Pagi tadi, semasa dalam perjalanan ke pejabat, saya ternampak kereta di depan saya yg dipandu oleh seorg lelaki yg berkopiah membuka pintu kereta dia. Pada masa itu lampu trafik light adalah merah. Saya ingat dia buka pintu kereta sebab pintu itu tidak rapat. Tetapi rupa2nya utk membuang plastik yg ada di dalam kereta dia. Saya sungguh terkejut dgn tindakan lelaki yg mempunyai karakter seperti seorg Muslim yg baik. Rupanya lelaki tadi adalah seorang yg mementingkan diri sendiri. Sanggup dia mengotorkan jalanraya dgn membuang sampah merata-rata. Ini adalah satu faktor penyumbang ke arah ketidakbersihahan bandar kita ( dan juga bilik air) kerana masing2 tidak membuat bandar yg mereka duduki seperti rumah mereka sendiri..
Entahlah..mudah2an Allah memberi hidayah kepada lelaki Muslim tadi.
p.s. kebijaksanaan seorg manusia boleh di rumuskan dgn dua perkataan; tunggu dan berharap..
3 comments:
kebersihan itu asas keimanan..pakaian dia tak mencerminkan peribadi dia..
Kebersihan haruslah dijaga walaupun dimana kita berada....begitu juga dengan akhlak seseorang...^^
lagi satu, anak2 akan mengikut apa yg ibu dan ayah dia buat..
Post a Comment