Bila baca status FB student saya semenjak dua menjak ni tiada berita terkini, melainkan cerita kahwin. Saya rasa idea status of mind dalam FB tercetus disebabkan oleh dua org sahabat mereka sudah selamat melangsungkan perkahwinan mereka hari semalam (04/02). Sebenarnya stduent2 saya ni baru sahaja di dalam tahun 2 dan saya pasti usia mereka dalam lingkungan 21-22 tahun secara umumnya.
Berbalik pada pengalaman sendiri yg berkahwin pada usia 24 tahun selepas habis belajar, saya hnya mula berfikir mengenai perkahwinan semasa di tahun 4 semester akhir. Itu pun selepas mendengar sahabat karib saya akan melangsungkan perkhwinan pada masa itu. Masa itu lah baru terfikir yg saya mungkin akan kahwin selepas habis belajar dan bukannya semasa belajar. Kawan saya itu akan berkhwin dgn seorg lelaki yg sudah pun bekerja.
Fenomena ingin berkahwin hnya belaku bila melihat teman kita berkahwin. Bagi saya itu adalah perkara biasa. Mungkin ianya sementara shaja.. selepas ini, bila mereka merasa mahu bekahwin biarlah ianya dtg dari dalam diri bukannya dari org lain..
Bagi pelajar2 lelaki, nasihat saya, bekerja lah dulu sebelum mengambil keputusan utk berumahtangga...sekurang2nya, mas kahwin itu dtg nya dari duit hasil penat lelah kamu sendiri. Cincin kahwin itu dtg nya dari pilihan dan kocek kamu sendiri.. Bila ini berlaku akan berlaku kepuasan diri dan keyakinan utk mendapat penghormatan dari isteri dan keluarga isteri yg kamu mampu utk berdikari dan mempunyai kematangan utk membentuk satu keluarga..
p.s. Cuti yg panjang...hati yg semakin tenang..
6 comments:
Insya Allah, saya akan ingat semua pesan ustazah..=)
mudah2an Iqah.. lama iqah tak ziarah saya..apa2 pun t.ksih kerna menjenguk blog saya..
suka entry ustazah ni.
apa yang ustazah cakap tu, sangat la betul. bila kawan2 kawin, saya pun rasa macam nak kawin. hahaha..
tapi bila dalam proses menyiapkan assignment 'my wedding plan' utk kelas parenting, saya baru notice, kalau nak kawin,banyak benda kena buat. duit pun banyak kena guna.
:)
Pika, mudah2an segala impian menjadi kenyataan..insyAllah.
Ustazah.. Kadang kala, terdapat juga dari kalangan pelajar kita yang mempunyai Mak Ayah yang turut berkahwin semasa belajar.
Bahkan, mereka menggalakkan anak-anak mereka untuk berkahwin semasa belajar setelah melihat situasi sekarang yang tidak menentu.
jika di lihat, hampir 40% - 50% student kita di luar negara berkahwin semasa belajar. huhu
Ramai tuh..
Apa-apa pun, saya tetap stuju dengan pandangan ustazah..
kalau belajar di luar negara, sya rasa boleh ada pengecualian..itu pun bergntung pada kes tertentu saja.. biasanya kalau dh asyik masyuk bercinta..asyik dok bermessage siang malam..berkepit sana sini mka kwin lah. sebab itu sya nk berpesan, jngn biarkan diri kita hnyut dlm percintaa..bg sya apa2 pun bekerja dulu..cari duit sendiri..
Post a Comment