di kala redup malam kalbu

Kau pelangi ku
Di kala hujan panas berlaku

Kau penyuluh
Di kala malap hidup ku

Terimakasih dariku untuk mu
Sepuluh jari di angkat tanda kasihku pada mu
Jangan kau tinggal aku kerana kau harapanku
Dan aku sayang pada mu…

p.s. Puisi ini adalah rasa hati saya pada sekumpulan student tahun 1 undang2 yg terdiri daripada Kamal, Junaidi, Arep dan Fahmie yg sering membuat saya ketawa. kahadiran mereka membuat saya tahu bahawa masih ada yg sayang pada saya..mereka banyak membuat saya tersenyum di dalam diam..membuat saya sedar, nun jauh di sana masih ada sinar buat kita semua..

apa niat kita sebenarnya..?

Minggu lepas, seorg student datang ke pejabat saya untuk consultation pada masalah dia. Dia bukan student yg saya ajar sekarang atau sebelum ini.

Masalah dia ialah, tidak mahu menduduki exam pada semester ini. Sudah 2 core paper dia tinggalkan secara sengaja. Dia datang jumpa sya untuk bertnya adakah masih ada peluang untuk dia lulus jika dia dtg untuk 2 paper lagi?. Kalau tak ada peluang dia nak tinggalkan juga 2 paper tu..astaghfirullah.. terkejut gorilla saya dibuatnya.
Saya tanya lagi kenapa tidak mahu menduduki exam? Jawapan dia adalah “tak pasti” ( dgn nada divadivana you!). Kemudian dia beritahu saya yg dia nak berhenti belajar. Kenapa ? jawapannya adalah “ tak pasti” lagi. Apa you nak buat kalau berhenti belajar, saya tnya. “ Tak pasti” jugak jawpannya.

Aduhai, macam mana saya nak tolong selesai masalah awak jika jwapan yang diberi adalah tidak pasti semuanya. Maksud sebenarnya di sini ialah, awak tidak ada masalah. Masalah sebenarnya adalalah anda tidak tahu apa tujuan hidup anda di dalam dunia ini. Hidup yg tiada arah, tiada cita-cita, tiada destinasi..yg ada adalah angan2 kosong yg wujud hnya dalam mimpi sahaja.

Sebagai student kita mesti ada arah tujuan kenapa kita mengambil course sedemikian. Mengapa aku dtg ke universiti? Apakah sebabnya? Untuk apa sebenarnya?
Student ini masih belum matang dgn kerenah dunia, kerenah manusia..
Sya ada memberitahu dia, kalau dia nak berhenti belajar sebab nak kahwin putera raja, then go ahead. Atau berhentii belajar sebab nak buka sekolah pondok, nak jual kain atas pasar..well, bravo! Anda adalah manusia yg ada wawasan, ada arah tujuan untuk anak bangsa.

Akhir kalam, jadilah manusia yg tahu selok belok kehidupan dan arah tujuan agar setiap langkah ada sebab, ada arah dan ada teras..

p.s. hari ini si dia semakin jauh dari saya..