Powered By Blogger

Friday, July 1, 2011

Orang Arab dan Orang Islam...

( Bergambar dengan seorang wanita Arab dari Mesir di Masjidul Haram..Gambar diambil oleh Mimi sementara menunggu waktu Isyak masuk)






Jiran saya di tingkat 21 adalah orang-orang Arab. Saya perasan orang2 Arab ni, dia tak tidur malam tetapi dia tidur siang.







Bila saya tengah nyenyak tidur, saya pasti akan terjaga kira-kira jam 1-2 pagi mendengar diaorang ketawa atau berbual. Perbualan mereka juga disusuli dengan lagu2 dan muzik arab yg agak kuat. Lagi satu orang Arab ni, bila bercakap macam nak bergaduh. Tinggi suara masing2. Saya tak pasti sampai jam berapa mereka berjaga malam. Cuma bila saya bangun jam 6.30 pagi, tiada lagi suara kedengaran. Sunyi sepi di tingkat 21.Suara mereka hanya akan kedengaran semula pada jam 2-3 petang. ( bila saya sibuk nak tidur petang)





Sebenarnya pattern hidup sebegini adalah kurang sihat jika sentiasa dibuat. Jarang-jarang sekali mungkin tidak mengapa, terutama jika kita bangun malam utk bertahajjud. Tetapi jika ianya dibuat selalu ia akan menganggu kualiti hidup kita terutama jika masih belajar atau bekerja mengikut waktu pejabat. Otak akan menjadi lembap utk berfikir dan badan jadi lemah. Aktiviti sosial juga akan terganggu. Di dalam al Quran, Allah ada menyebut bahawa waktu siang hendaklah digunakan utk mencari rezki dan bekerja manakala waktu malam adalah utk berehat.







p.s. You will dissappear like a vapour...




4 comments:

Shahir said...

Teringat masa saya kat Mekah. Masa tu musim panas. Saya pergi ziarah rumah kawan melayu yang tinggal kat sana pukul 9 pagi, tanya mana walid enta? dia kata, selalunya kami memang tidur waktu ni. Zohor baru bangun. (garu kepala)

Hakim Hamid said...

NO I wont,iAllah.Doa pengikat hati.hehe:)

Mimi said...

"It is He Who made the night a cloak for you and sleep a rest, and He made the day a time for rising. (Qur'an, 25:47)"

Mimi sgt suka gambar tu!

ramizah said...

shahir: apa yg dikongsi ini berdasarkan pglaman sendiri..tetapi mngkin ada pengecualian..
Hakim: :-)
Mimi: Thanks Mi for the Quranic verse..akak tak ingat.