Tuesday, April 13, 2010

Saya takut.. :-(

Sebenarnya perasaan saya sangat2 takut pada kemungkinan yg akan berlaku pada esok hari. Buat pertama kalinya dalam hidup, saya akan mengajar student yg “luar dari biasa”. Kali ini saya akan mengajar pegawai2 bank di Menara Standard Chatered Bank, Jalan Sultan Ismail. Perasaan saya bukan teruja tetapi takut apa yg akan berlaku nanti.
Saya takut sebab;
1. Kelas itu dibuat di Menara Standard Chatered Bank di KL, bukan di AIKOL. Hmm..macam mana tempat tu nanti..[Solat asar dan maghrib kat mana la tu..]
2. Waktu kelas itu adalah dari pukul 4petang -7.15malam. Maknanya saya sampai rumah mungkin jam 9 malam
3. Student2nya adalah org2 senior bukan macam undergraduate student yg sya pernah ajar sebelum ini. Apa persepsi mereka melihat saya..
4. Disebabkan kawasan itu adalah kawasan sibuk, saya akan menaiki LRT dan Monorail utk ke tempat itu..Mudah2 Allah bagi kekuatan untuk melalui kawasan yg saya tahu penuh dugaan dan cubaan..

Saya harap Allah permudahkan urusan dunia saya hari ini dan memberi saya kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan..Amin Ya Rabbal Alamin..

p.s………………………………………………………………………..

6 comments:

farahalinarosli said...

ustazah, semoga berjaya

fatien adibah said...

insyaAllah dipermudahkan segalanya..of course u can do it!..best of luck kak ngoh!.=)

ramizah said...

terimakasih Ina & che'adek..

aRieF said...

Salam...xpe ustzah..pengalaman baru..even they all senior x mcm kami..insyaAllah..mereka akan respect ustzah..mcm mne kami respect ustzah..huhuhu...btw..gud luck ustzah...

FARHAN ALIA said...

pengalaman baru tu.tahniah ustazah!
insyaallah, semoga usaha ustazah dipermudahkan Allah.

aufa khalilah said...

salam..
moga dipermudahkan ustazah :)