Powered By Blogger

Friday, December 3, 2010

Saya dan Student..

Alhamdulillah, keputusan final exam akan diumumkan tidak lama lagi. Masing2 berdebar2 menanti keputusan yg akan tiba. Kami sebagai lecturer juga sudah selesai meng”endorse”kan result exam tadi. Sudah menjadi lumrah, ada yg lulus dan ada juga yg tidak lulus. Itu adalah lumrah alam. Ramai juga yg kena dismiss dari university. Bila ditengok kepada nama2 yg mendapat provisional pass dan dimissed students ini, adalah nama2 org yg telah maklum bahawa mereka mempunyai masalah dalam akademik dan juga perangai mereka. Pelbagai usaha telah dibuat utk menolong mereka, tetapi gagal. Sebenarnya, mereka mesti menolong diri mereka sendiri barulah kita boleh menolong mereka. Allah juga tidak akan mengubah nasib mereka, sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri.

Saya ingin berkongsi dgn anda semua yg student2 akan ingat saya pada dua keadaan sahaja; Pertama sehari sebelum exam. Message akan masuk bertubi2 di dalam HP saya meminta saya mendoakan mereka atau meminta tips/hints utk exam. Office juga menjadi tempat tumpuan kepada stduent2 yg berminat. Kedua ialah selepas result, ramai yg akan mengucapkan terimakasih jika mendapat result yg diingini. Yg gagal, sudah pastinya berdiam diri..malu mungkin utk bersuara. Tapi apakan daya, saya juga tidak boleh berbuat apa2. Yg mana berhak diberi hak masing2 tanpa melihat pada baju atau bag mana yg dipakai. Tanpa melihat yg mana kaya, yg mana miskin..yg mana senyum melebar dan yg mana senyum kering..Yg saya tahu, selepas kedua2 keadaan di atas, saya tidak diperlukan lagi..hilang di telan ombak di Sipadan, hilang ditiup angin di bumi Kenyalang atau hilang di telan ombak di Pantai Batu Buruk atau juga hilang ditelan deruan jalan pasir puteh, bachok ke rantau panjang..Mungkin juga saya lenyap begitu saja disebalik hilai ketawa bersama keluarga tercinta..

p.s. kau memang begitu…

3 comments:

seri pagi said...

salam puan,
teringat saya pada arwah adik lelaki yang tak dapat menamatkan pengajian atas sebab2 peribadi di UIAM.

ramizah said...

ye ke? hmm..sya rasa di sini ( blog) bukan tmpat yg sesuai utk bertnya pasal adik puan.. boleh tak email saya ke add ini ramizah@iium.edu.my
terimakasih

Capik said...

Berdebar2 tgu result juga...miss my stdy..:(