Powered By Blogger

Saturday, January 8, 2011

Hidup penuh risiko..

Hari ini saya didatangi oleh seorang pelajar dari negara luar utk meminta tandatangan saya agar dia dapat drop sabjek yg dia ambil pada semester ini. Kebetulan sabjek yg dia nak drop adalah sabjek saya. Sebenarnya tidak menjadi masalah sabjek saya atau sabjek org lain, sya cuma melihat pada study plan, jumlah credit workload utk smester ini dan academic history sebelum memberi nasihat. Rupa2nya dia hnaya mengambil 15.5 credit hours shaja smester ini. Jadi kalau dia drop satu sabjek maka 3 workload akan hilang dan yg tinggal hanyalah 12.5 credit sahaja. Dia baru dalam tahun satu. Sya memnasihatinya jgn drop, sebab workload akan menjadi terlau sedikit dan ada kemungkinan dia akan extend satu semester. Kalau lah dia ada fail mana2 sabjek pada sem ini atau sem akan dtg, maka byk lah sabjek yg tertinggal. Lagi satu, kalau terlalu sedikit workload, jika dia mendapat "C" pada semua sabjek maka CGPA dia mungkin kurang dari 2.00.

Bila sy bertnaya kenapa nak drop sabjek, dia hanya memberithau saya yg dia nak score semua sabjek yg dia ambil. Dia adalah top student di sekolah dulu. Dia tak pernah fail dalam pelajaran. Semua kawan2 dia kagum dgn diri dia sebab dia masih muda tapi sudah khatam dan hafal Quran. Dia tak sanggup utk menghadapi keputusan exam selain daripada gred A dalam pelajaran.

Saya memaklumkan kepada dia yg hidup ini tidak selalunya manis. Kita juga tidak selalu di atas. Dia hanya boleh memikirkan yg dia akan mendapat "A" sahaja dlm hidup nya dan tidak kurang dari itu..

Sebagai pelajar kita hendaklah belajar sebaik yg mungkin. Berusaha apa yg mampu. Apa yg di depan mata, kita belek, belai, fikir..kalau elok kita ambil. kalau sebaliknya kita tinggal. Jangan paksa diri apa yg tak termampu utk kita buat. Org kata, apa yg berlaku semalam adalah sejarah..hari ini adalah hadiah..dan hari esok adalah misteri.. Adalah satu kesilapan jika kita fikir jika kita gagal dalam pelajaran kita juga gagal dalam hidup kita. Hidup ini adalah penuh risiko. Jika kita takut utk menghadapi risiko maka kita tidak tahu makna kehidupan.. dan kita tidak akan lama utk hidup..

p.s. antara mimpi dan realiti

3 comments:

FA said...

yup,hidup tak selalunya indah..

Janna Wan Muhammad said...

kerana itulah nama nya kehidupan.

ramizah said...

no risk no gain..and no pain no gain..