Post kali ini saya ingin berkongsi kegembiraan hati saya dgn pembaca2 blog saya yg hari ini dan semalam adalah hari yg cukup menggembirakan saya. Kenapa? Jawapannya ialah saya menerima kunjungan dari bekas2 student sya yg lepas. Lebih daripada itu, mereka juga membawa pelbagai buah tangan dan cenderamata dari kampung masing utk saya.
Pagi semalam, sebaik sampai di pejabat ada dua botol budu cap "sedap sengoti" berada di dalam raga di luar office saya. Jam 11 pagi saya dikunjungi azrina dan cuna. Petang jam 4 petang, Ju dan Kamal dtg sambil membawa buah pala dan keychains. Pagi ini (08/02), Aishah rais menghadiahkan saya sedikit buah tangan dari Johor. Kemudian Afif datang bersama Nuwar sambil membawa keropok lekor kegemaran saya pada jam 10 pagi. Jam 10.30 pagi saya dikunjungi oleh bekas student saya, Eyra dan yeni. Jam 11 pagi, teman sepejabat memanggil saya ke pejabatnya. Lantas dia menghulurkan saya satu bungkusan kecil dari Nurul.
Subhanallah, masih ramai yg mengingati dan menyayangi saya... Saya cukup gembira dan bersyukur pada Allah kerana menganugerahkan kpd saya sekumpulan manusia yg masih mengekalkan saya di dalam hati mereka...
Semoga Allah memberi ganjaran yg sewajarnya kepada mereka.. Tiada kata yg boleh saya ucapkan melainkan Jazakumullah Khairan Kathiran..
Kamu semua membuktikan bahawa, kasih sayang bukan hanya di hati tetapi pada perbuatan kamu...
4 comments:
orang yang memberi juga merasakan kegembiraan itu, malah lebih lagi rasanya..
mudah2an Allah memberi balasan sewajarnya kpd mereka semua termasuk Nurul..tangan yg memberi lebih baik dari tgn yg menerima..
erti hidup pada memberi...lgpun, saling mberi hadiah adalah sunnah Rasulullah SAW...syg ustzh(^_^)
t.kasih aishah..jaga diri baik2..
Post a Comment